Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Tuesday, June 14, 2011

KAMPUNG BADENG LONG DUNGAN, BELAGA, SARAWAK KEBAKARAN PADA 13.6.2011

Ketua Kampung menerima derma ikhlas dari KeADILan
yang disampaikan oleh Abun Sui Anyit
Setiausah KeADILan Hulu Rajang
Bagi meringankan sedikit keperitan hidup akibat kebakaran.


                             Kesan kebakaran rumah Long Dungan.


Saya mendapat berita kampung halaman saya Uma Badeng Long Dungan, 96900 Belaga, Sarawak terbakar pada 13.6.2011 jam lebih kurang 8.00 malam. Deretan rumah panjang utama terbakar dari Rumah milik Pesaging (Amai Bit) sehingga ke Rumah Pagang (Mertua Kaunselor Betik Lahang).

Penghargaan dan terima kasih untuk saudara kita yang membantu termasuk dari Sekapan yang telah berusaha "merobohkan" sebuah rumah bagi mengelak api terus merebak ke semua rumah di Long Dungan.

Buat masa ini penduduk masih dalam keadaan terkejut. Punca sebenar kebakaran dan nilai kerugian akan dimaklumkan kemudian oleh pihak bomba yang ke sana hari ini untuk membuat penyiasatan.

Kepada yang prihatin dan bersimpati dengan mangsa kebakaran dan tergerak hati untuk membantu, boleh hubungi saya di no 013-8332574.

Doakan agar mangsa kebakaran tetap tabah menghadapi dugaan ini.

1 comment: