Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Friday, December 11, 2009

MAJU BELAGA NAU ME ECAH -VS- BELAGA PEKAN MATI -VS- BRS ASAP KOYAN


HEP BAKUN TERKINI


TUMPUAN HANYA UNTUK MEMAJUKAN ASAP KOYAN



PEKAN BELAGA KINI DIKATAKAN MENUJU STATUS PEKAN MATI.





BELAGA OH BELAGA:

Suatu ketika dulu saya pernah berenang - renang di sungai ini (Balui yang utama dan Batang Belaga - cabang kecil). Kini saya tak sanggup nak terjun. Kecuali terdesak atau karam. Saya pernah karam di Batang Belaga (Giam Talang) bersama kumpulan perkelahan kami tahun 1995. Puji Tuhan, Dia masih memberi saya umur panjang.

Suatu ketika dulu sungai ini sangat jernih. Paling tidak terdapat dua warna sungai pada satu ketika - Batang Belaga berwarna jernih manakala Batang Balui berwarna coklat (seperti gambar ini). Saat kanak - kanak ku sempat ku ingat kami bermain - sorok - sorok batu putih di sungai Balui ini. Kumpulan atau kawan lain akan mencari batu putih sebesar genggaman. Kalau jumpa di dalam sungai Balui yang jernih itu - mereka dapat markah dan sebaliknya kalau tak jumpa.

Kini semua itu tinggal kenangan yang akan kuceritakan untuk anak cucuku angkara ditelan "kemajuan" dan HEP Bakun MEGA.

Adakah mungkin air sungai ini akan jernih lagi? Air sudah keruh, tetapi mana harganya? Mana pembangunan yang dikatakan penyebab kekeruhan sungai ini?

Mungkinkah harga pembangunan itu adalah air yang keruh? Mungkinkah harga pembangunan itu balak yang habis? Tapi ke mana wangnya pergi? Mungkinkah harga pembangunan itu Tanah Adat yang semakin "hilang"? Mungkinkah harga pembangunan itu jalan yang becak dan penuh lopak? Atau mungkinkah harga pembangunan itu berdirinya Hidro Elektrik MEGA Bakun kebanggaan pihak tertentu, yang kita hanya mampu "perhatikan dan lihat dari jauh" sahaja tanpa menikmati hasilnya?

Mungkinkah pembangunan itu bermakna kita kena beli segala makanan kita seperti ikan, binatang buruan, sayur paku dan sebagainya dari pasar? Mungkinkah harga pembangunan itu kita sudah kenal erti BIL elektrik dan BIL Air di rumah panjang? Adakah sumber kewangan di rumah panjang? Kalau ada, aku orang pertama mahu pulang!

Juga, tanah luas Belaga seluas negeri Pahang seolah - olah tidak cukup untuk penduduknya yang cuma mungkin kira kira 20 ribu sahaja. Ada yang terpaksa berhijrah beramai-ramai ke luar daerah demi mencari tanah untuk bercucuk tanam. Mengapa?

Belaga oh Belaga - mengapa engkau "usir" penghuni asalmu keluar dari naunganmu?? Mengapa? Mereka yang "terusir" tidak akan berbuat begitu kalau engkau menahan mereka. Kalau engkau adil kepada mereka.

Hujan emas di daerah orang baiklah di daerah sendiri. Belaga aku mahu berbakti kepadamu!!

Kini, kedua-dua sungai ini sama sahaja warnanya di pertemuan sungai itu. Ini semua angkara yang kita panggil "pembangunan".

Belaga !! Belum terlambat untuk engkau diuruskan dengan betul. Berilah mereka peluang!

Sambungan :
Kini Orang Asal Balui Belaga telah dipindahkan ke Bakun Resettlement Scheme (BRS) di Asap Koyan. Bahagiakah mereka di sana? Boleh kah mereka pergi "kuman bahe" @ Nyenang" di anak-anak sungai - sungai jernih seperti di Ulu Balui dulu?

Bolehkah orang yang dikatakan "JUTAWAN" Orang Ulu hasil limpahan pampasan HEP Bakun bebas untuk pergi buat luma' @ oma lagi? Setakat maklumat yang saya ada, apabila Orang Ulu, sama ada Kenyah atau Kayan atau Ukit mahu pergi lebih jauh melangkaui dari 3 ekar yang diperuntukan kepada mereka untuk membuat ladang, mereka akan ditahan atau dihalang oleh Company atau Syarikat.

Di sana sini ada GATE atau PAGAR milik company. Ya Tuhan!!! mana Orang Ulu Belaga hendak pergi buat ladang lagi? Ke mana sudah pergi tanah NCR yang luas yang telah diperjuangkan oleh nenek moyang kita dengan darah mereka kira-kira beratus tahun dulu???? Mana??

Akibat kononnya kemajuan di Asap hasil limpahan "pembangunan" dari pembinaan HEP Bakun, Orang Ulu Belaga di Asap telah kenal erti bil air dan bil elektrik di rumah panjang. Kata makcik@aunti saya, dia dan suami tidak mampu membayar bill elektrik dan air sebab tak ada sumber wang untuk bayar bil tersebut. Apa lagi wang untuk menyekolahkan anak mereka yang menuntut di Universiti Malaya (UM). Dengar khabarnya dia telah berhenti dari UM.

Dimaklumkan juga hutang makcik saya bersama ratusan keluarga di Asap mencecah 2 juta ringgit (RM2Juta). Rumah yang diduduki juga kena dibayar berjumlah RM52,000.00. Ingatkan free kata makcik saya!

