Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Thursday, December 12, 2013

SELAMAT HARI NATAL PADA 25.12.2013 DAN TAHUN BARU 2014.

Sekali lagi dunia menyambut kehadiran Hari Natal pada 25.12.2013. Sempena kemunculan Natal 2013, Saya bersama keluarga mengucapkan Selamat Hari Natal 2013 kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang mengenali kami. Kami juga mengucapkan selamat Tahun Baru 2014 kepada semua.

Didoakan semua akan dilindungi dalam perjalanan pulang bercuti sempena cuti hujung tahun ini dan diharap semua sampai ke tempat destinasi dan pulang semula ke tempat kerja dengan selamat.

Thursday, July 4, 2013

Tanah Adat (pulau-pulau) milik Orang Ulu diambil oleh Kerajaan

Satu Notis telah dikeluarkan oleh Kerajaan untuk mengambil pulau-pulau di tasik Bakun. Kepada sesiapa yang memiliki pulau - pulau dalam Daleh rumah panjang di Ulu Bakun harus bertindak segera menuntut hak tanah adat bagi pengambilan tanah adat (pulau-pulau) berkenaan oleh kerajaan dalam masa 60 hari tempoh notis dikeluarkan.

Wednesday, January 23, 2013

Polemik Kalimah ALLAH

Isu "ALLAH" muncul lagi. Seolah-olah pihak tertentu menggunakan isu ini untuk "peluru" mereka mendapatkan sokongan dengan membakar semangat kaum tertentu.

Politik tidak seharusnya mendapatkan kekuatan berlandaskan isu-isu sensitif seperti ini. Politik sepatutnya membincangkan polisi-polisi yang boleh dilaksanakan untuk memajukan rakyat. Bukan politik berlandaskan sentimen perasaan kaum-kaum tertentu di Malaysia.

Jika politik berasaskan sentimen sensitif seperti ini diteruskan, maka agak sukar bagi mana-mana kerajaan di Malaysia untuk menyatukan rakyat Malaysia yang sedia ada berbilang kaum dan agama. Justeru itu perbezaan kepercayaan dan bangsa ini tidak boleh dipaksakan kepada bangsa yang lain.

Oleh itu, jika ada unsur-unsur memaksa ini wujud, ia boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat Malaysia.

Satu perkara perlu diingat dalam menangani isu ini adalah bersederhana terhadap satu sama lain. Maksudnya adalah kita tidak boleh bersikap terlalu taksub terhadap apa yang kita rasa milik kita dan luahkannya kepada orang lain. Sesuatu perbezaan kepercayaan, kalau diluahkan kepada pihak lain yang sememangnya sangat berbeza dan bertentangan dengan apa yang kita percaya dan anuti, maka ketegangan akan berlaku.

Keadaan yang berbeza seperti ini tidak boleh dielakkan di dalam Negara. Justeru pihak kerajaan tidak boleh mengambil sikap hanya kelihatan membela pihak tertentu sahaja dan pihak lain diabaikan atau ditekan. Kerajaan sepatutnya neutral berhubung dengan sesuatu yang memang sangat berbeza di kalangan rakyat. Contohnya isu Agama ini iaitu sesuatu yang berkait rapat dengan kepercayaan kita kepada Tuhan sebab ianya adalah peribadi.

Kepercayaan kita rakyat Malaysia akan terus dengan populasinya yang berbilang bangsa dan berbagai agama untuk selama-lamanya. Kepelbagaian kaum dalam Negara kita tidak boleh dicantum menjadi satu kaum sahaja. Satu kaum tidak boleh memaksa sesuatu kepercayaan mahupun larangan terhadap pihak selain bangsa sendiri.

Kita tidak boleh membenarkan pihak extremis bangsa dan agama menguasai rakyat Malaysia yang majoritinya cintakan keamanan.

Justeru kesederhanaan terhadap satu sama lain sangat berguna bagi mengelak polemik kalimah ALLAH ini mengancam perpaduan kaum di Malaysia.  

