Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Monday, May 31, 2010

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2010

Kepada keluarga - keluarga, saudara, rakan, dan kenalan seperjuangan, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI GAWAI DAYAK untuk semua.

Semoga dengan Semangat Gawai ini, saudara diperbaharui lagi azam untuk memperbaiki KEHIDUPAN DEMI masa depan yang lebih baik.

Sesungguhnya pembaharuan dan perubahan itu sesuatu yang pasti membawa kebaikan jika dilakukan dengan bersungguh, ikhlas hingga berjaya.

Semoga perayaan Gawai Dayak ini dirayakan dengan fikiran lapang dan waras tanpa dipengaruhi oleh tuak berlebihan dan arak berlebihan. Kalau dapat mengurangkan minuman "keras" ini adalah sesuatu yang sangat dikehendaki Tuhan. Biarlah keramaian dan kata-kata kita dapat menghiburkan orang lain yang sama-sama meraikan Hari Kebesaran Dayak ini.

SELAMAT HARI GAWAI GAYU GURU GERAI NYAMAI.

ABUN SUI ANYIT.

Sunday, May 30, 2010

UNDI POS - TALIAN HAYAT MENTERI-MENTERI BN

Kalau diteliti Sidang Media Raja Petra ini, menteri-menteri Bn bukanlah wakil rakyat sebenar, kerana "kemenangan" mereka bukan dari pengundi di Kawasan mereka. Tontoni selanjutnya di http://www.youtube.com/watch?v=noHibqoFnOA&feature=player_embedded#!

Monday, May 24, 2010

DEMOKRASI DI SARAWAK : ADAKAH "PERMAINANNYA" ADIL, MATANG DAN SAKSAMA

Baru - baru ini terdapat laporan bahawa agen - agen parti DAP/Pakatan Rakyat tidak dialu-alukan ke rumah panjang Iban. Dikhabarkan perkara serupa berlaku di PRK Batang Ai tahun lepas.

Ini sesuatu yang sangat tidak menyenangkan. Kita sedia maklum bahawa budi bahasa masyarakat Dayak Iban sangat tinggi. Mereka malah sanggup menyembelih binatang untuk mengalu-alukan pihak tertentu datang ke rumah panjang sebagai tanda sambutan.

Kita juga tahu semua rumah panjang di Sarawak mengalu-alukan sebarang tetamu naik ke rumah. Budaya ini sudah diamalkan sejak sekian lama.

Walau bagai manapun budaya yang sangat tinggi nilainya ini seolah - olah mulai dirosakkan oleh pihak tertentu. Sehingga mereka kononya penghuni rumah panjang itu "MENGHALAU" orang luar dari menaiki rumah panjang mereka. Benarkah ini dilakukan oleh masyarakat Dayak/Iban di rumah panjang tersebut?

Siapa yang mengajar bangsa Dayak/Iban menghalau tetamu. Lebih-lebih lagi tidak sepatutnya berlaku semasa pilihanraya. Kerana agenda/manifesto setiap parti yang bertanding dalam pilihanraya adalah untuk kebaikan pengundi itu sendiri termasuk penghuni rumah panjang. Apabila semua parti bertanding sudah didengar, pandai-pandailah memilih. Undi itu rahsia!

Peristiwa menghalau tetamu ini TIDAK PERNAH WUJUD sebelum ini. Mungkinkah budaya ini disebabkan oleh campurtangan POLITIK? Kalau begitu, parti mana yang memberi arahan kepada Rumah panjang untuk MENGHALAU tetamu ini? Ada sesiapa yang berani mengaku? Pokok bergoyang takkan tiada angin!

Justeru itu - untuk menuju kematangan politik, tidak usahlah melakukan sesuatu sehingga tidak membenarkan satu parti masuk dan satu lagi tidak boleh. Yang paling penting usahlah merosakkan adat budaya Dayak Iban yang suka menerima tetamu ke rumah panjang.

