Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Friday, May 27, 2011

Perjanjian antara Sarawak Energy Berhad dan Sarawak Hidro, Rakyat Belaga (Bakun) bagaimana?

Laporan Akhbar di atas pada 27.5.2011 memaparkan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Sarawak Energy Berhad dan Sarawak Hidro Sdn Bhd. Pihak - pihak yang terterbabit akan menandatangani perjanjian tersebut di jangka pada 1.6.2011.

Itu memang tugas syarikat berkaitan untuk melaksanakan rancangan syarikat. Syarikat - syarikat terbabit mewakili kerajaan masing-masing kerana merupakan syarikat kerajaan (GLC) iaitu Kerajaan Pusat oleh Sarawak Hidro dan Kerajaan Negeri diwakili oleh Sarawak Energy Berhad.

Persoalan yang perlu diambil berat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah; bagaimana pula dengan nasib rakyat di Bakun (Belaga) itu sendiri? Tidak layakkah rakyat Belaga diberi royalti? Royalti ini boleh digunakan untuk pembangunan rakyat di Daerah Belaga dan menjamin generasi masa depan anak-anak dan cucu cicit rakyat Belaga.

Untuk persoalan ini Kerajaan Negeri Sarawak perlu mempertimbangkan sebahagian royalti untuk rakyat Belaga yang telah terpaksa kehilangan Tanah Adat yang sangat luas dan dipaksa pula meninggalkan tempat asal mereka di hulu Bakun.

Tidak bolehkah kerajaan mempertimbangkan royalti daripada hasil penjualan tenaga dari HEP Bakun sebanyak Tiga Puluh Peratus (30%) untuk rakyat Belaga setiap tahun? Atau 30% ini datang dari levi yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak terhadap Sarawak Hidro?

Atau cara lain yang mungkin perlu dipertimbangkan adalah kedua-dua Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat sama-sama mengambil peranan memberikan sebahagian royalti ini kepada rakyat Belaga. Kedua-dua kerajaan melalui syarikat terbabit perlu ikhlas menyediakan satu peruntukan dalam perjanjian tersebut khas untuk rakyat Belaga bagi pemberian 30% royalti ini. Atau apa-apa jumlah peratusan royalti yang dirasakan patut oleh pihak kedua-dua kerajaan.

Pengorbanan yang telah dibuat dan disumbangkan oleh penduduk Belaga adalah Sungai Balui dan cabang-cabang sungai Balui selain dari ratusan ribu Tanah Adat. Itulah sebahagian besar "modal" dalam syarikat berkaitan HEP Bakun yang telah disumbangkan oleh rakyat Belaga (Bakun). Justeru itu, pertimbangkanlah pemberian royalti atau saham(share) untuk rakyat Belaga (Bakun).

Monday, May 23, 2011

Cadangan Semak Semula Subsidi IPP Punya Agenda ?