Tuesday, January 1, 2013

Perayaan Sambutan Hari Krismas 2012 telahpun kita rayakan. Hari Krismas sempat saya raikan di dua tempat rumah panjang di Baleh. Satu di Jugo Melekun, pada 24 dan 25.12.2012. Satu lagi tempat adalah di Rumah Jamba, Sungai Paku pada 25.12.2012. Kedua-dua tempat meraikan Krismas dengan cara dan kaedah masing-masing. Walau bagaimanapun mesej Krismas harus sampai dan difahami iaitu memperingati hari kelahiran Tuhan Yesus sebagai Juruselamat semua umat manusia yang percaya kepadaNya.

Makan-makan tidak terkecuali dalam perayaan ini. Semua penduduk rumah panjang makan-makan di ruai bersama. Saya dan team sangat bersukacita dalam meraikan Krismas bersama rakyat di tempat-tempat ini. Saya sempat juga menyanyikan sebuah lagu rohani Iban berjudul Meruan Ku Ngenang ciptaan Pastor Delly Amera.

Setelah Krismas berlalu kini kita sudahpun berada di tahun baru 2013. Untuk itu saya serta keluarga sekali lagi mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua pembaca dan rakyat di Hulu Rajang khususnya dan Malaysia amnya.

Tahun baru ini sudah tentu kita mempunyai azam baru untuk dicapai. Bagi saya dan keluarga, kami ingin menddekatkan diri lebih lagi kepada Tuhan untuk menguatkan iman kami. Ini kerana tahun ini adalah tahun yang sangat penting dan mencabar bagi rakyat Malaysia, dimana rakyat akan pasti memilih untuk menubuhkan kerajaan baru dalam pilihanraya akan datang tidak lama lagi.

Bagi kita umat Kristian, seperti tertulis dalam Alkitab di Imamat 25:10 - "Kamu harus menguduskan tahun kelima puluh, dan memaklumkan kebebasan di negeri itu bagi segenap penduduknya. Itu harus menjadi tahun Yobel bagimu, dan harus masing-masing pulang ke tanah miliknya dan kepada kaumnya." Memang akan genaplah Sarawak akan 50 tahun ini sejak 1963 tahun penubuhan Malaysia.

Kita di Hulu Rajang sangat memerlukan tanah kita dikembalikan seperti Firman Tuhan ini. Tanah yang telah dirampas akan dikembalikan pada atau mulai tahun Yobel ini. Kita umat percaya sangat penting untuk mengerti firman ini. Walau bagaimanapun, kita ada tanggungjawab untuk dilaksanakan untuk mendapatkannya kembali melalui pihak atau kerajaan yang mahu mengembalikan tanah adat kita kepada kita.

Dalam tahun ini kita akan sedaya upaya melaksanakan usaha untuk memperjuangkan hak kita rakyat melalui pengenalan manifesto kawasan Hulu Rajang yang berbunyi:

BERSATU KITA RAKYAT
BERTANGGUNGJAWAB
SELAMATKAN HULU RAJANG
KAWASAN KITA
HAK KITA
KEHIDUPAN KITA

Semua kita rakyat di kawasan ini, perlu ambil tanggungjawab untuk selamatkan Hulu Rajang sebagai kawasan kita terutamanya kita yang penduduk asal di kawasan ini sesuai Firman Tuhan dan adat dan budaya kita. Kemajuan boleh dibawa ke tempat kita, tetapi kemajuan bukanlah alasan untuk hak kita dirampas terutamanya tanah adat kita oleh orang kaya raya dari luar.

Sekiranya kawasan kita akan terus dirampas oleh pihak luar dan bukan lagi hak kita, ini akan menjejaskan kehidupan kita dan generasi anak-cucu kita pada masa depan.

