Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Monday, February 16, 2009

ANTARA SEBATANG BALAK DAN PENDUDUK RUMAH PANJANG : YANG MANAKAH LEBIH BERHARGA?

1. Siapa yang pihak pengusaha balak dan BN pentingkan, balak atau penduduk rumah panjang?

2. Kalau benar namanya peduli: mengapa hampir semua sungai di Sarawak sudah keruh?

3. Ratusan dan mungkin ribuan ikan mati di sungai yang padat dengan lumpur AKIBAT AKTIVITI PEMBALAKAN ini.

4. Adakah penduduk rumah panjang menerima "pampasan" dari pengusaha balak setiap bulan?

5. Penduduk rumah panjang hanya dipedulikan selama 10 hari (bergantung kepada SPR) semasa pilihanraya. Itu pun RM20.00 seorang pengundi. Itukah nilai seorang penduduk rumah Panjang?

6. Selepas tempoh itu - Siapa peduli penduduk rumah panjang lagi?

7. Pihak yang menjanjikan "pembangunan" untuk penduduk rumah panjang ini akan membuat "pembangunan" seperti ladang kelapa sawit, mencari "balak" selagi ada.

8. Penduduk rumah panjang ? Siapa peduli kerana tiada nilai berbanding balak sebatang.

9. Bahkan hasil TULANG EMPAT KERAT PENDUDUK RUMAH PANJANG seperti pondok, rumah, kebun, dan tanaman juga khabarnya "ditebang".

10. Yah semua di atas adalah namanya "PEMBANGUNAN". Ya hanya BN yang dapat membawa "Pembangunan".

11. Bagaimana hendak menghentikan "Pembangunan atau mungkin juga penganiayaan" ini?

WAHAI PENDUDUK RUMAH PANJANG, BANGKITLAH MELAWAN BELENGU PENGANIAYAAN INI.

BERUBAHLAH. MASIH ADA HARAPAN. BANGKITLAH BERSAMA PERUBAHAN.

Sunday, February 15, 2009

Not poison but silt that killed fish: NREB

Wednesday, February 11th, 2009
By Raynore Mering and Florence Mervyn

Petikan dari BORNEO POST

ENQUIRIES PERTAINING TO THE FOLLOWING NEWSPAPER REPORT:
1. This type of incident never happen before.
2. Habitat of the fish had been "contaminated".
3. It is seem "unacceptable" reasons given by the respective authorities?
4. Is it happen in the "intact" or natural river(s)which are not being affected by logging activities OR dam construction?
5. Is the incident "BEYOND HUMAN CONTROL" again?
6. May be because of HUMAN activities?


KUCHING: The mysterious death of fish in Belaga and Kapit may have been solved and experts say it was not due to poison.

Initial investigations carried out by the Natural Resources and Environment Board (NREB) had found that the fish had practically suffocated to death.

NREB controller Dr Penguang Manggil told The Borneo Post yesterday that the dead or dying fish were found with their gills clogged with mud.

Water sampling and test were carried out on the tributaries of the rivers leading to Bakun or Belaga and Kapit, and except for Murum river, the Balui, Belepeh and Linau rivers were all very murky.

“The water turbility (murkiness) was very high and there was high total suspended solid content. This could have been caused by erosion upstream. The gills of the fishes were found to be blocked by silt, and they are believed to have suffocated,” said Penguang.

According to Penguang, as the rivers’ water level subsided, the current of the rivers became stronger and this would also stir up more sediment.

Penguang said it was very unlikely that the fish had died because of poisoning or chemical contaminants in the rivers. Nevertheless, he said NREB had sent samples to the Chemistry Department for tests.

In Belaga yesterday, hundreds of fish surfaced in the Batang Rajang as they struggled for air, some already dead. There have been several reports of such incidents in Belaga and Kapit since late last year which was cause for much worry for the people there.

Penguang said the erosion of the rivers was caused by human activities upstream and he agreed that it would have long term consequences on the rivers as well as aquatic life. He said the death of the fish emphasised the importance of environmental impact assessment studies and the cooperation as well as awareness of all parties, including the local communities and the industries.

“We would like to call on everyone to ensure that whatever we do, it will have minimal impact on the rivers,” said Penguang.

