Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK
Showing posts with label Politics. Show all posts
Showing posts with label Politics. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

BERUBAHLAH!!

                         DI BUKIT JAYUNG - JALAN YANG TAK PERNAH SIAP

Hari penamaan Calon pada 6.4.2011 semakin hampir. Semua orang mencongak siapakah calon yang bakal bertanding dalam DUN Sarawak kali ini.

Dengan mengetahui calon-calon yang bertanding, maka ini akan memudahkan setiap pihak bertanding mengatur strategi.

Strategi yang dibuat perlu berlandaskan fakta dan bukti.
1. Berdoa agar tidak ada roh penipuan berleluasa - TOLAK parti atau Calon yang menipu;
2. Pengundi kena kuatkan iman agar tidak terpedaya dengan sogokan WANG RINGGIT yang dihulur pihak tertentu untuk memancing UNDI;
3. Pertimbangkan adakah mereka yang telah memegang pemerintahan MENUNAIKAN janji mereka kepada Rakyat;
4. Pertimbangkan polisi TANAH NCR : Siapa MEROMPAK Tanah NCR Rakyat dan Siapa yang berjuang MEMULANGKAN TANAH NCR KEPADA RAKYAT;
5. ISU ALKITAB dan KEBEBASAN BERAGAMA.

Jangan butakan hati - pura-pura tidak tahu apa yang terjadi di sekitar. Kalau sudah mengerti MASALAH dan TEKANAN akibat isu di atas, TERJEMAHKAN pada UNDI.

BERUBAHLAH!!

Thursday, March 24, 2011

N. 57 BELAGA PERLU PERUBAHAN - BERUBAHLAH!

Tarikh pilihan raya umum negeri Sarawak bukan rahsia lagi. Umum sudahtahu bahawa tarikh penamaan calon adalah pada 6.4.2011 dan tarikh membuang undi pula adalah pada 16.4.2011.

Secara khusus saya menyeru kepada rakyat Belaga membuat perhitungan mendalam semasa pengundian ini. Sebagai pendokong perubahan dan REFORMASI, saya mendorong rakyat Belaga supaya membuat perubahan sebenar. Sepanjang analisis saya berkempen untuk PERUBAHAN di seluruh Sarawak, hampir semua tempat yang dikunjungi mempunyai masalah yang sama - iaitu KEHILANGAN HAK KE ATAS TANAH ADAT akibat polisi Barisan Nasional (BN) yang merampasnya dari kita. 

Kita penduduk Belaga tidak terkecuali dari DIROMPAK TANAH ADAT OLEH BN/TAIB. Bahkan ada saudara kita dari rumah panjang dikatakan SETINGGAN di tanah kita sendiri oleh Company Kroni BN/Taib.

Sebagai mangsa PEROMPAKAN dan DITENGGELAMKAN AIR BAKUN DAM dan MURUM DAM tanah adat kita, MAKA kita tidak seharusnya memberi peluang lagi kepada BN/Taib untuk terus MEROMPAK apa yang hak kita.

ROMPAKAN hak kita di Belaga ini adalah NYATA DAN HAKIKAT yang benar-benar berlaku. BN tidak akan dapat menyelesaikan masalah ROMPAKAN TANAH ADAT ini.

Satu lagi yang perlu rakyat Belaga terutamanya RAKYAT ASAP, berubahlah kepada kerajaan baru PAKATAN RAKYAT dengan mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)

PAKATAN RAKYAT Sarawak secara terang dan jelas mempunyai polisi untuk memulangkan tanah adat kita. Maka rakyat Asap Koyan DIBENARKAN BALIK SEMULA KE ULU BALUI tempat kampung asal.

Tetapi bagi Barisan Nasional, BN TIDAK MEMBENARKAN KITA PULANG KE ULU BALUI. BN suruh semua yang masih tinggal di Ulu Balui, dan yang pulang ke Ulu Balui agar PULANG SEMUA SEMULA ke Asap Koyan. RM2,000,00 diberi oleh BN sebagai kos pulang ke Asap kerana kita tidak dibenarkan tinggal di Ulu Balui oleh BN.