Oleh itu marilah kita sama - sama mengambil tanggungjawab untuk menyelamatkan kawasan kita Hulu Rajang dari terus menerus dikuasai oleh orang kaya dari luar. Kita kena memiliki tekad yang sangat kuat untuk melawan keadaan rampasan tanah adat ini dari terus-menerus berlaku, termasuk melawan orang-orang tertentu dari kalangan bangsa kita sendiri yang menjadi agen orang kaya dari luar untuk merampas hak kita. Perbuatan bekerjasama dengan orang kaya dari luar merampas hak dan tanah adat kita adalah perbuatan pengkhianatan dan mementingkan diri sendiri serta tidak peduli bangsa sendiri yang menjadi mangsa polisi BN. Perbuatan khianat seperti ini harus dihentikan serta merta!

Hanya dengan bersatunya kita rakyat, dapat mengekang keadaan ini dari terus berlaku. Kita rakyat tidak boleh meletakkan tanggungjawab menjaga dan meyelamatkan kawasan kita Hulu Rajang dari rampasan oleh pihak kaya raya dari luar ke atas bahu pemimpin masyarakat kita semata-mata lagi. Apa yang berlaku apabila kita hanya serahkan hal ini kepada pemimpinpemimpin masyarakat kita sebenarnya umpama melepaskan satu tanggungjawab penting. Kita boleh nilai sendiri apa yang telah berlaku ke atas kawasan dan tanah adat kita apabila kita serahkan sahaja tanggungjawab ini kepada pemimpin-pemimpin masyarakat kita selama ini?

Jadi, ini kalilah kita ambil tanggungjawab dan buat perubahan kepada Pakatan Rakyat/PKR kerana, rampasan tanah adat di kawasan kita sebenarnya dilakukan oleh kerajaan sekarang ini, Barisan Nasional. Selagi Barisan Nasional berkuasa, selagi itulah kawasan kita akan terus dirampas dan terlepas dari genggaman kita dan mungkin juga tiada lagi tanah untuk anak cuc kita di masa depan.

Justeru tanggungjawab untuk mengubah undi setiap kita hanya kepada PKR tahun ini akan memberi sumbangan yang sangat besar demi menyelamatkan kawasan kita dari terus dirampas oleh pihak orang kaya raya dari luar. Seluruh majoriti rakyat Malaysia sekarang telah bertekad membuat perubahan. Kita di Hulu Rajang jangan ketinggalan. Kita pernah mengubah undi kita kepada pembangkang. Kenapa tidak ini kali? Perubahan kali ini akan mengubah landskap politik di mana kita akan membentuk kerajaan baru bersama Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan menjadi pembangkang.

Selamat tahun baru dan selamat berjuang bersama-sama dalam kesatuan sebagai rakyat yang cintakan kawasan Hulu Rajang sebagai tanah pusaka warisan milik kita yang diberikan Tuhan kepada nenek moyang kita sebagai warisan yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita.

Salam reformasi dan salam perjuangan.

Friday, May 25, 2012

                                                                  ABUN SUI ANYIT
                                           (Latarbelakang foto : Tepi Sungai Baleh di Antawau)



Selamat Hari Gawai 2012 kepada semua kaum Iban/Dayak yang meraikan Hari Gawai terutamanya rakyat di kawasan Hulu Rajang (Baleh dan Belaga). Berhati-hati di jalan raya dan ketika menaiki kenderaan lain yang dinaiki seperti Boat Ekpress dan Perahu Panjang untuk ke rumah panjang masing-masing. Di doakan semoga semua selamat sampai ke tempat yang dituju. Raikanlah Gawai Dayak dengan penuh gembira dan syukur bersama keluarga dan rakan-rakan. Semoga kita bertemu lagi di lain kesempatan dan sama-sama berjuang dengan semangat Gawai untuk mempertahankan budaya, adat resam dan hak kita agar tidak hilang.