Menurut Presiden SADIA, Sidi Munan, sikap menghalau tetamu ini TIDAK PATUT berlaku. Kita juga perlu memastikan bahawa perkara ini bukan sahaja tidak patut berlaku semasa pilihanraya tetapi juga tidak patut berlaku bila-bila masa tanpa mengira pilihanraya atau tidak.

Diharap "VIRUS PEROSAK" adat Dayak Iban ini tidak menular ke Rumah Panjang Dayak lain seperti Bidayuh dan Orang Ulu.

BN BAKAL DIHUKUM PADA PILIHAN RAYA NEGERI AKAN DATANG

Berdasarkan trend pengundi di Sibu, pengundi - pengundi di Sarawak dilihat telah berubah untuk mencuba sesuatu yang baru. Walaupun mere disogok dengan wang, projek dan janji-ijanji lain, pengundi semakin matang dan tidak terpengaruh dengan sogokan sedemikian semasa kempen.

Rakyat yang matang akan melihat semua janji-janji oleh parti pemerintah sesuatu yang sepatutnya TELAH DILAKSANAKAN. Atau sekurang-kurangnya SEDANG DILAKSANAKAN dengan menunjukkan kerja-kerja sedang dilakukan awal sebelum pilihanraya.

Berdasarkan pemerhatian pakar penganalisis politik Dr. Jeniri , BN Sarawak akan dihukum pada pilihanraya akan datang.

Rakyat Sarawak wajar bersedia untuk ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Contoh kebaikan pakatan rakyat yang memerintah negeri adalah seperti di Kedah. Hasil kayu balak negeri berkenaan adalah sebanyak RM38 Juta setahun di bawah Pakatan Rakyat berbanding hanya RM8 Juta sahaja setahun oleh UMNO/BN. Ketirisan oleh pentadbiran BN di Kedah adalah RM30 Juta Setahun. Kalau didarab 50 tahun memerintah Kedah = ketirisan adalah RM1,500,000.00 (RM1.5Billion). Ini adalah congakan sahaja. Ke manakah wang yang begitu banyak itu pergi? Atau mungkin pentadbiran BN tidak cekap, oleh itu tidak dapat memperolehi hasil setara kerajaan Pakatan Rakyat?

Kita tidak akan tahu ketirisan di Sarawak kalau Kerajaan tidak beralih kepada Pakatan Rakyat. Untuk mengetahui ketirisan oleh Kerajaan BN di Sarawak, Rakyat Sarawak wajar memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menyemak ketirisan ini. Mungkinkah ketirisan oleh kerajaan BN Sarawak maha besar kerana Sarawak sangat kaya balak, minyak, arang, gas, tanah, sawit dan sebagainya.

Laporan Audit negara sebelum ini telah mendedahkan pengurusan hutan di Sarawak tidak begitu memuaskan. Persoalan besar lagi di sini adalah MENGAPA MENTERI SARAWAK MEMBANTAH LAPORAN AUDIT NEGARA? Adakah untuk menyembunyikan ketirisan juga?

Rakyat wajar menyemak prestasi sebenar BN Sarawak dengan memberi peluang Pakatan Rakyat memerintah Sarawak selepas pilihanraya negeri akan datang. Untuk melakukannya, rakyat dirayu untuk mengundi Parti dalam Pakatan Rakyat. Kalau BN terus memerintah Sarawak, maka segala "RAHSIA BESAR" oleh BN Sarawak selama ini akan terus tersembunyi dan ini bermakna rakyat terus TERTIPU.

Sunday, May 23, 2010

PROJEK HIDRO BAKUN : PENDUDUK HULU BALUI (BAKUN) DIPINDAH TETAPI SYARIKAT DIBERI LESEN - WAJARKAH?

Pada tahun 1999 - penduduk dari rumah panjang dari Long Jawe hingga ke Long Murum di sebelah hilir, telah dipaksa pindah oleh pihak kerajaan. Saya menggunakan perkataan "paksa" di sini kerana penduduk terbabit tidak diberi pilihan sama ada untuk tetap tinggal di Rumah Panjang asal atau berpindah ke Asap Koyan (Bakun Resettlement Scheme).

