Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Wednesday, August 19, 2009

TUAI RUMAH LONG KOYAN, BELAGA DITUDUH DI MAHKAMAH

BELAGA : Tuai Rumah Nyalang Tahe’ dari Long Koyan, Belaga, Sarawak akan dituduh di Mahkamah Majistret, Belaga pada 21/8/2009 pukul 9.00 pagi di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.

Tuai Rumah Nyalang Tahe’ merupakan seorang tuai rumah yang berdedikasi dan sangat berjiwa rakyat. Antara sifatnya yang terpuji adalah mempertahankan Tanah Hak Adat (NCR) beliau dan penduduk di Rumah Panjang Long Koyan Belaga dari pencerobohan pihak luar termasuk syarikat perladangan.

Dalam kes ini Tuai Rumah Nyalang Tahe’ mempertahankan tanah NCR beliau dan rakyat beliau dari dicerobohi oleh syarikat perladangan Samling Plantation yang diberi lesen yang dikenali sebagai Provisional Lease (PL) oleh kerajaan di Belaga termasuk kawasan tanah NCR Tuai Rumah Nyalang Tahe’.

Kes ini berbangkit daripada satu laporan polis yang dibuat oleh Rumah Panjang Long Koyan melalui wakil mereka pada 13/5/2009. Dalam laporan ini pihak rumah panjang yang diketuai oleh Tuai Rumah Nyalang Tahe’ telah pergi memberhentikan Excavator yang dikenali sebagai “peko” dikalangan Orang Ulu daripada terus menceroboh tanah NCR mereka.

Walau bagaimanapun, apa yang menghairankan adalah pada 21 Julai 2009, beliau telah ditahan dan diberi notis untuk menghadirkan diri untuk menghadapi satu tuduhan di Mahkamah Majistret Belaga pada 21 Ogos, 2009 (Jumaat). Setakat maklumat ini diberikan kepada Encik Abun Sui Anyit, penasihat JARINGAN TANAH HAK ADAT BANGSA ASAL SARAWAK (TAHABAS), Tuai Rumah Nyalang Tahe’ belum dibekalkan dengan laporan polis berkaitan tuduhan yang dikenakan terhadap beliau walaupun telah diminta oleh beliau.

Dalam kes ini beliau juga diberi Surat Perjanjian Dan Jaminan Kepada Polis Diraja yang meminta beliau mengakujanji akan membayar RM500.00 kepada Kerajaan Malaysia jika tidak hadir ke Mahkamah pada 21 Ogos ini.

Penduduk Pekan Belaga dan rumah-rumah panjang terutamanya yang berhampiran dengan Pekan Belaga agar turut serta ke Mahkamah Majistret Belaga pada 21/8/2009 jam 9.00 pagi bagi memberi sokongan moral kepada Tuai Rumah Nyalang Tahe’ untuk mempertahankan tanah NCR dari terus diceroboh oleh syarikat yang diberi lesen oleh kerajaan.

Tanah NCR adalah sangat penting untuk kehidupan masyarakat Orang Ulu di Belaga seperti Tuai Rumah Nyalang Tahe’ khasnya dan masyarakat Dayak Sarawak amnya.

2 comments:

  1. so, bakani ke cerita ia diatu unggal ? .

    ReplyDelete
  2. mereka yg menceroboh, diaorg pulak yg saman kita..

    ReplyDelete