Thursday, January 5, 2012

Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim - Menjelang PRU 13

Assallamuallaikum dan Salam Sejahtera!Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.
Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.
Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?
Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.
Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.
Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong.  Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.
Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda  ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.
Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-
PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?Firman Allah surah An Nisaa' (105):
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),Fakta  Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
• Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.• Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.• Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.• Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.• Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.• Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.• Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).• Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.• Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.• Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4. Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
• Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.• Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.• Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.• Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa? Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:
Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.
Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.
Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya).
Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.
Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.
Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.
Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.
Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.
C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.
Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?
Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA  hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.
Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.
Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.
Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka.  Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua.  Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.
Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_AltantuyaaHarus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)
Firman Allah surah Al Maa-idah (51):
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa:
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".
Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.
Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-1.        Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?2.        Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?3.        Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?4.        Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.
Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.
Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.
Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.
Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!
Oleh:  Anwar Ibrahim  

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

                                                FOTO : MENINJAU EMPANGAN BAKUN

Sempena kemunculan tahun baru 2012 ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog saya. Tahun 2012 merupakan tahun yang penting bagi setiap rakyat kerana pilihanraya umum ke-13 diwar-warkan akan berlaku. Jika benar berlakunya pilihanraya pada tahun ini, ada sesetengah pihak mengatakan ianya akan menjadi "mother of the war (election)" dalam pilihanraya sama ada oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Rakyat akan membuat perhitungan sekali lagi untuk memilih wakil rakyat mereka. Apa yang kita harapkan adalah agar rakyat akan diberikan hikmat dan keberanian untuk mengubah nasib masing-masing tanpa ada unsur-unsur takut pada gertakan, terpedaya dengan wang ringgit, terpedaya dengan amaran tarik balik bantuan, terpedaya dengan tekanan sekolah akan ditutup kalau tidak undi pihak tertentu, klinik akan ditutup dan sebagainya.

Nilaikan juga calon-calon yang bertanding dengan saksama. Kalau boleh berdialog dan bersoaljawablah dengan semua calon - calon yang bertanding. Lebih baik lagi kalau semua calon yang bertanding berdebat di depan rakyat(pengundi) dalam Debat Perdana di atas satu pentas semasa kempen. Barulah rakyat membuat pilihan bermaklumat dan tepat semasa mengundi.

Selamat menyambut tahun baru 2012 dan tempuhilah tahun baru ini dengan iringan doa dari saya untuk semua pembaca.

Salam Reformasi. Demi Rakyat.

Friday, December 2, 2011

Skandal NFC: Dana NFC Digunakan Beli Mercedes Mewah, Tanah Di Putrajaya, Membiayai Percutian Mewah Dan Dipindahkan Ke Singapura

Memandangkan Ketua Wanita Umno langsung tidak menunjukkan tanda-tanda beliau insaf setelah KEADILAN membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC, saya terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang dibuat keluarga beliau:
  1. Pada 9 Disember 2009, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.
  1. Dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya. Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis.
  1. Semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS). Siasatan KEADILAN menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ , petikan skrin laman tersebut disertakan di Lampiran 1).
Antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah). Ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan? Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?
TARIKH NO CEK JUMLAH (RM)
8 Jan 2010 001376 1,524
13 Jan 2010 001406 1,709
26 Jan 2010 001465 28,476
24 Feb 2010 001540 12,743
24 Feb 2010 001543 3,076
9 Mac 2010 001587 22,400
9 Mac 2010 001590 26,572
9 Mac 2010 001592 5,776
31 Mac 2010 001671 45,428
22 April 2010 001735 27,853
13 Mei 2010 001789 45,235
25 Mei 2010 001825 3,196
18 Jun 2010 001848 120,521
16 Julai 2010 001922 89,800
16 Julai 2010 001923 21,114

