Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Tuesday, July 20, 2010

PELANCARAN TABUNG PAKATAN RAKYAT PADA 7-8-2010

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), PAS dan DAP (termasuk SNAP di Sarawak) akan melancarkan Tabung Pilihanraya ke - 13 dengan mensasarkan sebanyak Ringgit Malaysia 20 Juta.

Sempena pelancaran ini, saya ingin membawa dan mengajak ahli dan pendokong mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat di Belaga untuk turut serta dalam menyumbang bagi menjayakan Tabung ini. Seterusnya akan menyumbang ke arah mencapai sasaran 20 Juta tersebut yang dikenali sebagai Tabung Impian Rakyat (TIRAM).

Kalau saudara ingin turut menyumbang, bolehlah hubungi kami pada nombor HP tertera dalam blog ini.

Setiap derma ikhlas wang ringgit yang anda sumbang akan digunakan dengan sebaik mungkin demi membawa perubahan ke arah menumbangkan kerajaan BN yang korupsi dan tidak mungkin dapat dibaiki lagi. Berapa pun jumlah yang saudara sumbang dalam tabung ini, kami sangat menghargainya.

Sama-samalah kita bersatu dalam perjuangan ini iaitu menumbangkan Kerajaan BN, dengan menghulur sedikit wang riggit dari hasil titik peluh saudara, selain sumbangan sedia ada dari segi tenaga, masa dan idea anda.

Saya mengajak agar kita sama-sama menghayati dan laksanakan motto ini :"SAYA BOLEH MENJADI AGEN PERUBAHAN" demi menumbangkan dan menyingkirkan pemimpin kerajaan BN yang korupsi.

Undi saudara dan ringgit saudara boleh mencipta Sejarah membawa PERUBAHAN bagi Negeri Sarawak yang kita sayangi.

Thursday, July 1, 2010

TAIB MAHMUD DILAPOR KE SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH (SPRM)

Hari ini saya terbaca mengenai Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud telah dilaporkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Laporan dibuat kerana mempersoalkan kekayaan Taib Mahmud sekeluarga yang mencecah Ringgit Malaysia (RM) 3 Billion (RM3,000,000,000.00). Sila Klik.

Seperti biasa, SPRM dipersoalkan ketelusan, kebebasan dan keberanian mereka menyiasat penyelewengan yang dibuat oleh kononnya mereka yang mengakui "pemimpin utama" Negeri dan Negara, termasuk Taib.

Patutkah Taib Mahmud dan konco-konco Barisan Nasional (BN) diberi peluang untuk terus menerajui kepimpinan Negeri Sarawak pada masa depan jika laporan ini tidak disiasat dengan telus, bebas dan berani? Patutkah calon-calon yang bersekongkol menggunakan Lambang BN (Dacing) dipilih atau diundi pada pilihanraya akan datang?

LAYAKKAH MEREKA CALON-CALON BN UNTUK DIPILIH LAGI?

Ini baru yang kita dapat lihat atau terbongkar. Yang tidak terbongkar mungkin lebih banyak!

Sama seperti di Filipina, kalau parti yang memerintah tidak bertukar dari Parti Ferdinand Marcos kepada kuasa rakyat pimpinan Corazon Aquino, rakyat tidak akan tahu kekayaan Negeri/Negara Filipina yang DIGELAPKAN/DICURI oleh Presiden diktator Ferdinand Marcos masa itu.

Justeru, kekayaan Negeri/Negara yang digelapkan oleh pemimpin Barisan Nasional tertentu, konco-konco dan kroni-kroni mereka hanya dapat dibongkar semuanya jika RAKYAT menukar parti pemerintah dari BN kapada Pakatan Rakyat (PR). Contoh di Selangor Wang yang digelapkan Bekas Menteri Besar Khir Toyo dibongkar oleh kerajaan Pakatan Rakyat di sana.

Agensi - agensi kerajaan di bawah Kerajaan Barisan Nasional telah dirosakkan oleh BN. Itulah sebab agensi seperti SPRM, Polis, Mahkamah dan yang lain berkenaan telah diragui ketelusan dan kebebasan mereka.

Oleh itu, kalau rakyat nak tahu semua kebobrokan Barisan Nasional, Pilihlah Calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Kuasa Undi Rakyatlah yang akan MEMBONGKARKAN SEMUA WANG RAKYAT YANG MUNGKIN TELAH DIGELAPKAN OLEH Taib dan kroni-kroninya.

RAKYAT dan PENGUNDI tiada pilihan lain untuk membongkarkan semua ini, kecuali GANTIKAN Kerajaan Barisan Nasional dengan Kerajaan Pakatan Rakyat dulu, barulah Kerajaan Pakatan Rakyat pilihan RAKYAT yang baru akan MENYIASAT DAN MEMBONGKAR SEMUA "kekayaan" Taib dan kroni-kroninya.

Hentikan rampasan dan penggelapan wang rakyat. Masa untuk Perubahan di Sarawak. Rakyat HAKIM sebenar. Sila Klik.

Bacaan lanjut mengenai "kekayaan Taib": Klik di sini.

Nampaknya satu persatu "kekayaan" Taib dibongkar!! Satu lagi di Amerika Syarikat. Sila klik.

Bacaan lanjut. Kenapa terhegeh-hegeh nak sokong Taib lagi??