Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Friday, December 17, 2010

SELAMAT HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2011

Tahun 2010 kini menuju ke penghujungnya. Dengan itu Hari Krismas tahun 2010 akan bakal menjelang tiba. Seperti yang diajarkan menurut Alkitab, Krismas dirayakan bagi meraikan kelahiran Sang Juruselamat bagi umat manusia di bumi ini yang percaya kepadanya.

Justeru itu dengan tibanya Krismas ini, marilah kita menginsafi segala perbuatan kita yang tidak berkenan kepadaNya dan memperbaharui tekad untuk hidup menurut apa yang diajarkan oleh lunas-lunas Alkitab.

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Krismas kepada semua terutamanya yang berasal dari kawasan Hulu Rajang iaitu Balleh dan Belaga.

Saya doakan agar Krismas ini akan membawa hati yang baru dan benar di dalam Kristus dan Tahun baru 2011 pula membawa satu tekad baru yang akan membawa kita ke arah perubahan termasuk perubahan kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang baru di bawah Pakatan Rakyat.

Setiap kita bertanggungjawab menjadikannya satu kenyataan iaitu setiap undi kita masing-masing yang satu itu hendaklah diberi kepada Pakatan Rakyat. Dengan tekad di hati ianya akan menjadi realiti. Berjanjilah pada diri sendiri untuk menjadi agen perubahan kali ini.

Selamat Menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru 2011. BERUBAHLAH.

Tuesday, November 30, 2010

TUNGGU MASA PILIHAN RAYA BARU NAK REPAIR?

Inilah keadaan jalan raya di Uma Kulit, Asap yang dibanggakan oleh kerajaan BN Sarawak. Saya tidak berani nak komen di tempat-tempat lain di Asap.

Mungkinkah jalan-jalan ini akan dibaiki menjelang pilihanraya. Kalau begitu yang akan dilakukan, ia merupakan umpama memberi gula-gula untuk memancing undi.

Masalah jalan rosak kerajaan Barisan Nasional ini sudah berlarutan lama di Uma Kulit. Khabarnya sudah ada peruntukan RMsetengah juta. Kalau begitu, kenapa tidak dibaiki SEKARANG! Kenapa harus menunggu dekat pilihanraya negeri Sarawak atau Parlimen? Adakah kerajaan BN kerajaan "menjelang pilihanraya"?

Perhatikanlah sendiri gambar jalan-jalan rosak kerajaan Barisan Nasional di Uma Kulit, Asap, Bakun, Belaga!!

Jalan - jalan rosak BN ini mungkin sengaja dibiarkan begitu untuk 'STOK KEMPEN BN" di mana jalan ini akan dibaiki semasa atau menjelang pilihanraya. Kalau tak dibaiki, aniaya lagilah rakyat di Uma Kulit. Sama-sama kita perhatikan nanti.

Apapun muslihat BN dalam hal jalan-jalan rosak ini, janganlah rakyat TERTIPU iaitu mengundi BN hanya kerana jalan ini dibaiki nanti. Ia sepatutnya sudah lama dibaiki.

Rakyat Uma Kulit, JANGAN TERTIPU!!!

                                                            Jalan dalam kampung.




                       Keadaan jalan di hadapan gereja Uma Kulit, Asap, Belaga, Sarawak, Malaysia

Friday, October 22, 2010

SURAT TELAH DISERAHKAN KEPADA DATO' SRI JAMES JEMUT MASING AHLI KABINET NEGERI SARAWAK

YB Dato Sri Dr. James Jemut Masing sedang mengakuterima dengan menandatangani surat dari Jawatan Kuasa BERSAMA KEMAJUAN TANAH LEPU'UN LEBU' KULIT, UMA' BAKAH, UMA BALUI UKAP & UMA LESONG di Naha Jalei, Belaga, Sarawak. pada 20-10-2010-



Maren Uma (Ketua Kaum) Bato Bagi sedang berucap dan menekankan Tanah NCR sangat penting bagi penduduk dan meminta Jabatan Tanah Dan Servei datang menyukat tanah dan mengira buah-buahan dan harta mereka sebelum ditenggelamkan takungan Empangan Hidro Elektrik Bakun yang sedang meningkat setelah ditutup pada 13.10.2010.