Pengaung yesterday revealed that NREB had submitted a request for RM4 million from the federal government during the mid-term review of the Ninth Malaysia Plan to implement an ‘Integrated Watershed Management Plan for the Bakun Catchment Area’.

However, he said the request was not approved and NREB had again submitted a fresh request for funds under the coming 10th Malaysia Plan.

“The management plan is important due to the sensitivity of the area. It will be a blueprint for what we can and can’t do there. We hope that with this plan, we can better protect the Bakun catchment area,” Penguang.

Earlier yesterday, Land Development Minister Dato Sri Dr James Masing took NREB to task for the length of time it took the agency to find out what was causing the death of the fish and it stopping a recurrence.

In pointing out that the massive death of fish had already occurred twice, he fumed: “It’s been more than two months since NREB said it will investigate this and they have still not made their findings public.

“If the findings say that it is because of the mud suffocating the fish then the kampung people are just as good as these scientists who are paid so much.”

Masing, who is the assemblyman of Balleh, one of the affected areas, said that to his knowledge, the NREB was required to enforce a green area or buffer zone along the river banks to minimise erosion caused by human activities.

“The people carrying out shifting cultivation have always been blamed for causing erosion but this (fish dying in large numbers) has not happened until recently.

“NREB should find out who, or what, is causing this severe erosion and it should take action against the responsible parties without fear or favour. That is what they are there for,” said Masing.

Belaga police chief DSP Bakar Sebau told The Borneo Post’s sister daily, Utusan Borneo, that his station had received calls from the public about 10.30am and he had sent his officers to the ground to investigate.

“When they reached the river, my officers saw hundreds of fish, including baung and labang, floating on the surface. We found that their gills were full of mud and we believe the muddy water in the Batang Rajang is causing this,” he said.

Saturday, February 14, 2009

MESYUARAT AJK KEBANA PUSAT

Sila sedia maklum bahawa Mesyuarat AJK Kebana Pusat akan diadakan yang butir-butirnya adalah seperti berikut:

Tarikh : 14 Mac 2009

Tempat: Gereja SIB Kenyah, Bintulu

Jam : 1.00 Petang.

Semua AJK kebana Pusat diwajibkan hadir dan AJK cawangan digalakkan hadir.

Ketua kampung Lepo Badeng Koyan dan AJK Sukan & Kebudayaan diwajibkan hadir bagi membincangkan persiapan Kebana 2009 di Koyan..

All cawangan must come with their list of AJK and updated member list togehter with the yuran keahlian (RM5.00) dan yuran tahunan(RM24.00) for the meeting.


Note: Yuran masuk ahli RM5 dan setengah yuran tahunan(RM12.00) mesti dihantar ke Bendahari Agung Kebana untuk menjadi ahli yang sah.

Kebana sibu also to submit report on Pesta Kebana 2008 held in Sibu.

Setiausaha Agung aktiviti report.

Friday, February 13, 2009

DIVIDE AND RULE BY NAME



We may have three (3) group of Dayaks here i.e.

1. Dayak Laut (Iban)
2. Dayak Darat (Bidayuh)
3. "Dayak Ulu" ( Orang Ulu - possibility)

I really don't understand why current government make us "confuse" since the Ibans are mainly living in rural area rather than those Bidayuh.

This name (No. 1 & 2) may be twisted : Bidayuh should be rationally named as Dayak Laut (?) because they are mostly originating from sea shore compared to the Ibans who are originating mostly from mainland (Rural).

The Dayak Ulu (my own perception and proposal only)are those non-Iban or non-Bidayuh who also originating from "ulu" but from difference areas.

My GOLDEN Questions here are :
1. Are we Dayaks are going to permanently divided by the so called 3 different Dayak people as above?
2. Or may us the "strip" away this so called BN Heritage Divide and Rule Policy by using or naming us to three (3) main group of Dayak in Sarawak?

We may CHOOSE to "strip away the "Laut(Sea)", "Darat{Land)" and "Ulu(remote)" beside the term DAYAK?

If we are ready for that, we MAY CHOOSE so. Act within the possibility to UNIT us Dayak in BORNEO especially in Sarawak. Put it in State Constitution or even amend the Federal Constitution to suit our DayakBaru COMMITMENT.