JUMLAH 455,423
  1. Pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588,585 ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd milik keluarga menteri. Tindakan ini bertentangan dengan fungsi NFC tatkala Ketua Pemuda Umno mendakwa bahawa NFC tidak mempunyai sebarang urusniaga dengan Singapura kerana daging mentah Malaysia tidak boleh dieksport ke Singapura. Jika itu keadaannya, kenapa sejumlah besar wang dipindahkan ke Singapura?
Dato’ Seri Shahrizat Jalil hanya ada dua pilihan – sama ada menjelaskan satu persatu perbelanjaan-perbelanjaan ini di Perhimpunan Agong Umno dalam masa terdekat, atau terus mengheret Umno dan Barisan Nasional ke dalam kancah skandal peribadi beliau.
KEADILAN akan mengaturkan beberapa siri laporan polis serentak di seluruh negara untuk mendesak pihak berkuasa segera menyiasat penyelewengan dalam pendedahan terbaru ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


NOTA/KOMEN:
Ini baru RM250 Juta. Belum lagi rasuah Taib yang berBillion.

Thursday, November 24, 2011

Pertahankan Dan Selamatkan Hak Kita Rakyat Di Hulu Rajang

Walaupun Hulu Rajang antara penyumbang utama hasil sumber alam, akan tetapi tidak nampak apa pulangan yang sepadan kepada rakyat di kawasan ini.

Jaringan jalan raya bertar belum ada yang menghubungi bandar utama di Hulu Rajang dengan bandar-bandar lain berhampiran di Sarawak.

Bandar Kapit digelar bandar "pulau" kerana hanya boleh dihubungi jalan air. itupun pemberian dan ciptaan Tuhan.
Pembangunan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia sejak membentuk Malaysia 1963 untuk menghubungi Kapit dengan dunia luar sebenarnya tidak ada atau "kusung" atau ziro!

Tetapi sudah banyak kekayaan dipunggah dari kawasan ini. Balak, arang batu, sumber lain dari hutan dan sungai,serta eksploitasi sungai dan tanah yang semakin meluas oleh pihak kaya raya bersama beberapa kerat pemimpin tidak menjamin sumbangan beerti untuk rakyat Hulu Rajang.

Tanah di kawasan ini adalah terluas tanahnya di Malaysia. Kalau dibina jalan raya bertar bagi menghubungi seluruh kawasan ini, rakyat Hulu Rajang sebenarnya akan menjadi rakyat terkaya dari segi pemilikan tanah. Tetapi kerajaan selama ini lebih 48 tahun SENGAJA tidak mahu membina jalanraya untuk penduduk di sini kerana sengaja membiarkan rakyat Hulu Rajang terus MISKIN dan memaksa mereka mencari peluang pekerjaan di luar kawasan. Peluang pekerjaan yang kononnya dibawa bersama pembangunan seperti Hidro Bakun dikuasai pula oleh pekerja-pekerja dari luar kawasan.

Pembangunan-pembangunan yang dirancang untuk dibawa ke kawasan ini adalah untuk MENGHAPUSKAN kekayaan rakyat asal Hulu Rajang. Contoh: di Belaga Hulu Bakun, kerna "pembangunan" Empangan Bakun tanah rakyat di Hulu Bakun SUDAH TERHAPUS. Kini Kerajaan BN beralih ke satu lagi kawasan di Hulu Rajang untuk membina empangan Baleh. Inipun "pembangunan" untuk menghapuskan HAK RAKYAT Hulu Rajang di kawasan Hulu Rajang juga.

Nah, inilah antara "muslihat" pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan BN di kawasan Hulu Rajang. Semuanya untuk memastikan kekayaan rakyat dirampas dan dihapuskan.

Syarikat-syarikat perladangan pula diberi keutamaan untuk diberi geran tanah atau geran sementara. Kononnya syarikat membawa pembangunan kepada rakyat. Bukan pembangunan tetapi ALAT Kerajaan BN merampas dan MENGHAPUSKAN kekayaan rakyat Hulu Rajang.

Kita rakyat tetap berpendirian bahawa hanya adanya JARINGAN Jalan Raya yang baik dan bertar sahaja rakyat Hulu Rajang boleh melonjakkan ekonomi mereka.