Dengan perbezaan dua polisi ini, maka saya menyeru SEMUA rakyat Belaga dan pengundi Belaga agar MENOLAK Calon BN/Taib. Calon Taib/BN inilah yang menyebabkan Taib akan masih berkuasa dan MEROMPAK hak kita dan terus dibawa lari oleh Taib ke luar Negeri. Klik sini.

Tidak perlulah kita terus dibuai oleh janji kosong Taib/BN dengan rethoric politik pembangunan yang hanya menguntungkan Taib/BN/Kroni. Rakyat akan terus tertipu dan tertindas. Termasuk kita di Belaga.

BERUBAHLAH!
Undilah Calon Parti Keadilan Rakyat
http://www.barubian.net/

Friday, February 26, 2010

BAGAIMANA TAIB TERSELAMAT PADA PILIHANRAYA 1987...

dan mengapa Sarawak hari ini dalam cengkaman penguasaan gang perompak tauke-tauke balak...

Apabila "Peristiwa Ming Court" – satu pemberontakan terhadap Taib oleh ahli, sama ada wakil rakyat dan bukan wakil rakyat, dari kemnya sendiri yang diketuai oleh bapa saudaranya sendiri, Tun Rahman – telah terjadi pada Mac 1987, Taib pada waktu itu sudah menjadi Ketua Menteri selama 6 tahun.


Dalam 6 tahun tersebut, dia telah berjaya untuk menimbulkan kemarahan ahli-ahli tersebut dengan berat sebelah menyokong dan memberi kontrak serta konsesi kepada sekumpulan baru kroni kapitalis yang kebanyakannya adalah Cina Foochow, dari atau dekat dengan parti SUPP, dan terlibat secara khasnya dalam industri pembalakan dan pembinaan.

Yang ironiknya, bapa saudaranya sendiri yang telah memulakan tren ini, semasa menjadi Ketua Menteri pada tahun 1970 dia terpaksa bergantung kepada sokongan parti SUPP dan dengan demikian menghalang percubaan SNAP untuk berkuasa semula di negeri ini.


Bapa saudaranya telah berkuasa hampir 12 tahun tetapi dalam masa 6 tahun kroni-kroni Taib telah pun merapatkan jarak dengan hampir menyamai jumlah konsesi balak yang dipegang oleh kroni-kroni Rahman.


Walaupun Taib telah mendapatkan nikmat secara peribadi daripada pengaturan bersama dengan kumpulan kroni-kroninya, pada masa itu kemungkinan besar dia masih tidak bersetanding dengan kuasa-kewangan kroni-kroni bapa saudaranya. Dia juga mengetahui bahawa pilihanraya 1987 yang terpaksa diadakan kerana pemberontakan yang telah berlaku sangat mahal kosnya, dengan kumpulan bapa saudaranya membelanjakan sebanyak wang yang mungkin untuk menggulingkan dia, sementara dia (Taib) harus membelanjakan sejumlah wang yang sekurang-kurangnya hampir sama seperti perbelanjaan mereka demi mempertahankan dirinya dan kroni-kroninya.


Untuk separuhnya menyekatkan kuasa-kewangan pihak lawan dan juga untuk mendapat akses kepada sumber kewangan yang diperlukan untuk dirinya, dia telah mengarahkan semua dana kerajaan negeri dipindahkan daripada Bank Utama yang mana pada ketika itu dikuasai oleh salah seorang kroni bapa saudaranya Bidari, yang juga Bendahari PBB.


Ini dapat dia lakukan dengan bantuan baik iparnya, Aziz Hussain, yang pada ketika itu kebetulannya adalah Pembantu atau Timbalan Pegawai Kewangan Negeri. Sebenarnya Aziz Hussain lah yang membongkarkan rahsia tersebut, tanpa disedarinya kepada Sarawak Headhunter pada suatu ketika.