21/05/2011
Share |



SHAH ALAM 21 MEI : Tindakan Kerajaan pemerintah mahu menyemak semula subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) dilihat mempunyai agenda dan percaturan politik tersembunyi apabila diumumkan sebaik sahaja pelbagai subsidi kepada rakyat ditarik balik.
Kerajaan pemerintah sepatutnya terlebih dahulu mengurangkan subsidi kepada IPP dan tidak menarik balik subsidi kepada rakyat yang kini semakin tenat dengan kos kehidupan yang semakin meninggi.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata apa sahaja alasan kerajaan mahu menarik balik subsidi, tanggungjawab meringankan beban rakyat tetap dibahu kerajaan pemerintah.
Johari menambah, Perdana Menteri Najib Razak perlu melihat kembali slogan yang dilaungkannya, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
"Inilah yang dikatakan omong kosong UMNO-BN, rakyat didahulukan, ya memang rakyat didahulukan, penarikan subsidi rakyat didahulukan kerana bagi mereka subsidi rakyat ini tidak penting dalam pengiraan politik mereka," katanya.
Mengulas lanjut senario ini, Johari ketika ditemubual di Ibu Pejabat TvSelangor berpendapat kenyataan semak semula subsidi IPP itu sengaja diwar-warkan demi mengaburi mata rakyat dalam menjayakan agenda tersembunyi mereka. 
"Saya yakin, ini mungkin salah satu daripada agenda politik mereka daripada pihak ini paling tidak pun untuk tampung kos pilihanraya akan datang," kata Johari.
Awal bulan ini, rakyat dikejutkan dengan penarikan balik subsidi gula dengan alasan kerajaan pemerintah tidak berdaya lagi untuk menampung subsidi kepada rakyat. 
Untuk rekod, harga gula dinaikkan tiga kali tahun lalu dan sekali tahun ini menunjukkan peningkatan harga sebanyak 65 sen untuk sekilogram bahan keperluan itu. 
Kali terakhir harga gula dinaikkan ialah pada Disember tahun lalu kepada RM2.10.
Ia sejajar dengan kenaikan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Dalam pada itu, Johari turut menyifatkan Kerajaan pimpinan Najib razak ketandusan idea menawan hati rakyat dan akhirnya akur dengan mengadaptasi tawaran Buku Jingga, iaitu mahu menyemak semula subsidi yang diberikan kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).
"Akhirnya mereka tiada pilihan lain selain melihat balik kandungan buku jingga adakah ia memberi impak kepada masyarakat terbanyak, saya yakin rakyat amat berminat melihat buku jingga dan mereka (UMNO-BN) tahu bahawa Pakatan Rakyat lakasanakannya dengan penuh hemah dan cermat maka semua yang disebut dalam buku jingga itu dapat kita laksanakan."
Tambahnya lagi, persaingan politik sedemikian bukan tindakan terbaik bagi kerajaan yang sudah memerintah berpuluh tahun seperti UMNO-BN, sebaliknya mereka harus tampil dengan buku dasar tersendiri agar rakyat mampu membuat perbandingan.
"Kalau benar- benar Najib mempunyai wawasan seperti ayahndanya (Tun Abdul Razak) beliau harus berdepan dengan Pakatan Rakyat secara profesional kalau kita keluarkan buku jingga, beliau juga harus keluarkan buku juga dan tawarkan kepada rakyat, bawa buku jingga bandingkan dengan rakyat supaya rakyat mampu membuat perbandingan," katanya.

Sumber : http://www.tvsnews.net
Ulasan : 
Rakyat jangan percaya dengan kononnya Kerajaan BN nak menyemak "subsidi" untuk IPP. BN sebagai pihak berkuasa yang dapat bertindak (kerana kuasa ada di tangan) harus dipercayai kata-kata mereka HANYA jika kerajaan BN melaksanakan. Bukan setakat berjanji. Janji itu hanya untuk mengabui mata rakyat.

Jangan tertipu dan terpedaya dengan JANJI KOSONG mereka. Kerajaan BN harus memotong "jutaan subsidi" yang diberi kepada IPP dan serahkan wang itu untuk kebaikan dan manfaat rakyat seluruh negara. 

Bukan memotong subsidi yang memang hak rakyat dan naikkan harga barang dan minyak.

Monday, May 16, 2011

Perang Salib: Pemimpin gereja mahu tindakan segera


Aidila Razak
Mei 16, 11
3:23pm
Kongsi 89
Pemimpin masyarakat Kristian hari ini memilih untuk tidak membidas ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa menyemaikan benih kebencian agama di kalangan masyarakat majmuk negara ini.

Sebalik mereka mendesak pihak berkuasa segera bertindak kerana kegagalan berbuat demikian akan membawa padah kepada keharmonian negara.
ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 2Ibrahim (kiri) yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA, pada Sabtu lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

“Kenyataannya yang tersirat itu boleh menghancurkan keharmonian dan menimbulkan rasa benci ke atas masyarakat Kristian tanpa sebarang asas.