Saudara Abun Sui Anyit sedang menyerahkan surat LEKUBAH kepada Dato Sri Dr. James Jemur Masing di Naha Jalei pada 20-10-2010 di hadapan kakitangan kerajaan dan penduduk-penduduk yang hadir..


Saudara Abun Sui Anyit sedang menyerahkan surat JK BERSAMA KEMAJUAN TANAH LEPUUN LEBU' KULIT, UMA' BAKAH, UMA BALUI UKAP & UMA' LESONG kepada YB Liwan Lagang


Saudara Abun Sui Anyit sedang menyerahkan surat JK BERSAMA KEMAJUAN TANAH LEPUUN LEBU' KULIT, UMA' BAKAH, UMA BALUI UKAP & UMA LESONG kepada Tuan Residen Bahagian Kapit.

Saudara Abun Sui Anyit sedang menyerahkan surat dari JK BERSAMA KEMAJUAN TANAH LEPUUN LEBU' KULIT, UMA' BAKAH, UMA BALUI UKAP & UMA' LESONG kepada Dato Sri Dr. James Jemut Masing di Naha Jalei pada 20-10-2010.
NAHA JALEI, BELAGA. 20'10'2010. Jawatan Kuasa Bersama Kemajuan Tanah Lepuun Lebu' Kulit, Uma' Bakah, Uma Balui Ukap & Uma Lesong (LEKUBAH) telah menyerahkan surat kepada Dato Sri Dr. James Jemut Masing (gambar-gambar atas) sebagai ahli Kabinet Negeri Sarawak.

Antara kandungan dan permintaan penduduk dari kerajaan negeri Sarawak adalah seperti berikut:-
1. Meminta Tanah Adat Bumiputra (NCR) penduduk di Ulu Balui disukat;
2. Meminta bantuan geran kerajaan untuk memindahkan rumah-rumah penduduk yang dijaga dan masih di dalam keadaan baik termasuk rumah ibadah Gereja;
3. Membayar pampasan bagi kubur-kubur dan tugu peringatan pahlawan di Long Jelangai yang masih belum dipindahkan;
4. Memaklumkan kepada YB Dato Sri James Jemut Masing bahawa penduduk Ulu Balui masih memiliki hak ke atas tanah NCR di sana berdasarkan "surat tanah" yang telah diberikan oleh kerajaan British yang sah pada 15.6.1953.

Dengan penyerahan surat berkenaan kepada YB Dato Sri Dr. James Jemut Masing, penduduk sangat mengharapkan keprihatinan beliau dan kerajaan Sarawak.

Tindakan segera perlu diambil memandangkan tahap takungan air Empangan Hidro Elektrik Bakun semakin hari semakin naik.

Penduduk juga menyebut slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan di dalam surat tersebut.

Oleh itu berdasarkan slogan tersebut di atas, pihak penduduk sangat mengharapkan pihak kerajaan negeri Sarawak akan menuruti setiap bait slogan tersebut untuk kebaikan rakyat.

Wednesday, October 13, 2010

BAKUN IMPOUNDED AT LAST! BUT NATIVES FEEL SAD.

I received information from a credible source that Bakun Dam impoundment was started this morning at about 5.00am. The Balui river below Bakun Dam is very swallow now only as height as human standing below the tunnel of Bakun Dam.  The local workers there felt sad to see the condition of Balui River as an effect of the impoundment. 

Express Boat stop operating yesterday. Only small board is used to transport the movement of peoples now in Balui River near Bakun Dam.

