Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Monday, March 15, 2010

SEMINAR KESEDARAN HAK ORANG ASAP TERHADAP NCR-BAKUN



Projek Hidroelektrik Bakun (HEP) semakin hampir siap. Dan dijangka mulai Mei 2010, terowong empangan ini akan ditutup. Maka mulai lah Tanah NCR Rakyat Ulu Balui terjejas akan tenggelam.

Persoalan di sini adalah: adakah Tanah NCR turut "hilang" bersama naiknya kapasiti air yang akan menenggelamkan temuda-temuda.

Bagi saya ianya tidak hilang. Pampasan mungkin telah diberi. Tetapi sampai kini tiada pemberian pampasan menyeluruh diberi. Masih terdapat "JUTAAN" Ringgit pampasan Orang Asap masih belum dibayar.

Kenapa saya katakan NCR rakyat hulu HEP tidak hilang?Ini adalah kerana pampasan yang dibayar tidak menyeluruh. Lagipun orang Asap telah dipaksa untuk berpindah. Dan mereka terpaksa berpindah.

Datanglah beramai - ramai ke Seminar Hak NCR-Bakun seperti di atas. Saya akan jelaskan lebih lanjut hak Orang Asap bahkan Orang Belaga terhadap NCR dan Bakun.

Jumpa di sana!

ABUN SUI ANYIT

6 comments:

  1. Shalom, kpd semua sdra yang kekasih dalam Tuhan Yesus. Tuhan menyertai orang benar dan jujur. teruskan perjuangan anda kalian. Jangan sekali-kali mundur walau selangkah pun. Tetap kepada visi dan misi yang telah ditetapkan. Kami di KL tetap mendukung sdra dalam doa. Segala yang dusta harus ditukar jadi benar. Segala penindasan harus dihentikan. kalian melakukan bahagian kalian dan Tuhan pasti melakukan bahagian-Nya. Masanya akan tiba. Percayalah,kalian sudah menjadi lebih daripada seorang pemenang. Saya percaya semua ini adalah hasil doa-doa dari orang asal sarawak sendiri. Cukup sekian lama hidup dalam penindasan hak-hak,bersuara,diperbodohkan,dinafikan,dan sebagainya. Kita boleh lihat sendiri di setiap pelusuk daerah Sarawak.Sungguh menyedihkan hati. Bila melihat peribumi Sarawak hidup dalam keadaan yang tidak sewajarnya jika dinilai dari segi kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita. Apa yang harus ditukar,tukarkan saja. Apa yang harus diganti, gantikan saja. Apa wajar diubah, ubahkan saja.Dan apa yang tidak betul,betulkan saja. Tuhan pasti melakukannya. Saya sebagai anak Sarawak yang tinggal di KL, sangat mengharapkan perubahan besar-besaran terjadi di bumi Sarawak yang dicintai. Teruskan perjuangan anda sekalian. TQ. GBU O.

    ReplyDelete
  2. bro,
    buat permulaan,ada baiknya nanti-janganlah terlalu pentingkan kuantiti jumlah peserta seminar,apa yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan adalah berkualiti dan mudah difahami oleh penduduk Asap-khasnya bagi bapak2,mak2 datuk nenek kita yang pekerjaan mereka adalah petani di mana pada prinsipnya mereka senang di perkotak katikkan oleh kerajaan yang memerintah sekarang.
    Apabila usaha murni ini anda dan kawan2 terus lakukan secara konsisten maka harapan untuk melihat sebuah masyarakat kampung(Belaga) yang kritis terhadap kerajaan yang memerintah adalah cerah.
    Tuhan Memberkati Usaha Murni anda.

    ReplyDelete
  3. apa kata seminar ini dibuat lagi utk kali ke-2 sms cuti hujung tahun..saya pasti masih banyak lagi orang yang tgl kt bandar belum tahu akan hak mereka..

    ReplyDelete
  4. Cadangan yang baik. Sila maklum sahaja kalau ada persetujuan mana-mana kampung nak buat kali kedua dan seterusnya...

    ReplyDelete
  5. Apa kata buat seminar kat semua rumah panjang org ulu di Koyan Assap.

    ReplyDelete
  6. Beberapa rumah Panjang sudah meminta diadakan Seminar di rumah panjang mereka.

    Kita akan cuba pergi ke semua rumah panjang.

    Kesedaran hak sangat penting untuk semua.

    Terima kasih atas cadangan dan sokongan.

    ReplyDelete