Then, we in Sarawak will no more be DIVIDED AND RULED by certain "people"!

AGREE ?? Move it forward from now on!!

By : ABUN SUI

Thursday, February 12, 2009

"PESEPIT ULU PONAN DAYA KE' NEGERI PERAK"

NOTA PENTING. Maaf kepada yang tak faham.

Masa' pe tepat de' un melawat blog ji un ca putu teka' dalem kimet, yu se' je' tai nuyen ke Negeri Perak.

Tidai re kirane tanggal 5/2/2009 un pekaliu "Perintah" ke Perak. Sebab pe uban yu? Ilu masa' un ngening uban 3 osa cen Pakatan Rakyat bada' ida jadi ADUN Bebas ngan nyukung BN. Kesan de ti meka odai 28 tua' ADUN PR la. Meka pe BN un 28 osa ADUN. 3 Osa ADUN BEBAS. BN redo PR seri 28:28. 3 osa ADUN BEBAS di odai nyokong BN. Jadi kesan 3 osa ADUN BEBAS di nyokong BN je tai ngkin BN tai uyan Perintah mading.

Oka le naat cen penaat mata kasar le, memang BN tekep uyan Perintah. Un tepoo, nta re ngkin ne dalaem Dewan Negeri. Ala' sokongan SAH. Atau ti UNDI tidak percaya pala' Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri Nizar.

Juko' MB Nizar ja ca' man walaupun Sultan lepa lantik Menteri Besar mading. Uban ne kua" 28:28 MBNizar pe lepa nyat Dewan Bubar. Nta pe Sultan uba'. Jadi un dua MB ke' Perak na' ki.

Atek kado' dau du kaji beng ti UNDI MADING ne laa. Ja le penosa ji ke lepa.

Ca isu de' ilu mungkin lepa ngening yu tuman 3 osa da LOMPAT parti?

Un 3 sebab:

1. un dau Najib na' pan RM50 juta me ida;
2. un pe dau denga du NGESAK petakut ida telu;
3. un pe dau Najib NYuuk ida telu.

Obo-obo baan dau du, ida telu BEBAS ji terpaksa nyokong BN.

Ida LOMPAT baan dau du uban de uba ke jadi kaya'. Ngan takut du NYAKIT ida. Un pe ca isu dau du bada' uban un Du ke NAKAU 2 osa laki da boka re nyokong BN o.

Yu tuman BN nta makang ke ti Pilihan raya tain? Boka lan de ke un sokongan rayat masa' nta perlu takut ti pilihanraya.

Ilu naat la yu se' ketai kelepa PESEPIT ULU PONAN DAYA ji o.

Sunday, February 8, 2009

Banjir kali ini yang ‘termahal’: Dr Chan

Petikan dari Borneo POST:

Sebelum membaca:
1. Pihak yang menebang balak di hutan seluruh Sarawak hingga "botak" ada turun dan beri bantuan/pampasan kepada kepada mangsa banjir?

2. Ganti rugi yang pihak kerajaan beri sepadan tak dengan kerugian yang dialami?

3. Apa langkah - langkah yang telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk mengelak kejadian banjir ini?

4. Adakah kejadian banjir ini "Lumrah Alam" atau "Perbuatan Tuhan"? Lantas pihak berwajib menyalahkan "Lumrah Alam" atau "Perbuatan Tuhan"???

5. "Apa yang ditabur (menanam), itu juga yang dituai" - Cuma yang agak malang, mereka yang tidak tahu apa-apa (yang tidak menabur)pula yang jadi mangsa banjir.


BACA DAN BERI PANDANGAN ANDA.


Sunday, February 8th, 2009
Oleh Steve Annuar

Bencana banjir yang berlaku sehingga dua kali musnahkan banyak harta rakyat, k’jaan

MIRI: Banjir yang melanda di seluruh negeri ini disifatkan sebagai banjir termahal kerana memusnahkan banyak harta milik rakyat dan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam Negeri Datuk Patinggi Dr George Chan Hong Nam memberitahu perbelanjaan besar akan digunakan oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki dan membina semula harta-benda awam yang musnah.