Even though the Natives tried their best to stop temporary or postponed the developer from impounding the Dam, but yet the developer, Sarawak Hidro Sdn. Bhd. still proceed with their plan.

Now the public transport by Express Boat from Belaga to Kapit cut off by the decreasing of the water level in Balui and Rejang River.

Photos of the latest Balui River near Bakun Dam would be posted later when available.

 Above : Before Impoundment - boat can be used.
Below: After Impoundment started (13-10-2010). Very swallow and boat can't go through and boat cannot be used. Very SAD to See!!!

Melihat akan dua foto di atas, sangat menyedihkan rasa di hati. Tidak pernah dalam kehidupan kita yang Sungai Balui, iaitu sungai yang terbesar di Malaysia boleh terhenti alirannya. Dikhabarkan ikan banyak terperangkap di tasik sungai tersebut. (Gambar bawah).

Walaupun bagi pihak Sarawak Hidro Sdn. Bhd, mereka melihat ini sebagai satu kejaayan setakat ini, apa yang merisaukan kita kini adalah kesan terputusnya hubungan jalan air. Mereka yang mendapat kesan langsung nanti adalah penduduk Belaga di hilir Bakun terutamanya dari Long Menjawah, Pekan Belaga sehingga Jeram Pelagus. Malah hingga ke Kapit.

Adakah kerajaan telah menyediakan jalan raya sebagai penghubung kawasan-kawasan yang terjejas? Kalau ini belum disediakan, ini akan menyebabkan penduduk mengalami kesukaran terutamanya pergerakan keluar masuk ke ladang dan bandar.

Teruk lagi kesannya kalau ada rakyat yang sakit. Susah untuk membawa mereka ke hospital atau klinik terdekat.

Baru - baru ini kita dikejutkan dengan buangan sisa balak di Balleh dan Kapit pada 7-10-2010. Kini satu bala ciptaan manusia terjadi lagi di Daerah Belaga, Empangan Bakun. Kini berlaku di Sungai Rajang. Banyak rakyat yang akan mendapat kesan langsung dan kesusahan daripada terputusnya jalan perhubungan melalui air yang banyak digunakan selama ini berabad-abad di kawasan Parlimen Hulu Rajang.

Kita tunggulah rungutan demi rungutan dari rakyat akan kedengaran selepas ini. Akibat daripada ketidakpekaan pihak kerajaan untuk menyediakan pelan kotinjensi bagi menghadapi segala kemungkinan kesan penakungan ini dan juga kesan jika empangan ini pecah (harap tidak), maka rakyat di Parlimen Hulu Rajang akan mengalami kesusahan dan sedang berhadapan dengan risiko, kalau tidak keterlaluan disebut - maut.

Sudah tentu kesannya juga terjadi di hulu Bakun. Kubur-kubur yang belum dipindahkan bakal tenggelam. Inilah yang menimbulkan bantahan dari penduduk Ulu Balui. Tetapi pihak kerajaan tidak memperdulikan bantahan penduduk Belaga.

Seolah-olah bantahan ini tidak mahu didengar. Mereka yang bertanggungjawab dalam penakungan ini hanya memikirkan keuntungan mereka sendiri. Rakyat Belaga terus - menerus TIDAK DIPEDULIKAN permintaan dan rungutan mereka oleh pihak kerajaan. Sedih dan menyedihkan!

Saturday, October 9, 2010

BAKUN IMPOUNDMENT POSTPONED.

Bakun Dam which was scheduled to be impounded on 10-10-10 now postponed. The people of Long Jawe" (Lebu' Kulit) among all others are happy to hear the latest development.

As caunsel of Lebu' Kulit, its a proper decision by the Sarawak Hidro which is to meet our request by Lebu Kulit that asking for the postponement. We appreciat it. As stated earlier, issues pertaining to the cemetery of Long Jawe' folks' deceased persons need to be settled first by the Government.

