Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Saturday, April 11, 2009

Pilihanraya yang adil untuk semua pihak yang bertanding - SATU SARANAN ADIL UNTUK SEMUA

Saya curiga dan sukar mengiktiraf sepenuhnya kemenangan pihak atau parti tertentu di Batang Ai. Kerana wakil parti PKR dan BN tidak dibenarkan mengikuti rombongan SPR membawa peti undi ke pusat pengiraan undi sama ada melalui perahu, kenderaan darat dan/atau helikopter.

Kecuali setiap peti undi dikira di setiap pusat pembuangan undi dan jumlahnya dihantar melalui fax atau serahan tangan ke pusat pengiraan barulah saya boleh mengiktiraf kemenangan tersebut tanpa mengira parti mana.

Wakil parti pula dimaklumkan tentang angka keputusan setelah dikira di pusat mengundi- beri salinan keputusan SETIAP PETI UNDI kepada setiap wakil parti bertanding).

Pendek kata untuk ADIL kepada semua pihak:
1. Kira undian di setiap pusat pembuangan undi dan dipantau oleh wakil parti;
2. Kalau dibawa ke pusat mengira/penjumlahan tanpa dikira di pusat mengundi@peti undi, WAKIL parti WAJIB dibenarkan mengikuti pihak SPR mengangkut semua peti undi sama ada melalui Kenderaan darat, Perahu atau helikopter.

Barulah kemenangan itu boleh diiktiraf.

Kalau tidak demikian maka kemenangan sebuah parti itu MERAGUKAN dan wajar tidak boleh diiktiraf. Apa lagi kalau SPR bertindak untuk cenderung memihak kepada pihak tertentu.

Mungkin ada kesan sampingan - iaitu LAMBAT TAHU KEPUTUSAN iaitu keputusan hanya mungkin boleh diumumkan keesokan harinya. Tak mengapa, Asalkan keputusannya ADIL dan semua pihak puas.

No comments:

Post a Comment