Maka itulah rancangan pembangunan kita harus bawa kepada rakyat Hulu Rajang. Bukan dibolot oleh beberapa kerat pemimpin yang sebenarnya MENGHIANATI harapan rakyat Hulu Rajang selama ini.

Marilah kita kita MENGUBAH nasib kita menjadi lebih baik dengan mengundi PERUBAHAN yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Wednesday, November 9, 2011

Kemudahan asas di Sabah, S'wak diabai BN

Isu kemudahan asas di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak menjadi salah satu topik utama yang dibangkitkan dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Parlimen, semalam.

NONEDatuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) (kanan, tengah) dan Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar) mempersoalkan aspek pelaksanaan di peringkat kementerian kerana banyak kemudahan di dua negeri itu yang disediakan masih tidak dapat digunakan setelah beberapa lama.

"Seperti bekalan elektrik, pemasangan lengkap, pendawaian semua ada. Banyak yang kita boleh nampak tapi tak boleh guna. Bekalan air pun sama. Ada paip tapi tiada air. Sampai hari ini kementerian tidak ambil tindakan," kata Tiong semasa perbahasan peringkat jawatankuasa.

Tiong turut mempersoalkan mengapa kontraktor tempatan tidak dilantik bagi memudahkan urusan penyelenggaraan kemudahan asas di sesuatu kawasan.

NONE"Kenapa tidak dilantik dari kawasan yang sama. Ini kita di Bintulu, kontraktornya dari Miri. Bila ada masalah kita hubungi mereka tapi susah nak berurusan. Satu kontraktor kecil kepada pelbagai kontraktor lain sudahnya huru-hara dan sudahnya tidak sempurna" katanya.

Isu bekalan elektrik turut dibangkitkan oleh Datuk Ago Anak Dagang (BN-Kanowit) yang mempersoalkan mengapa daerah itu masih tidak mempunyai kemudahan lampu jalan walaupun tiang-tiang lampu sudah dipasang sejak dua tahun lalu.

"Banyak lampu jalan yang disediakan tapi tidak juga menyala. Sudah hampir dua tahun perkara ini berlaku. Tak guna dipasang kalau tidak boleh diguna dan beri kemudahan pada rakyat," katanya.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun ketika menggulung perbahasan itu berkata kira-kira lapan hingga 11 loji air yang besar di Sarawak akan dinaiktaraf bagi mengatasi masalah tekanan air rendah di negeri berkenaan menjelang tahun 2013.

Katanya masalah air yang dihadapi penduduk Sarawak berpunca daripada kapasiti loji yang kecil dan melambatkan projek pembekalan air ke kawasan luar bandar.

NONEMenjawab persoalan mengenai bekalan elektrik, Joseph berkata kementerian bekerjasama dengan Syarikat SESCO Berhad dalam pelaksanaan semua projek bekalan elektrik di Sarawak, dan pemantauan turut dijalankan dari semasa ke semasa.

"Semua pemasangan mesti dapat kelulusan rekabentuk daripada SESCO sebelum kerja-kerja tambahbina dimulakan. Kalau tak ikut spesifikasi, kerja-kerja pembaikan perlu dibuat sebelum projek mula tugas," katanya.  

Bagi negeri Sabah, katanya, setiap lampu jalan yang dipasang di negeri itu akan diserahkan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd bagi urusan operasi dan penyelenggaraan.

"Oleh itu, jika terdapat sebarang masalah kita galakkan penduduk menghubungi talian 15454 dan SESB akan mengambil tindakan pembaikan dalam masa tiga hari bekerja," katanya.

Persidangan Dewan bersambung hari ini.

- Bernama

Thursday, September 15, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Kepada semua pembaca, dengan kesempatan ini diucapkan selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 48 sejak 16.9.1963. Pada tarikh ini, Sarawak membentuk Malaysia dengan Malaya, Singapura dan Sabah.