Now is the time for the parties concerned to come together to work out the proper settlement of the issues.

Other issues also need to be discussed is that the Lebu' Kulit expect to have better deal with Sarawak Hidro on developing the Bakun Lake before the proper impoundment be done. Proper Notice for all folks residing along the Balui and Rejang river bank shall be made public.

Friday, October 8, 2010

EMPANGAN BAKUN DITAKUNG DENGAN PROTES ORANG BELAGA

Dikhabarkan empangan Bakun akan ditakungkan pada 10-10-10 iaitu pada hari
Ahad. Kenapa pihak berkenaan memilih hari Ahad untuk memulakan takungan (impoundment)Empangan Hidro Elektrik Bakun. Adakah kerana ada "ong" pada tarikh itu?

Kalau ianya benar-benar dilaksanakan pada tarikh dan hari itu, ia nampak tidak menghormati jadual Tuhan bagi yang beragama Kristian iaitu Ahad adalah hari ketujuh dimana kerja-kerja utama harus dihentikan.

Walaupun mungkin memang hak pihak berkaitan untuk memilih tarikh melakukan penakungan berkenaan, tetapi mereka kena menghormati penduduk Bakun, Belaga yang majoritinya adalah beragama Kristian. Pada hari Ahad semua umat Kristian akan pergi ke Rumah Ibadah untuk menyembah Tuhan Allah yang Esa.

Berkat dan perlindungan wajar dipohon ke atas segala usaha yang dilakukan manusia yang mengenal Dia. Termasuk Projek Hidro Elektrik Bakun (HEP).

Itu berkenaan tarikh dan hari yang dipilih.

Satu lagi perkara yang perlu diambil berat oleh pihak kerajaan adalah isu pampasan untuk kubur-kubur yang belum dipindah dan belum dibayar oleh pihak Kerajaan. Pihak Kerajaan melalui agensinya mengakui memang ada kubur-kubur yang belum lagi dipindah dari kawasan yang bermungkinan besar akan ditenggelamkan air takungan empangan HEP Bakun.

Paling penting dalam hal kubur ini adalah; ada di antara mereka yang gugur di medan perang di long Jawe semasa peristiwa GANYANG MALAYSIA @ KONFRANTASI. Terdapat sekurang-kurangnya 16 kubur di kawasan Long Jawe perlu diselesaikan sebelum penakungan ini.

Menurut pihak Kerajaan, satu tarikh (sudah lepas) perlu diambil kira untuk memberi pampasan atau gantirugi. Tarikh itu berkemungkinan pada sekitar penduduk Ulu Bakun dipindah sebelum ini ke Pusat Penempatan Semula Asap/Koyan iaitu tahun 1998.

Kalau 1998 (belum pasti) adalah tarikhnya, pahlawan yang mempertahankan Negara di Long Jawe' gugur "di medan perang" pada tahun 1960-an. Bagaimana ini? Masih dipertikaikan? Akal waras kita dapat menilai sendiri.

Eloklah masalah ini diselesaikan dengan baik dan aman supaya Projek Hidro Empangan Bakun berjalan dengan baik dan lancar. Apabila masalah diselesaikan dengan niat baik dan dilaksanakan niat baik itu, kita yakin usaha kita akan diberkati dan dilindungi Tuhan.

Usahlah dipermainkan dan diperkotak-katikan hal kematian orang. Usahlah diabaikan juga jadual dan hari Tuhan. Dengan tidak mengambil kira isu-isu ini, seolah-olah pihak Orang Asal Bakun tidak merestui penakungan ini dan pelaksanaannya dilakukau dengan BERAT HATI dan PROTES oleh penduduk Bakun. Paling tidak, orang Lebu Kulit akan merasa SAKIT HATI kerana suara mereka tidak didengar dan diambil tanggujawab oleh pihak berkenaan.