“Ini adalah banjir yang termahal kerana berlaku di semua kawasan di seluruh negeri ini termasuk di Sabah dan Brunei. Sebelum ini banjir berlaku di beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu dan Miri sahaja. Banjir kali ini juga berbeza sekali kerana kita tidak meramal dengan tepat bila banjir berlaku. Tidak se-perti sebelumnya,” jelas Dr Chan.

Beliau memberitahu demikian kepada media semasa mengulas perkembangan terkini banjir selepas merasmikan pelancaran papan iklan Festival Muzik Jazz Antarabangsa Miri (MIJF) 2009 di lapangan terbang Miri semalam.

Timbalan Ketua Menteri itu juga memberitahu jumlah kerugian sukar untuk dianggarkan kerana ia turut melibatkan kemusnahan ribuan ekar kawasan pertanian.

“Banyak hasil tani telah musnah dan ini merupakan kerugian yang besar. Banjir turut melanda kawasan pekan dan bandar. Selain itu jambatan dan jalan turut runtuh. Kita perlu masa untuk memperbaiki semua ini,” jelasnya.

Menurut Chan, banjir dan tanah runtuh di negeri ini masih di tahap yang stabil di mana banjir dilaporkan telah surut di sebahagian besar kawasan.

Bagaimanapun beliau menerima laporan pagi semalam banjir di Long Lama berlaku ekoran hujan lebat yang turun kelmarin

“Semuanya baik sekarang ini. Tetapi semua kawasan mengalami cuaca lembab. Kita harap kesemuanya akan baik semula. Kita menjangkakan berlakunya air pasang besar semasa Chap Goh Mei (hari Isnin ini). Tetapi kita amat berharap tidak akan ada hujan lebat,” jelasnya.

Chan memberitahu seramai 20,000 mangsa banjir di seluruh negeri telah didaftarkan kepada Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam di setiap bahagian.

Jumlah mangsa dijangka bertambah kerana masih ramai mangsa yang belum mendaftarkan nama me- reka.

Sementara itu, ribuan penduduk terlibat sebagai sukarelawan membantu pihak berkuasa menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan tanah runtuh di seluruh negeri.

Sukarelawan membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan dan mengedarkan bantuan makanan.

Saturday, February 7, 2009

BANJIR LUAR BIASA DI SARAWAK

1. Sejak mutakhir ini banjir selalu berlaku. Kekerapannya juga 2 ke 3 kali atau lebih setahun. Ini agak luar biasa.

2. Pihak berwajib harus melakukan sesuatu untuk mencari punca sebenar berlakunya keadaan ini.

3. Orang kampung atau rumah panjang serta orang biasa seperti kita (bukan pakar alam sekitar) akan menganggap perkara ini adalah lumrah alam.

4. Benarkah ini ?

5. Mungkinkah ada kaitan dengan PEMANASAN GLOBAL? Oh tidak, tapi kenaikan paras laut kerana ketulan ais di kutub utara dan Selatan semakin cair.

6. Kita tidak boleh menahan hujan yang turun dari langit.

7. Dengan sidikit pengetahuan dari pembacaan yang saya ada - tumbuhan seperti pokok, rumput dan hidupan hutan lain berfungsi menahan air dari terus mengalir laju ke sungai. Maka peningkatan paras air sungai akan lebih terkawal. Banjir agak jarang - sekali dalam dua atau tiga tahun. Sekarang : 2 -3 kali setahun!!

8. Masalahnya adalah hutan di Sarawak sudah "gondol" akibat ditebang pembalak. Maka tiada penahan aliran air yang terus mengalir ke sungai. Akibatnya sungai tidak dapat menampung jumlah air yang banyak ini.

9. Kesan pembalakan yang tidak terkawal juga menyebabkan mendapan yang banyak di muara sungai hasil dari lumpur dan pasir yang dibawa oleh arus sungai yang gondol akibat pembalakan tak terkawal.

10. Akibatnya terjadilah banjir yang "KUNUNNYA" "Lumrah alam" atau "TUHAN PUNYA KUASA".

11. Siapakah punya angkara pembalakan yang tidak terkawal ini? Lumrah alam kah? Perbuatan TUHAN KAH? Siapa yang mendapat hasilnya?

12. Pihak berwajib dan tertentu yang melakukan pembalakan tidak terkawal berpuluh-puluh tahun lalu harus dipertanggungjawabkan!