Penduduk terbabit telah dipaksa pindah ke Asap. Apa pun alasan untuk memindahkan mereka, itu kelihatan tidak penting dan alasan itu seolah-olah tidak ikhlas. Lihat sahaja hasilnya sekarang. Janji-janji yang ditabur tidak semuanya ditunaikan. Untuk kepastian, sila tanya jawapan ikhlas dari penduduk Asap.

Apa yang mengejutkan di sini adalah kerana; setelah penduduk dipaksa pindah, tidak lama selepas itu kawasan tanah Hak Adat Bumiputra (NCR)penduduk di hulu terutamanya hulu Balui yang melibatkan Lebu Kulit dan Long Bulan, telah diserahkan kepada syarikat RH Forest Corporation Sdn. Bhd.



RH FOREST CORPORATION SDN BHD

Kawasan - kawasan yang diserahkan kepada syarikat ini meliputi hampir ke semua kawasan di hulu Balui dan sebahagian kawasan Balleh. Long Busang tidak terkecuali. Malah kawasan yang diserah kepada syarikat oleh kerajaan Barisan Nasional meliputi hingga hampir ke sempadan dengan Indonesia.


KAWASAN YANG TELAH DISERAHKAN KEPADA RH FOREST CORPORATION SDN BHD.

Jika benar keadaan ini, bermakna penduduk asal tidak sepatutnya dipaksa meninggalkan rumah panjang lama mereka. Keadaan ini juga memberi maksud tersirat atau nyata bahawa penduduk asal boleh pulang semula ke rumah panjang asal mereka. Oleh yang demikian, penduduk asal seharusnya diberi keutamaan untuk memajukan tanah NCR dan kawasan mereka masing-masing. Kerajaan pula seharusnya membantu dengan apa cara yang patut. Bukan dengan cara ini; suruh penduduk asal pindah - beri lesen kepada syarikat pulak. Kerajaan seharusnya memberi keutamaan kepada penduduk asal bagi pengeluaran lesen atau geran tanah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kalau keadaan tanah diserah kepada syarikat ini berterusan, penduduk asal akan menghadapi kesukaran untuk pulang semula ke tempat asal untuk memajukan tanah NCR mereka yang tidak tenggelam (di luar perimeter).

Satu penyelesaian yang konkrit harus dilakukan untuk memudahkam penduduk di Asap pulang semula ke tempat asal mereka. Ini adalah kerana penduduk Asap tidak ada tempat untuk mencari nafkah kehidupan dan tiada tanah yang mencukupi untuk diusahakan untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar. Kerana kehidupan Orang Ulu di Belaga masih sangat bergantung kepada Tanah untuk menampung kehidupan.

Thursday, May 20, 2010

BAKUN - RUGI 1 BILLION

Mahathir bercakap soal Projek Hidro Elektrik Bakun Rugi RM 1 Billion (RM1,000,000,000.00). Belum bermula sudah rugi 1 Billion. Bagai mana kalau sudah beroperasi dan tiada pengguna yang pasti bagi 3/4 lebihan tenaga yang bakal dikeluarkan. Sebab Mahathir menyatakan Sarawak hanya memerlukan 1000 mega watt sahaja berbanding 2,400 Megawatt yang dikeluarkan dari HEP Bakun.

Sila rujuk : Komen Bakun rugi 1Billion oleh Mahathir

MEMBENDUNG PENGUNDI “HANTU” DALAM PILIHAN RAYA

Dalam Pilihan Raya Kecil Sibu yang lepas, umum sudah mengetahui keputusannya iaitu DAP/PAKATAN RAKYAT telah menang dengan majoriti “kecil”.

Masalah utama yang perlu diperhatikan dalam pilihanraya tersebut dan pihanraya yang akan datang adalah berkaitan undi pos.

Pada masa malam keputusan diumumkan saya berada di kawasan Dewan Suarah Sibu. Pada lebih kurang jam 8.30 malam, DAP telah mendahului dengan kelebihan 3,944 undi. Lebihan ini telah berlarutan sehingga jam 11.00 malam. 2 jam 30 minit berlalu tanpa ada keputusan. Semua orang di kawasan Dewan Suarah Sibu semakin resah.