“Gereja tidak rasa tidak selamat kerana keselamatan kita adalah berdasarkan hubungan dengan Tuhan, tetapi kerajaan mesti bertindak bagi menjamin ketenteraman awam,” kata presiden Majlis Gereja Sabah biskop Albert Voon.
Sikap membisu

Katanya, kenyataan Ibrahim itu tidak wajar kerana ia hanya berasaskan laporan Utusan Malaysia yang mendedahkan kononnya paderi Kristian berkonspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan.

“Apabila gereja kami dibakar, adakah awak melihat masyarakat Kristian bertindak balas dengan berang?...

“(Polis kata) mereka masih menyiasat (dakwaan konspirasi Kristian)…tetapi bayangkan jika ada seorang biskop yang menggunakan istilah Perang Salib - dia akan (ditangkap) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada keesokannya harinya.”

NONEDengan nada yang sama, presiden Majlis Gereja-gereja Reverend Thomas Philips berkata adalah penting bagi pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kata-kata melampau berkenaan.

“Dengan semua kenyataan itu, siapa yang akan bercakap bagi pihak yang diserang itu? Sikap membisu pemimpin negara yang gagal mempertahankan hak minoriti menimbulkan kecurigaan di kalangan mereka. Seseorang meniupkan sentimen agama akan membangkitkan kemarahan ramai orang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, terdapat pelbagai peruntukkan dan undang-undang di negara ini bagi menangani mereka yang cuba menyebabkan huru-hara di negara ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengulas isu berkenaan berkata kenyataan Ibrahim tidak mewakili majoriti orang Melayu-Islam. Namun beliau tidak mahu melabelkan Ibrahim sebagai seorang ektremis.

Saturday, May 14, 2011

"Henti Aibkan Anwar" - Nik Aziz

Dari Harakah.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga Ketua Pembangkang itu.

Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.

“Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu memohon pihak perancang yang merakam dan mendedahkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dihentikan segera.

Menurutnya, sebagai umat Islam mereka harus sedar tindakan memfitnah dan mengaibkan orang satu dosa yang besar.

Tegasnya, balasan buruk akibat tindakan itu akan diberikan Allah kepada orang yang memfitnah sejak di dunia lagi.

“Kita sebagai anggota masyarakat jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) itu kerana dosanya juga akan terpalit pada kita,” katanya.

Sumber : http://anwaribrahimblog.com/2011/05/13/henti-aibkan-anwar-nik-aziz/

Ulasan dan saranan :
Kepada pihak-pihak yang terlanjur BERSEKONGKOL dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) ini, termasuk sengaja menayangkan dan mengaitkan Video Seks dengan Ketua Pembangkang Malaysia YB Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi tujuan memalukan beliau, eloklah minta maaf secara terbuka dalam akhbar dan dalam blog masing-masing kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga. 

Monday, May 9, 2011

Mencetuskan Isu Kristian Agama Rasmi ? - Angkara siapa?

Ada pihak tertentu seolah - olah menangguk di air keruh. Mereka ini mempertahankan kuasa hanya dengan memainkan isu seperti perkauman, agama dan isu sensitif yang lain. Mereka seolah-olah tidak ada modal untuk bercakap soal isu membela hak rakyat.

Untuk mempertahankan kuasa pihak tertentu ini akan menggunakan dasar pecah dan perintah. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat miskin dan yang terpinggir.

Yang paling hangat kini adalah isu agama, kononnya agama Kristian hendak dijadikan agama Rasmi Malaysia. Tidak ada orang perseorangan atau satu - satu parti politik persendirian boleh melaksanakan perkara ini. Apa lagi meluluskannya bersendirian.

