FOTO : MENINJAU EMPANGAN BAKUN
Sempena kemunculan tahun baru 2012 ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog saya. Tahun 2012 merupakan tahun yang penting bagi setiap rakyat kerana pilihanraya umum ke-13 diwar-warkan akan berlaku. Jika benar berlakunya pilihanraya pada tahun ini, ada sesetengah pihak mengatakan ianya akan menjadi "mother of the war (election)" dalam pilihanraya sama ada oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Rakyat akan membuat perhitungan sekali lagi untuk memilih wakil rakyat mereka. Apa yang kita harapkan adalah agar rakyat akan diberikan hikmat dan keberanian untuk mengubah nasib masing-masing tanpa ada unsur-unsur takut pada gertakan, terpedaya dengan wang ringgit, terpedaya dengan amaran tarik balik bantuan, terpedaya dengan tekanan sekolah akan ditutup kalau tidak undi pihak tertentu, klinik akan ditutup dan sebagainya.
Nilaikan juga calon-calon yang bertanding dengan saksama. Kalau boleh berdialog dan bersoaljawablah dengan semua calon - calon yang bertanding. Lebih baik lagi kalau semua calon yang bertanding berdebat di depan rakyat(pengundi) dalam Debat Perdana di atas satu pentas semasa kempen. Barulah rakyat membuat pilihan bermaklumat dan tepat semasa mengundi.
Selamat menyambut tahun baru 2012 dan tempuhilah tahun baru ini dengan iringan doa dari saya untuk semua pembaca.
Salam Reformasi. Demi Rakyat.

No comments:
Post a Comment