Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Monday, January 18, 2010

PENGGUNAAN PERKATAAN "ALLAH"

Nampaknya kekecohan oleh pihak tertentu berkaitan perkataan "ALLAH" nampaknya belum reda. Apa lagi nak dikatakan selesai.

Walau ada pihak pemimpin tertentu mendabik dada mengatakan isu itu selesai, ada juga pihak lain mengatakan ianya selesai "separuh". Ini adalah disebabkan YB Datuk Nazri Aziz mengatakan perkara itu ("ALLAH") boleh digunakan di Sabah dan Sarawak tetapi tidak dibenarkan digunakan oleh bukan Islam di Semenanjung. Ini sangat bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang diinginkan oleh Perdana Menteri.

Masalahnya adalah; berkesan atau berkuatkuasakah kata-kata Nazri kerana beliau bukanlah Kabinet yang pernah mengeluarkan arahan atau pekeliling berkaitan isu ini? Persoalan ini perlu dijawab dengan ikhlas oleh pihak berwajib.

Berkaitan isu Allah ini, ada juga pemimpin negeri Sarawak yang mengatakan bahawa isu "ALLAH" tidak serius di Sarawak atau ada yang berani mengatakan tidak wujud di Sarawak. Benarkah kenyataan pemimpin kerajaan Barisan Nasional negeri Sarawak seperti ini? Kalau benar tidak ada masalah di Sarawak, mengapa dalam 15,000 Alkitab yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri, mengapa 10,000 darinya iaitu bahagian yang paling besar ditahan di Sarawak.

Kalau benar isu ini bukanlah masalah di Sarawak, Kerajaan harus segera mengembalikan semula Alkitab yang ditahan tersebut kepada pemiliknya. Dan diminta jangan ada lagi apa-apa tangkapan buku atau Alkitab Kristian di Sarawak lagi.

Pemimpin negeri harus sensitif masalah sebenar dan haruslah menegakkan kebenaran dan memberitahu apa sebenarnya yang berlaku ddi Sarawak. Penganut fahaman Kristian bukannya tidak tahu apa yang berlaku di gereja masing-masing. Cuma pemimpin diminta tak usahlah menegakkan sesuatu yang bukan perkara sebenar yang berlaku.

Tidak perlulah bercakap hanya semata-mata untuk "menjaga" pangkat dan kepentingan peribadi kalau itu tidaklah isu pokok iaitu keadilan untuk semua rakyat harus disuarakan dan dipertahankan.




i

No comments:

Post a Comment