Yakni penduduk Bakun hanya mampu "melihat" dengan PROTES di dalam hati kerana penduduk BAKUN sangat baik hati mereka. Mereka tidak "berdemonstrasi". Mereka tidak guna kekerasan. Tidak tahu pada masa depan kalau tindakan dan perlakuan pihak tertentu dianggap melampaui batas kesabaran. Tapi kebaikan ini seolah-olah DIMANIPULASI dengan tidak baik oleh pihak tertentu.

Kita harap PROTES ini akan diterjemah dalam PILIHANRAYA NEGERI Sarawak yang tidak lama lagi.

Saturday, September 25, 2010

(Pendapat Peribadi) PAKATAN RAKYAT SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMERINTAH NEGERI SARAWAK

Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada empat komponen di Sarawak iaitu Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Democratic Action Party (DAP), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Sarawak National Party (SNAP) bersedia untuk memerintah Negeri Sarawak pada penggal akan datang.

Asas kepada kenyataan ini adalah berlandaskan kepada kejayaan negeri-negeri yang ditadbir PR di Selangor, Perak (suatu ketika sebelum dirampas ikut pintu belakang), Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Walaupun pada mulanya hanya Kelantan sahaja negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, kini sudah ada lima negeri. Walaupun tanpa “pengalaman” atau “track record” seperti yang selalu diwar-warkan oleh pihak Barisan Nasional (BN), kenyataan ini sangat meleset sama sekali.

Kita lihat apa yang berlaku di Negeri-Negeri yang ditadbir oleh PR. Semua negeri ini adalah negeri yang tiada rasuah. Tidak ada insiden atau peristiwa di mana sekolah hilang, jalan raya tiada, klinik hilang dan sebagainya seperti yang ditakut-takutkan oleh Barisan Nasional kepada rakyat kalau memilih parti pembangkang untuk menang dan memerintah.

Negeri Pulau Pinang pimpinan YAB Encik Lim Guan Eng dari DAP/PR sebagai contoh, adalah negeri yang paling kurang rasuah di Malaysia. Hasil negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 adalah yang terbaik dalam tempoh 52 tahun kewujudan kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu perolehan sebanyak lebih RM1 Billion (RM1,000,000,000.00). Tidak pernah kerajaan BN memperolehi pendapatan Negeri sebanyak ini walaupun telah memerintah selama lebih 50 tahun! Walaupun disekat peruntukan Kerajaan Pusat oleh Barisan Nasional, Pulau Pinang masih mampu memperolehi hasil lebih RM1 Billion itu. Hasil negeri pula diberikan kepada rakyat seperti pemberian RM100.00 untuk warga tua. Tidak pernah wang bantuan seperti ini diberikan oleh BN.

Di Kedah juga ada rekod lebih baik dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Ustaz Azizan, hasil dari kayu balak bagi kerajaan PR adalah RM80 Juta setahun berbanding UMNO/BN hanya RM30 Juta sahaja. Terdapat perbezaan RM50 Juta. Persoalannya adalah, ke mana lebihan wang itu pergi? Atau jika hanya RM30 juta sahaja hasil UMNO/BN, bermakna BN tidak cekap memerintah berbanding PR.

Di Perak semasa dipegang Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Yang amat Berhormat Datuk Seri Nizar Jamaludin, rakyat miskin tanpa mengira kaum seperti Melayu, Cina, India dan Orang Asli diberikan geran tanah. Dalam masa singkat pemerintahan PR, ribuan geran tanah diberikan kepada rakyat miskin. Yang paling penting untuk maklumat orang Sarawak ialah Tanah Adat Orang Asli diiktiraf dan geran tanah juga diberikan kepada mereka. Mereka (Orang Asli) merasa bahawa lebih 50 tahun telah dipinggirkan oleh Kerajaan BN. Tetapi sejak Pakatan Rakyat memerintah, barulah mereka merasakan Orang Asli diambilberat dan Hak Tanah Adat Orang Asli diiktiraf. Sebagai Contoh, satu Task Force Tanah Adat Orang Asli telah ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal tanah Orang Asli dan membantu kerajaan PR memberi geran dan menggazetkan Tanah Adat untuk Orang Asli.