Jadi adalah tidak masuk akal jika ada pihak tertentu "melenting" yang amat sangat seolah-olah perkara ini akan terlaksana esok lusa. Tidak mungkin. Kerana ia perlu diusulkan dan dibahaskan di parlimen. Kemungkinan besar isu ini hanya akan tersekat diperingkat usulan kerana Speaker Dewan Rakyat pasti tidak akan membenarkannya.

Justeru itu, kita berpendapat bahawa pihak tertentu hanya mengambil kesempatan dan hanya menangguk di air keruh untuk mempertahankan kuasa yang kian dilucutkan oleh rakyat yang semakin matang.

Ingatkah kita suatu ketika isu Alkitab yang ditahan di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Kelang? Pihak tertentu yang mencetuskannya dan mereka juga mendabik dada kononnya mereka menyelesaikannya. Rakyat bijak menilai situasi ini.

Kini, isu Kristian Agama Rasmi seolah-olah diolah mengikut modus operandi yang sama. Motifnya tidak lain tidak bukan - memainkan sentimen dan perasaan kaum tertentu agar terus menyokong mereka. Tidak ada cara lain bagi mereka mempertahankan kuasa kalau bukan menggunakan isu agama, kaum dan Raja.

Kalau soal membela hak rakyat miskin dan terpinggir jauh sekali. Kuasa dipertahankan hanya untuk memperkaya diri, keluarga dan kroni. Contoh : Harga barangan terus naik - ini akan memiskinkan lagi rakyat yang sediakala miskin. Kesannya, kroni bertambah kaya.

Oleh itu rakyat yang bijaksana, marilah kita sama-sama berganding bahu mengekang perbuatan pihak-pihak tertentu yang menggunakan isu-isu sensitif dan perkauman untuk berpaut pada kuasa.

Politik masa depan adalah politik yang membela rakyat terbanyak berdasarkan isu dan merit yang pada akhirnya menguntungkan rakyat, BUKAN sekerat dua pemimpin dan kroni yang kaya raya dan tamak haloba, seolah-olah negara ini milik peribadi dan kroni mereka. 

Sunday, May 1, 2011

SELAMAT HARI PEKERJA

Hari ini, 1.5.2011 adalah cuti dari pekerja seluruh Malaysia. Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua warga pekerja di seluruh Malaysia.

Persoalannya, siapakah pekerja? Mungkin terlintas di fikiran kita - adalah mereka yang dalam kategori makan gaji.

Dalam kita menikmati hari cuti ini, saya terkenang pekerja-pekerja yang tidak bernasib baik. Mereka, saya simpulkan dalam kumpulan "mangsa polisi double standard".

Ada yang menerima gaji kecil semata-mata kerana datang dari kaum yang tidak sama dengan kaum majikan.

Ada pula yang menerima gaji kecil berbanding rakan mereka yang mempunyai jawatan yang sama tetapi memiliki gaji yang lebih tinggi.

Yang dapat saya perhatikan adalah gaji seorang kerani lebih tinggi di Semenanjung Malaysia berbanding di Sarawak. Begitu juga gaji Juruwang di Supermarket di Semenanjung Malaysia lebih tinggi dari di Sarawak.

Dengan gaji yang rendah di Sarawak, sedangkan harga barang pula lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia, menyukarkan lagi kehidupan pekerja di Sarawak.

Walau bagaimanapun, lain pula ceritanya dalam sektor awam. Cikgu sebagai contoh, mereka yang dihantar ke Sarawak dari Semenanjung pula menikmati elaun yang jauh lebih besar dari Cikgu dari Sabah dan Sarawak yang dihantar mengajar ke Semenanjung. Sedangkan kos hidup di bandar adalah tinggi.

Dalam contoh-contoh seperti di atas, diharap pihak terbabit melakukan sesuatu bagi memberi keadilan kepada pekerja-pekerja yang menjadi mangsa polisi yang tidak adil. Begitu juga melakukan sesuatu bagi mengelak "penindasan" terhadap pekerja akibat perbezaan warna kulit.

Selamat Hari Pekerja.