Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Sunday, April 24, 2011

13th General Election To Set Sabah and Sarawak to Their Original Position as in 1963

The 13th General election is very important for Sabah and Sarawak. Issues to be considered before Sabahan and Sarawakian cast their votes:-


1. 18/20 points of Malaysia Agreement 1963 will be respected and executed by Pakatan Rakyat Government if given mandate by the voters;

2. Borneonisation would be implemented if Pakatan Rule - meaning all Government departments and government link companies would be led by Sarawakian and Sabahan in the two states - no more "colonisation" by Malayan/UMNO;

3. Real Freedom of Religion is guaranteed - Pakatan leaders already agreed on this issue - example : every religion can use term "Allah" if they already use it;

4. 20 % of oil royalty will be given to producer states like Sabah, Sarawak, Terengganu and Kelantan - this would assure infrastructur can easily built in the 4 states - especially Sarawak which needs roads networks to the rural areas.

5. Economy would be equally shared by all - not only controlled by UMNOPutras.

6. REFORMATION of almost all important Government agencies such as Police, Judicial, MACC, Election Commision etc.

Young Sabahan and Sarawakian voters and be counted, Get yourself registered as Voter and get Sabah and Sarawak to the original status as set in the history again.

Be an AGENT of CHANGE. Be a campaigner for CHANGE = influent your parents make sure your parents vote for Pakatan Rakyat.

Tell UMNO/BN that Sarawak and Sabah are NO LONGER a fixed deposit for BN/UMNO.

CHANGE WE MUST - SAVE MALAYSIA.

VOTE FOR PAKATAN RAKYAT.

PAKATAN RAKYAT SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PENGUNDI

GIAT MEMBANTU CALON KeADILan PRN 10 Sarawak.

Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke - 10 telah melabuhkan tirainya. Prestasi Pakatan Rakyat secara keseluruhannya sangat memberangsangkan. Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) juga semakin mendapat tempat di hati rakyat Sarawak termasuk di pedalaman Sarawak.

Berbanding dengan penerimaan rakyat Sarawak pada awal kehadiran KeADILan sejak awal kemasukannya ke Sarawak era "Parti Keadilan Nasional" - rekod KeADILan semakin diterima dan serasi dengan penduduk pedalaman masa kini. Ada sesetengah tempat sangat bangga dengan wujudnya KeADILan di tempat atau rumah panjang mereka kerana KeADILan dilihat menjamin masa depan mereka terutamanya hak Tanah Adat mereka.

Prestasi dalam memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Satu (1) kerusi pada PRN - 9 kepada Tiga (3) kerusi DUN sebenarnya suatu rekod yang boleh dibanggakan kerana terdapat peningkatan 200 peratus (200%) bagi KeADILan. Mereka adalah YB Baru Bian, YB See Chee How dan YB Ali Biju.

Lebih manis lagi setelah rakan Pakatan, DAP dapat menambah kerusi di DUN dari 7 kepada 12 ahli DUN. Lebih - lebih lagi sahabat baik saya YB Ling Sie Kiong merupakan "Giant Killer" kali ini dan merupakan rekod baru politik  Sarawak setelah anak muda berusia 28 tahun mengalahkan Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Presiden Parti SUPP.

Jika politik wang oleh Barisan Nasional tidak berleluasa dalam PRN - 10, saya yakin banyak lagi kerusi DUN dapat dimenangi oleh KeADILan. Strategi akan diatur dengan lebih teliti dan berkesan bagi mendidik pengundi agar benar-benar memahami erti demokrasi dan sistem pilihanraya yang sebenar. Mereka perlu diajar menterjemah isu kepada undi.

Politik kotor dan menggertak serta mengancam yang dimainkan oleh pihak BN semakin disedari dan dibenci oleh pengundi. Dengan kempen kesedaran yang berterusan akan mematangkan pengundi dan seterusnya akan memberi peluang yang sangat cerah untuk Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya Parlimen akan datang.

Pengundi sudah mengerti bahawa sesiapa yang menguasai Parlimen/Putrajaya maka ia sebenarnya menguasai keseluruhan sistem negara Malaysia. Justeru itu saya yakin politik menggertak dan mengancam "peribadi" pengundi yang diamalkan dalam PRN 10 oleh BN tidak akan berkesan dalam pilihanraya umum parlimen ke -13 nanti.

Kalau gelombang tsunami politik yang bermula dari Sarawak dengan hanya 8 DUN pembangkang ketika itu terhasilnya tsunami politik 8 Mac, 2008, maka tidak mustahil dan saya sangat berkeyakinan tinggi tsunami politik gelombang kedua seluruh Malaysia akan membawa Pakatan Rakyat dan pembangkang yang menambah DUN Sarawak dari 8 menjadi 16 DUN, akan mencapai kemenangan besar dan seterusnya menguasai Parlimen/Putrajaya. UMNO / BN pula akan berperanan sebagai pembangkang.

Pada masa itu nanti rakyat yang terbelengu oleh UMNO/Barisan Nasional akan mengecapi kemerdekaan sebenar dan menghirup udara segar yang baru sistem kenegaraan yang benar-benar berteraskan kepentingan untuk membela rakyat terbanyak. Lebih-lebih lagi rakyat Sabah dan Sarawak yang sekian lama diabaikan oleh UMNO/BN, "koloni" / "penjajah" dalaman Malaysia.

Oleh itu perjuangan menuntut "kemerdekaan" sebenar atau reformasi negara perlu keazaman setiap rakyat Malaysia yang mahukan Malaysia yang cemerlang setanding negara - negara maju.

Justeru kata keramat "Ubah Sekarang dan Selamatkan Malaysia" perlu disematkan dalam hati sanubari setiap rakyat/pengundi Malaysia. Tambahkan keazaman ini dengan menguatkan semangat dan tekad bagi mengekang segala tipu daya, muslihat dan gertakan palsu UMNO/BarisanNasional untuk menghalang rakyat marhain dari terus mara MENYELAMATKAN MALAYSIA yang semakin MENJUNAM jika terus di bawah pimpinan UMNO/Barisan Nasional.

UBAH SEKARANG - SELAMATKAN MALAYSIA !!