Di Selangor, pimpinan Yang Amat Berhormat Tan Sri Khalid Ibrahim, negeri yang terkaya di Malaysia, Kerajaan Pakatan Rakyat juga negeri yang berlandaskan keutamaan kepada rakyat. Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negeri Selangor, perkara pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu untuk seluruh penduduk negeri Selangor. Pelajar di kalangan anak Selangor yang mendapat tawaran masuk ke Universiti diberikan Hadiah berbentuk wang sebanyak RM1,000.00. Anak-anak kelahiran warga Selangor yang baru lahir diberikan akaun simpanan, Warga tua diberikan Wang bantuan dan keluarga anak Selangor yang kematian ahli keluarga diberikan wang bantuan. Semua ini tidak pernah diberikan oleh UMNO/BN walaupun memerintah lebih 50 tahun!

Dengan contoh dan fakta yang negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat yang ditadbir seperti di atas walaupun “belum ada pengalaman”, masih juga berjaya mentadbir lebih baik berbanding negeri-negeri yang ditadbir Barisan Nasional. Oleh itu Rakyat Sarawak perlu yakin dengan kesediaan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Sarawak selepas pilihan raya Negeri/Umum akan datang.

Kini masa untuk perubahan di negeri Sarawak. Sebagai negeri yang paling kaya dengan sumber alam seperti balak, petroleum, arang batu, tanah adat dan sebagainya. Sarawak sepatutnya menjadi negeri yang termaju. Tetapi apa hakikatnya di bawah pentadbiran Barisan Nasional? Sarawak adalah negeri yang ketiga TERMUNDUR di Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional. Negeri Kaya sumber alam pemberian Tuhan tetapi rakyat antara yang paling miskin di Malaysia. Fakta ini sangat bertentangan dengan kenyataan Kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan HANYA BN SAHAJA BOLEH MEMAJUKAN SARAWAK. Betul kah? Kenapa rakyat paling miskin di Malaysia? Kekayaan negeri Sarawak dibolot oleh Taib dan kroni-kroninya. Ini tidak payah diperkatakan lagi. Rakyat sudah tahu dan muak.

Fakta punca kemiskinan tak usahlah dibincangkan di sini kerana rakyat sedia maklum sebahagian walau pun bukan semuanya. Secara ringkas; Kerajaan BN memang sengaja membiarkan rakyat Sarawak terus miskin.

Apa yang perlu difokuskan di sini adalah mengajak rakyat untuk sama-sama membina negeri Sarawak yang kaya dengan kurniaan Tuhan ini agar ditadbir oleh parti dan mereka-mereka yang jujur memperjuangkan hak dan untuk kemakmuran rakyat. Dalam hal ini Barisan Nasional sudah jelas terbukti tidak jujur memajukan dan memakmurkan rakyat negeri Sarawak.

Pakatan Rakyat akan menyediakan orang-orang yang jujur dan takut akan Tuhan untuk mentadbir negeri ini. Tidak terlambat untuk memperbaiki negeri ini dari terus dilahap tanpa had oleh ahli politik Barisan Nasional dan kroni serta syarikat kroni yang hanya memperkayakan diri dan keluarga sendiri. Sebagai contoh paling utama dan jelas adalah Pengerusi Barisan Nasional Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang telah mengumpul kekayaan yang tidak wajar dengan gajinya sebagai Ketua Menteri dan Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber yang mencecah sekurang-kurangnya RM3 Billion (RM3 Ribu Juta atau RM3,000,000,000.00). Itu yang baru nampak dalam bentuk hartanah di Kanada, London, Amerika Syarikat dan Australia. Yang disorok dari mata rakyat mungkin jauh lebih banyak jumlahnya. Nilailah sendiri, adakah ini patut dibiarkan oleh rakyat miskin?