Penghayatan sebenar sejarah pembentukan Malaysia harus diperkenalkan kepada generasi muda. Tunjukkanlah semangat cintakan negara dengan mengibarkan bendera Malaysia dan Sarawak. Paling penting cintailah negara dengan menyumbang sesuatu yang berguna dan tidak menyelewengkan kekayaan Negara.

Selamat menyambut Hari Malaysia.

Friday, September 2, 2011

Wikileaks: Kabel Amerika papar Taib sangat korup

Ogos 31, 11 6:07pm

Jabatan Negara Amerika Syarikat diberitahu dalam sebuah kabel sulit bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya dipercayai menerima peratusan tertentu habuan daripada kebanyakan kontrak komersial utama - termasuk dari sektor pembalakan - yang diagihkan di negeri itu.

Menurut ketua bahagian politik Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, ketika itu, Mark D Clark: “kerajaan negeri Sarawak sangat korup dan dalam gengaman kukuh ketua menterinya".

"Dewan Undangan Negeri bernilai AS$ 82 juta (RM300 juta) yang sedang dibina itu mungkin lambang atau contoh paling jelas membuktikan bagaimana ketua menteri dan pegawai-pegawai kanannya menjadikan diri masing-masing kaya,” tulis Clark pada kabel bertarikh13 Oktober, 2006 dan didedahkan oleh portal pembocor maklumat kontroversi Wikileaks.

Dalam sebuah lagi kabel lain yang bocor tiga tahun kemudian, Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa kerajaan Taib "mengeluarkan permit penebangan balak sambil meronda negeri yang tidak dibangunkan itu dengan menggunakan 14 helikopter. Syarikat-syarikat keluarganya juga dikatakan menguasai sebahagian besar ekonomi Sarawak."

Kabel ini berdasarkan lawatan oleh seorang kaunselor politik kedutaan yang melawat Sarawak pada 12-14 Oktober, 2009.

Kaunselor politik itu juga melaporkan bahawa dia telah disambut oleh timbalan ketua menteri, ketika itu, Tan Sri George Chan (kiri) di sebuah rumah agam yang baru dibina bersebelahan padang golf yang paling eksklusif di Kuching.

"Chan memberitahu bahawa sejak pilihan raya umum Mac 2008, kerajaan persekutuan telah 'mencurahkan jutaan ringgit' untuk pembangunan negeri itu," kata kabel yang bocor bertarikh 2 November, 2009 itu.

"Beliau menyifatkan peruntukan itu sebagai satu bentuk 'terima kasih' kepada kerajaan negeri Sarawak kerana membekalkan kerusi yang mencukupi bagi BN yang membolehkan gabungan itu mengekalkan majoritinya di Dewan Rakyat.”

Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat juga telah berjumpa dengan seorang petugas operatif PKR, Baharuddin Moksin, yang mengadu ketidakupayaan dan kegagalan pembangkang untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi.

"(Baharuddin) Moksin berkata bahawa walaupun parti-parti pembangkang berjaya menyewa sebuah helikopter semasa pilihan raya kecil Batang Ai pada April, kerajaan negeri enggan memberikan hak pendaratan bagi helikopter mereka.

"Baharuddin menjelaskan bahawa di Sarawak, hanya tiga syarikat, - Cahaya Mata Sarawak, Naim Cendera Holdings dan Titanium Management Berhad - semuanya dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri, adalah 'pemain utama dalam negeri," kata kabel itu.

"Semua kontrak utama dan sebahagian besar tanah yang ditukarkan menjadi ladang kelapa sawit (termasuk tanah istiadat dan hak pribumi yang enggan diiktiraf oleh kerajaan negeri) telah diberikan kepada ketiga-tiga syarikat ini."

Sumber : Malaysiakini

Monday, August 29, 2011

Empangan Murum - Antara Rhetorik dan Janji Yang Pasti Menurut Kehendak Penduduk Kawasan Murum


Baru-baru ini perhatian serius nampaknya diberikan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak terhadap apa yang diminta oleh Kaum Penan di kawasan Murum terutamanya yang terjejas oleh Empangan Murum.