Apabila SPR datang membawa “11” kotak Pengundi Pos ke Dewan Suarah, Sibu, pukul 10.30 malam, orang ramai yang lebih kurang 3 ribu orang, meneriakkan “SPR menipu”, “BN tipu” dan “Tipuuuuu........”.

Berdasarkan jumlah undi pos yang dikeluarkan oleh SPR ialah 2,809. Kalau dicongak dari perbezaan jumlah 3,944 dan 2,809 ini, DAP sepatutnya menang dengan kelebihan 1,133. Itupun kalau semua undi pos dimenangi atau dibolot semua oleh BN. Berdasarkan maklumat akhir malam itu, DAP hanya dapat 70 undi Pos.

Persoalan utama yang perlu dijawab oleh SPR di sini adalah dari mana datangnya 765 undi lagi yang semuanya memihak kepada BN? Puas hati sangatkah tentera dan polis dengan BN? Berdasarkan Video di alamat Malaysiakini di atas, polis telah memberi kerjasama untuk menjaga agar peti-peti undi pos tidak disentuh dan dialih oleh SPR dari Wisma Sanyan, Sibu tanpa pemantauan rapi semua pihak bertanding. Ini bermakna polis telah bertindak professional dan tidak memihak malam itu. TAHNIAH kepada polis.

Berdasarkan perbezaan yang nyata di atas, maka pihak DAP telah mengemukakan surat aduan rasmi kepada SPR di Putrajaya. Antara kandungan surat mereka adalah seperti berikut:
(Saya sengaja tidak menterjemahkannya dari laporan Malaysiakini)

The 'irregularities' pointed out by the DAP are:

1) More postal votes were returned than was issued out by the EC.

2) The questionable practice by the EC of allowing 290 of its staff who took part in the by-election to register as postal voters and take home their postal voting slips.

3) The different signatures signed by the same witness on different postal ballots from army camps.

4) The two-hour delay in announcing the postal vote tally and the missing Form 15 listing the results of the postal vote tally, which is still outstanding.

5) A Pakatan polling agent was refused entry to a polling centre located in a longhouse in Limbang.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/132206

Cadangan untuk memperbaiki agar perkara seumpama ini tidak lagi berlaku pada masa depan adalah :
1. Semua peti undi Pos hendaklah sampai ke Dewan Penjumlahan lebih awal daripada peti-peti undi biasa;
2. Undi Pos hendaklah dikira terlebih dahulu sebelum undi biasa di Dewan Penjumlahan;
3. Setiap agen parti bertanding hendaklah dibenarkan memantau semua pengundi-pengundi pos dan semua parti sama-sama menyimpan rekod kehadiran pegundi yang SAMA.
4. Jumlah pengundi yang dikira MESTI sama (tally) dengan jumlah undi yang dibuang oleh pengundi pos (pihak polis dan tentera dan lain-lain) pada hari mereka mengundi; dan
5. Kalau BN dibenarkan “berkempen” (sebab berselindung di sebalik tugas rasmi) kepada tentera dan polis, pihak parti lain yang bertanding juga harus dibenarkan berkempen kepada tentera dan polis.

Semoga Malaysia akan terus bergerak ke arah kematangan dan keikhlasan sistem pilihanraya tanpa ada apa-apa perbuatan mana-mana pihak cuba menipu pihak lawan. Biarlah keputusan setiap pilihanraya itu diperolehi dengan adil dan intergriti. Saya yakin kalau pilihanraya dijalankan tanpa unsur “penipuan”, pihak yang kalah PASTI akan menerima kekalahan dan yang paling penting: MENGIKTIRAF kemenangan tersebut. Seterusnya pihak yang kalah akan memperbaiki strategi pilihan raya (tanpa penipuan) dan polisi parti mereka, seterusnya RAKYAT akan mendapat faedah darinya. Sebab demokrasi yang matang dan bersih akan menguntungkan RAKYAT itu sendiri.