13. Mangsa banjir seharusnya diberi PAMPASAN SETIMPAL akibat kerosakan dalam banjir ini. Bukan sekadar biskut dan air kotak atau yang sewaktu dengannya. Atau setakat "kesian kamu ye" = LIP SERVICE.

14. Berjuta-juta atau Berbillion ringgit hasil pembalakan masih tersimpan dalam bank (kalau adalah). Gunakan untuk dijadikan WANG PAMPASAN kepada mangsa banjir. Kalau tiada wang, ke mana pergi ?? Siapa ambil??

15. Bila banjir melanda - SEMUA KITA SUSAH (MANGSA).

16. Jangan asyik salahkan LUMRAH ALAM dan "ITU TUHAN PUNYA KUASA" seperti sesetengah pihak tu.

17. Ini semua PERBUATAN MANUSIA seperti yang tersebut di atas.


SILA MAJU KE:
http://www.theborneopost.com/?p=47261

Monday, February 2, 2009

Jangan persenda guna nama Allah

Petikan dari UTUSAN ONLINE.

Marilah kita berdoa agar sesuatu yang tidak kita ingini tidak berlaku.
Berdoa agar negara ini trus aman.

BERITA UTAMA

Jangan persenda guna nama Allah

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Tindakan akhbar Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya boleh mencetuskan krisis agama paling buruk di negara ini.

Justeru pihak akhbar berkenaan serta seorang menteri bukan Islam digesa lebih menghormati sensitiviti umat Islam dengan menghentikan perbuatan mereka serta-merta iaitu sebelum kesabaran umat Islam di negara ini tercabar.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, semua pihak harus sedar bahawa isu yang diperjuangkan oleh akhbar tersebut merupakan satu perkara amat sensitif dan umat Islam sedia bangkit mempertahankan kesucian Islam sekiranya keadaan terdesak.

‘‘Hasil penelitian saya, akhbar Herald Catholic sengaja provokasi masyarakat Islam Melayu kita dengan menyentuh perkara paling sensitif. Ia diburukkan lagi dengan tindakan seorang menteri yang tidak menjaga sensitiviti ini.

‘‘Kita sanggup bangkit mempertahankan hak ini dan Allah sendiri mewajibkan kita berjuang sekiranya kesucian Islam dicemari. Jangan sentuh semangat jihad kami,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas peringatan dan amaran keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ditujukan kepada pemimpin tertentu bukan Islam yang terus menimbulkan isu menyentuh kesucian Islam di negara ini.

Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan.

Mahmood Zuhdi berkata, dalam keadaan sekarang kerajaan mahu tidak mahu wajar bertindak segera termasuk menggunakan peruntukan undang-undang paling tegas terhadap syarikat akhbar tersebut bagi mengelakkan berlakunya krisis berkenaan.

‘‘Apa yang mereka lakukan ini boleh menyebabkan krisis (agama) dan sekali gus menjejaskan keselamatan negara. Sudah tentu orang Islam akan bangkit kerana mereka cuba mencemari agama kita yang suci ini,’’ ujarnya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid menyifatkan tindakan Herald Catholic yang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Menurut beliau, larangan menggunakan perkataan Allah kepada mana-mana agama lain selain Islam telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak bertahun-tahun dahulu.

“Sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan Allah itu tidak harus digunakan kerana perkataan itu adalah khusus kepada agama Islam sahaja dan ia merujuk kepada Tuhan Maha Esa.

“Dalam agama Kristian sendiri, mereka tidak gunakan perkataan Allah, dalam kitab mereka. Sebaliknya, mereka mengunakan perkataan seperti ‘Ilah,’ ‘God,’ ‘Lord’ dan sebagainya bagi merujuk tuhan mereka.

“Namun, tindakan akhbar ini seolah-olah tidak menghormati sensitiviti umat Islam bukan hanya di negara ini semata-mata tetapi seluruh dunia Islam lain,” katanya.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad ketika mengulas isu itu mahu kerajaan mengambil tindakan sewajarnya jika Herald Catholic enggan menghentikan penggunaan perkataan Allah dalam akhbarnya.

‘‘Ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat. Mereka sepatutnya tahu batas-batas hak (beragama) berdasarkan peruntukan Perlembagaan yang telah ditetapkan.