Antara berita yang menghiasi dada akhbar baru-baru ini adalah seperti berikut:
1. "Penans All for Murum Dam",
2. Penans to get their wish, dan
3. Tan Sri Datuk Sri James Jemut Masing akan melakukan yang terbaik bagi mendapatkan apa yang diminta oleh kaum Penan.


Yang paling dialu-alukan adalah kesediaan James Masing menuntut apa yang diminta oleh kaum Penan Murum dan Kenyah kawasan Murum. Nampak usaha ini baik. Cuma itu belum cukup kerana ianya hanyalah kata-kata yang sangat manis untuk didengar oleh semua pihak, baik yang menabur janji mahupun yang akan menerima janji.

Di bawah tajuk akhbar yang pertama, iaitu ulangan kepada satu tajuk yang pernah keluar pada tahun 2010, yang mengatakan semua Penan bersetuju Empangan Murum dibina. Maklumat yang diberikan kepada saya adalah; kenyataan ini tidak benar. Penan tidak pernah pada sebarang masa memberikan kebenaran kepada pihak terbabit membina Empangan Murum. Kebenaran yang kononnya ada itu mungkin "diberi" oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Tajuk yang kedua, dimana Penan dan pihak lain yang terjejas akan memperoleh apa yang mereka harapkan/mahu (wished). Itupun tidak semua benar. Apabila dibandingkan apa yang dijanjikan Kerajaan dengan apa yang diminta oleh rakyat Murum yang terjejas, kelihatannya jauh berbeza dan tersasar. Dalam erti kata lain, apa yang ditawar oleh kerajaan tidak sama dengan apa yang diminta oleh orang Penan. Lain diminta lain yang dijanji.

Kita akan memantau kata-kata yang pernah diungkapkan dan dijanjikan oleh James Masing dari masa ke semasa. Eloklah apa yang dijanjikan James Masing buat masa ini. Cuma kita belum mendengar dan membaca apakah pendirian wakil-wakil rakyat di kawasam Murum, iaitu YB Datuk Billy dan YB Encik Liwan. Harap mereka berdua berani bersuara bagi pihak Penan. Sebagai orang asal Belaga dan pernah beberapa kali turun padang, kita ada maklumat sah dan "direct" dari Penan yang terjejas.

Kita akan mengetahui janji-janji sebenar pihak kerajaan Negeri Sarawak kepada penduduk Murum yang terjejas dalam tempoh pembinaan Empangan Murum ini. Sama ada apa yang diucapkan pihak kerajaan melalui James Masing dan YB-YB kawasan Murum serta pihak agensi kerajaan yang lain ikhlas dan konkrit, kita akan mengetahuinya melalui cara yang Penan mahu.

Tidak guna bercakap dan berjanji hanya sekadar di dada akhbar jika niat sebenar tidak dimanifestasikan melalui sesuatu yang lebih ikhlas dan konkrit.

Kita tunggulah perkembangan seterusnya.

Sunday, July 3, 2011

Detention of Social Activist under Emergency Ordinance = ISA

TehTarik: The detention of Dr D Jeyakumar is bad news for BN. It will almost certainly ensure that BN will lose the Indian votes.


Dr Jeyakumar is the nephew of the late Tan Sri Danaraj who was the foundation dean of the first medical school in the country - University of Malaya. His father was a life-long civil servant and retired as the chief physician in Penang.

Both his uncle and father were doctors of impeccable honesty and integrity, and dedicated their lives to the country. Similar to the father of Bersih chief S Ambiga, who was another medical doctor considered by many as the Father of Urology and was founder of the National Kidney Foundation.

Both Jeyakumar and Ambiga could easily have raked in millions in the private sector, but instead they are sacrificing their lives to save this country.

Source : http://malaysiakini.com/news/168746