Baru-baru ini perhatian serius nampaknya diberikan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak terhadap apa yang diminta oleh Kaum Penan di kawasan Murum terutamanya yang terjejas oleh Empangan Murum.
Antara berita yang menghiasi dada akhbar baru-baru ini adalah seperti berikut:
1. "Penans All for Murum Dam",
2. Penans to get their wish, dan
3. Tan Sri Datuk Sri James Jemut Masing akan melakukan yang terbaik bagi mendapatkan apa yang diminta oleh kaum Penan.
Yang paling dialu-alukan adalah kesediaan James Masing menuntut apa yang diminta oleh kaum Penan Murum dan Kenyah kawasan Murum. Nampak usaha ini baik. Cuma itu belum cukup kerana ianya hanyalah kata-kata yang sangat manis untuk didengar oleh semua pihak, baik yang menabur janji mahupun yang akan menerima janji.
Di bawah tajuk akhbar yang pertama, iaitu ulangan kepada satu tajuk yang pernah keluar pada tahun 2010, yang mengatakan semua Penan bersetuju Empangan Murum dibina. Maklumat yang diberikan kepada saya adalah; kenyataan ini tidak benar. Penan tidak pernah pada sebarang masa memberikan kebenaran kepada pihak terbabit membina Empangan Murum. Kebenaran yang kononnya ada itu mungkin "diberi" oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Tajuk yang kedua, dimana Penan dan pihak lain yang terjejas akan memperoleh apa yang mereka harapkan/mahu (wished). Itupun tidak semua benar. Apabila dibandingkan apa yang dijanjikan Kerajaan dengan apa yang diminta oleh rakyat Murum yang terjejas, kelihatannya jauh berbeza dan tersasar. Dalam erti kata lain, apa yang ditawar oleh kerajaan tidak sama dengan apa yang diminta oleh orang Penan. Lain diminta lain yang dijanji.
Kita akan memantau kata-kata yang pernah diungkapkan dan dijanjikan oleh James Masing dari masa ke semasa. Eloklah apa yang dijanjikan James Masing buat masa ini. Cuma kita belum mendengar dan membaca apakah pendirian wakil-wakil rakyat di kawasam Murum, iaitu YB Datuk Billy dan YB Encik Liwan. Harap mereka berdua berani bersuara bagi pihak Penan. Sebagai orang asal Belaga dan pernah beberapa kali turun padang, kita ada maklumat sah dan "direct" dari Penan yang terjejas.
Kita akan mengetahui janji-janji sebenar pihak kerajaan Negeri Sarawak kepada penduduk Murum yang terjejas dalam tempoh pembinaan Empangan Murum ini. Sama ada apa yang diucapkan pihak kerajaan melalui James Masing dan YB-YB kawasan Murum serta pihak agensi kerajaan yang lain ikhlas dan konkrit, kita akan mengetahuinya melalui cara yang Penan mahu.
Tidak guna bercakap dan berjanji hanya sekadar di dada akhbar jika niat sebenar tidak dimanifestasikan melalui sesuatu yang lebih ikhlas dan konkrit.
Kita tunggulah perkembangan seterusnya.
No comments:
Post a Comment