‘‘Tambahan pula kes ini masih dalam proses mahkamah. Mereka yang meminta kes ini dibicarakan dan seharusnya mereka lebih menunjukkan rasa hormat,’’ tambahnya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman pula berkata, tindakan Herald Catholic merupakan tindakan yang akan mencetuskan ketegangan agama.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan betapa ceteknya pemikiran beliau yang seolah-olah mencabar Islam sebagai agama persekutuan.

‘‘Akhbar itu sudah melanggar prinsip rukun negara iaitu kedaulatan undang-undang dan ini menunjukkan beliau gagal untuk menjadi rakyat Malaysia yang baik.

‘‘Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar itu dan jika perlu gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),’’ katanya.

Selain itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, Herald Catholic sudah mempersendakan orang Islam serta kesucian agama Islam.

‘‘Nama Allah bukan sewenang-wenangnya boleh digunakan. Ini kerana Islam merupakan agama yang suci dan tindakan Herald Catholic ini mempersendakan Islam dan beliau perlu diambil tindakan tegas,’’ katannya.

Sunday, February 1, 2009

Jangan cabar Islam

Dipetik dari Mingguan Malaysia

Makumat Penting:
Kenyataan dalam akhbar ini diekluarkan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi adalah Calon Naib Presiden UMNO (BN) iaitu Parti tunjang BN yang turut disertai PBB (Sarawak), SUPP (Sarawak), PRS (Sarawak), SPDP (Sarawak).

Beri pendapat anda mengenai keratan akhbar ini.

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Jangan cabar kesucian Islam. Jangan bangkitkan kemarahan umat Islam.

Peringatan dan amaran keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu ditujukan kepada pemimpin tertentu bukan Islam yang terus menimbulkan isu menyentuh kesucian Islam di negara ini.

Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

‘‘Ada pemimpin bukan Islam yang minta kebenaran supaya perkataan Allah digunakan dalam akhbar itu dengan alasan mengambil contoh Indonesia yang lebih bebas dalam isu agama.

‘‘Ini Malaysia, jangan samakan dengan negara lain, kita adalah sebuah negara Islam seperti termaktub dalam perlembagaan. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,” tegasnya pada majlis pelancaran Yayasan Generasi Gemilang (Y2G) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan.

Kata Dompok, perkara itu telah dibawa ke mahkamah dan semua pihak harus membiarkan sistem keadilan negara menentukan sama ada Herald Catholic harus berhenti menggunakan perkataan Allah atau sebaliknya.

Menurut Ahmad Zahid, cubaan untuk menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah dalam penerbitan akhbar agama mereka bukan sahaja menyalahi Perlembagaan Persekutuan, malah tindakan itu seperti mempunyai agenda tertentu.

“Apa tujuan mereka? Sejak dulu lagi, sudah termaktub dalam undang-undang mereka tak boleh berbuat demikian,” tegasnya.

Menurut Ahmad Zahid, perbuatan segelintir pemimpin bukan Islam yang sengaja membangkitkan isu itu seolah-olah cuba mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Pada masa yang sama, Ahmad Zahid menegaskan, penganut agama lain di negara ini juga dilarang menyampaikan dakyah agama mereka kepada umat Islam di negara ini.

‘‘Masyarakat bukan Islam perlulah hormati keputusan ini kerana ia tertakluk dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan, sekiranya kesucian Islam terus dicabar, masyarakat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik akan bersatu dalam mempertahankan kesucian agama Islam.

‘‘Jangan cuba bermain api, jangan cabar umat Islam, kita akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan agama suci ini,” kata beliau.

Pada masa yang sama, beliau menyeru umat Islam supaya bersatu bagi menangkis pandangan pihak luar yang menganggap masyarakat Islam lemah.

Sementara itu, Wan Mohamad ketika menjawab soalan pemberita mengenai isu Herald Catholic berkata, semua pihak perlu menghormati prosedur undang-undang yang sedang berlangsung tanpa menimbulkan sebarang kenyataan.

‘‘Kes ini sedang berjalan, mereka ini juga bukanlah orang istimewa sehingga boleh mengatasi undang- undang.

‘‘Malah mereka juga terdedah kepada kemungkinan menghina mahkamah jika mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.