Taib telah membuat perjanjian dengan 5 ketua gang tauke balak – jika anda tidak tahu siapa mereka, lihat sahaja siapa 5 pemegang konsesi balak utama di Sarawak. Perjanjiannya adalah bahawa mereka akan membayar Taib RM30 juta setiap seorang jika dia memenangi pilihanraya itu. Sebagai balasan mereka bukan sahaja akan dapat mengekalkan konsesi balak yang sedia ada tetapi mereka juga akan diberi banyak konsesi lagi – dan Taib juga akan menerima banyak lagi, ia itu RM30 juta setiap orang yang bakal diterima Taib hanyalah suatu bayaran muka yang kecil.


Jadi Taib telah menggunakan RM150 juta wang kerajaan negeri untuk menampung kempen pilihanrayanya (dan BN). Wang mengalir umpama air daripada kedua-dua pihak, tetapi di sebelah Rahman kelihatan seolah-olah lebih banyak wang tidak dibelanjakan seperti sepatutnya, maka selepas pilihanraya, rumah Nor Tahir di Satok telah digeledah oleh pihak berkuasa persekutuan dan lebih RM90 juta wang tunai haram yang tidak sempat dibelanjakan telah dirampas.


Ya, rakyat Sarawak yang baik, itulah pendapatan haram dari sumber alam saudara-saudara, yang mereka telah gunakan bagi “merasuah” anda untuk menyokong mereka.

Apabila pilihanraya selesai dan kumpulan Taib telah memenanginya dengan kelebihan hanya 4 kerusi, RM150 juta tersebut telah dengan segera digantikan dan tiada sesiapa pun tahu atau sedari apa yang telah Taib lakukan untuk menyelamatkan diri dalam pilihanraya 1987.

Inilah cara bagaimana Taib terselamat dalam pilihanraya 1987 dan bagaimana sekurang-kurangnya 7 juta hektar konsesi balak telah jatuh ke dalam kawalan keluarga Taib, konco-konco dan kroni-kroni mereka (yang tidak kurang 5 juta hektar telah dikuasai 5 perompak tauke balak paling besar yang telah membayar balik Taib bagi memulangkan wang kerajaan negeri yang telah dia gunakan dalam pilihanraya tersebut).


Pilihanraya di Sarawak dan di banyak bahagian Malaysia tidak lebih dari hanya sekadar demokrasi olok-olok dan suatu penyelewengan demokrasi, sehinggalah sampai suatu ketika di mana rakyat sendiri memutuskan bahawa mereka tidak boleh dirasuah lagi dengan wang mereka sendiri untuk menyokong serta mengundi wakil rakyat yang kemudiannya akan menyalahgunakan amanah mereka.

Dipetik dan diterjemah dari blog : Sarawak Headhunter.

Wednesday, August 19, 2009

WHO IS PURE LIAR AND PLAY DIRTY POLITICS??

WHO IS PURE LIAR AND PLAY DIRTY POLITICS??

Here is one methodology/real scenario:-

VERY EASY:

Come election time, every one (ANY PARTY AND INDEPENDENT THAT CONTESTING) is promising this and that; bring development, will not corrupt, no cronisme, not enriched themselves, not grasp rakyat's NCR land, no abuse of power and so on...

No harm, everybody can promise anything

BUT those who win in the election and form the Government HAVE TO perform whatever promises or manifesto being said.

Those who lost in the election has NOTHING to perform, because they are NOT in power, maybe watchdog to the winner but not mandatory unless they are paid for doing so...

Therefore, BURDEN of Proof to CLAIM THEY ARE NOT THE PURE LIAR AND PLAY DIRTY POLITICS is TOTALLY lay on those in POWER.

So judge by yourself rationally and logically. WHO is LIAR???

For those of you who really UNDERSTOOD this real scenario - Please teach those in power to perform and STOP them from alleging/blaming the opposition (those who lost in election) as LIAR.This is not right.

Also teach the rakyat to understand this methodology.

Don't wasting our time and resources to discuss matters on "Opposition is liar" since they are not the performing party.