Kerajaan Pakatan Rakyat akan menyiasat perkara ini apabila rakyat memberi peluang kepada PR untuk memerintah negeri Sarawak dan menggunakan kekayaan rakyat yang “dicuri” oleh Taib dan konco-konconya ini untuk membangunkan negeri tercinta ini.

Apabila diberikan kuasa untuk memerintah Sarawak, perkara utama yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Baru Pakatan Rakyat adalah antaranya menubuhkan Suruhanjaya Tanah yang akan menyiasat segala masalah tanah (termasuk tanah Adat) dan menyelesaikannya. Pakatan Rakyat mempunyai keinginan politik (political will) untuk menyelesaikan masalah tanah ini.

Berkenaan masalah Tanah Adat ini, Kerajaan Pakatan Rakyat akan mentadbirnya berdasarkan keputusan Mahkamah dalam kes Nor Anak Nyawai dan Madeli Salleh yang diiktiraf oleh Mahkamah Persekutuan (mahkamah paling tinggi di Malaysia), di mana 1. Pemakai Menoa, 2. Pulau dan 3. Temuda diiktiraf sebagai Tanah Adat Anak Negeri atau Pribumi (Natives) di Sarawak. Berbanding Kerajaan Barisan Nasional Sarawak sekarang, yang hanya mengiktiraf Tanah Adat sebagai Temuda sahaja. Itupun Temuda yang dibuka sebelum 1/1/1958. Kalau rakyat tidak dapat membuktikan ini maka itu adalah tanah kerajaan (State Land). Dengan kata lain Kerajaan Barisan Nasional tidak mengiktiraf Pemakai Menoa rakyat! Kalau Barisan Nasional iktiraf Pemakai Menoa, pastikan Jabatan Tanah dan Servei (JTS) (Land and Survey Department) mengukur dan memberi geran (title) untuk SEMPADAN MENOA semua rumah panjang seluruh Sarawak. Bukan sukat setakat Temuda sahaja.

Di Bandar, tanah yang diperjuangkan oleh komponen Pakatan Rakyat, DAP juga akan diiktiraf. Di mana premium yang sangat tinggi dikenakan oleh kerajaan Barisan Nasional akan dikurangkan dan pembaharuan geran secara outomatik akan diamalkan.

Lain-lain perkara yang tidak pernah diambil berat oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini juga akan diambil berat dalam Kerajaan Pakatan Rakyat Sarawak nanti. Secara ringkasnya ; dasar Pakatan Rakyat adalah JUJUR DAN BENAR-BENAR MENGUTAMAKAN RAKYAT.

Hasil – hasil kekayaan bumi kaya pemberian Tuhan ini akan ditadbir dengan jujur agar dapat dinikmati dan memakmurkan rakyat Sarawak terbanyak tanpa mengira kaum dan agama.

Secara ringkas, komitmen Pakatan Rakyat untuk rakyat di Sarawak adalah seperti berikut:-

Memastikan khazanah negeri Sarawak dinikmati sepenuhnya oleh rakyatnya dengan memperuntukkan royalti 20% daripada pendapatan petroleum mereka.

Menubuhkan Suruhanjaya Diraja demi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk isu pendatang asing.

Menjamin hak Tanah Adat Orang Asal tidak dicabuli oleh mana-mana pihak.

Menghentikan dengan serta-merta penindasan terhadap rakyat kawasan pedalaman akibat kegiatan ekonomi yang tidak beretika.