Inikah kemajuan yang dijanjikan itu? Rumah perlu bayar RM52ribu, bill elektrik, tambang kenderaan, beli petrol. Pendek kata, keluar sahaja dari rumah PERLUKAN WANG. Kalau di sungai balui dulu, kita boleh jalan free, YA BENAR-BENAR FREE - sebab guna perahu dan kayuh sahaja. Lagipun sungai Balui yang mengalir pun ada. Cuma kena kayuh kalau melawan arus. Tapi itu SANGAT BAIK UNTUK KESIHATAN! Pengangkutan yang benar-benar FREE pemberian Tuhan itu sangat kurindui kini. Akan kembalikah realiti itu lagi?? So, pendek kata - orang "miskin di Balui" pasti tidak akan mati kelaparan!!

Kalau lah boleh diulang atau diputarkan balik masa, saya pasti tidak akan membenarkan BAKUN dibina di Sungai Balui. Apakan daya Tuhan tidak mengizinkan perkara itu terjadi. Kita hanya mampu berdoa agar tidak terus diperlakukan tidak adil oleh pihak TERBABIT!!.

Tanah yang kita miliki dulu di ulu Sungai Balui adalah ratusan ribu hektar. Kita mengharapkan gantian Tanah NCR ratusan ribu hektar juga. TETAPI harapan ku tinggal harapan. Tanah yang diberi hanya 3 EKAR SAHAJA. OH Tuhan inikah keadilan dunia?

Ratusan ribu hektar tanah yang kuharapkan itu bukan miliki ku dan Orang Ulu Balui tetapi milik Syarikat-syarikat. Orang Belaga pasti kenal syarikat-syarikat ini. Kerajaan yang ku "PANGKAH" itu jugalah yang memberikan tanah seluas itu kepada syarikat-syarikat tersebut. Aku berputih mata lagi.

Lalu aku bertekad untuk tidak lagi memberi UNDI ku kepada yang memberi lesen kepada perampas tanah NCR kita Orang Ulu Balui. Tanah NCR kita juga bakal ditenggelami air Bakun seluas pulau Singapura. Tetapi takungan seluas itu "TIDAK DAPAT MENANDINGI LUASNYA TAKUNGAN AIR MATA ORANG ULU BALUI, BELAGA" yang kesedihan menangisi ratusan ribu hektar tanah NCR yang diberikan kepada Syarikat dan bakal ditenggelam si "kemajuan HEP BAKUN".

Tidak cukup dengan Hidro Bakun, kini Hidro Murum turut dibina TANPA SEDIKITPUN meminta pandangan orang Belaga. Apa lagi orang Penan yang bakal ditenggelamkan di sana. Dimaklumkan Murum dibina TANPA PENGETAHUAN DAN KEBENARAN MAJORITI ORANG BELAGA. Sangat bodohkah Orang Belaga untuk memberi pandangan?? Sangat jijikkah orang Belaga untuk diambil pendapat mereka?? Kenapa Murum dibina secara BULDOZ sahaja. KENAPA?? Terlalu lemahkah orang Belaga untuk melawan?? AkuPUN SEOLAH-OLAH kehabisan kata-kata untuk membayangkan kenapa Orang Belaga TIDAK DIHORMATI?? DIAMBIL PENDAPAT MEREKA!!

ANAK PENAN MURUM MERENUNG JAUH AKAN NASIB MASA DEPAN MEREKA! AKAN SERUPAKAH DENGAN NASIB ORANG ULU BALUI?

Kawasan tanah NCR penduduk sepanjang sungai Rejang di hilir Pekan Belaga sampai ke Punan Bah juga turut dilesenkan oleh Kerajaan kepada Syarikat-syarikat. Ini bermakna tanah NCR yang produktif, sebahagian besarnya telah "dilesenkan" kepada syarikat-syarikat walaupun ada Orang Punan mendakwa "tiang keriling" di kawasan NCR mereka, ada yang beratus tahun. Kalau semua tanah diambil dan tanpa pengetahuan orang Belaga teramai, di manakah letaknya maruah Orang Belaga?

KITA Orang Belaga tiada maruahkah!! Wakil rakyat kami pun di"periksa" MYKADnya oleh Security bangsa asing (bukan warganegara)untuk berjalan di kawasan sendiri!! Saya percaya untuk menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat Belaga. (Harap begitulah).

Tak dapat rasanya aku menahan sebak meneruskan coretan kesedihan penganiayaan ini.... baik ku hentikan ketikan jari jemari ini ... dan kepasrahkan saki baki perjuangan ini di tangan Orang Belaga yang ku kasihi. Belum terlambat untuk kita berjuang bersama walaupun kita miskin wang dan kini ditambah dengan MISKIN TANAH... cuma yang kuminta .. BERILAH PELUANG BAGI MEREKA YANG BERJUANG DEMI MEMPERTAHANKAN TANAH NCR KITA DI BELAGA UNTUK GENERASI KINI DAN AKAN DATANG..

Sanggupkah kita orang Belaga MEREMPAT DI DAERAH SENDIRI??

Cukuplah sokongan kita terhadap mereka yang kita harapkan selama ini ... rupa-rupanya HARAPKAN PAGAR.. PAGAR MAKAN PADI.

Salam perjuangan untuk semua rakyat Belaga. SELAMAT MENYAMBUT KARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2010.

No comments:

Post a Comment