Dengan itu marilah sama-sama bersama Kerajaan Pakatan Rakyat membina negeri Sarawak yang kaya sumber alam pemberian Tuhan ini untuk kesejahteraan bersama. Sama-samalah kita menjauhkan negeri Sarawak ini dari mereka-mereka yang mementingkan diri dan sangat tamak haloba mengumpulkan kekayaan sehingga berbillion – billion ringgit nilainya dan membiarkan rakyat terus papa kedana supaya terus merayu, merintih dan dan menagih simpati sang kaya raya yang tamak haloba.

Marilah kita sama-sama berganding bahu melakukanya. Dengan pertolongan dan rancangan Tuhan menyertai kita yang benar dan jujur dalam perjuangan membela rakyat, maka perubahan dan reformasi akan DAPAT DICAPAI. Amen.

Abun Sui Anyit.
Untuk Kebenaran dan KeADILan.

Saturday, September 11, 2010

DOA DAN HARAPAN SERTA TEKAD SAYA UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT BELAGA:-


1. Mendorong keseimbangan modal insan dari segi kerohanian, hak dan pengagihan ekonomi yang sama rata tanpa mengira kaum, agama dan taraf pendidikan;
2. Memperjuangkan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR) untuk rakyat Belaga sehingga benar-benar terjamin;
3. Keseimbangan kualiti dan komposisi dalam kepimpinan komuniti Belaga dari Temenggung sehingga Penghulu di antara semua kaum bagi menjamin keharmonian hubungan silaturahim di kalangan penduduk Belaga;
4. Pengagihan kekayaan dan peruntukan kerajaan dengan adil dan saksama untuk rakyat Belaga;
5. Memperjuangkan peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat Belaga dalam agensi kerajaan dan swasta di daerah Belaga dan tempat-tempat lain;
6. Memperjuangkan “royalty” untuk rakyat Belaga dari hasil pengeluaran tenaga elektrik dari Bakun Hidro melalui “Perjanjian Bakun”;
7. Meminta kerajaan menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur yang baik dan sempurna untuk rakyat di Belaga;
8. Membantu Tabung Amanah Bakun dan sumber kewangan lain sentiasa menyediakan peruntukan kewangan untuk keperluan pendidikan anak-anak rakyat Belaga yang memerlukan bantuan bagi melanjutkan pelajaran;
9. Membantu dengan sepenuh hati penyelesaian masalah dokumen diri rakyat Belaga yang masih “tertunggak” mahupun yang baru tanpa mengira agama dan bangsa;
10. Menyokong jalinan kerjasama yang adil di antara penduduk Belaga dengan syarikat-syarikat yang ingin memajukan dan melabur di Daerah Belaga agar sama-sama mendapat manfaat.

Friday, August 27, 2010

POLISI BN MEMISKINKAN RAKYAT BELAGA?

POLISI BN MEMISKINKAN RAKYAT BELAGA?
Polisi Barisan Nasional (BN) terutamanya untuk “memajukan” ekonomi rakyat Sarawak adalah polisi yang memiskinkan rakyat, lebih-lebih lagi rakyat di pedalaman seperti Belaga dan hanya memperkayakan Taib sekeluarga dan kroni-kroni sahaja. Paling tidakpun, kemajuan yang dibawa Barisan Nasional (BN) di Belaga adalah “kemajuan ke belakang”, atau. “reverse development”.

Di Sarawak, poilisi Taib/BN adalah untuk membuka seluas ladang sawit dan tanaman pokok akasia sehingga melebihi 1 juta hektar tanah dan juga 12 empangan baru. Rekod juga menunjukkan Taib/BN ingin membina 52 empangan di seluruh Sarawak. Nampak untuk memajukan Negeri Sarawak – tapi soalan paling penting adalah UNTUK SIAPA? Rakyat atau BN/KRONI?

Kesan langsung polisi ini adalah Tanah NCR rakyat akan semakin kecil dan boleh habis kerana Geran diberi oleh Taib/BN kepada Syarikat perladangan. Rakyat diusir dan di”pagar” dari memasuki tanah NCR sendiri. Saya sendiri bersama penduduk Long Jawe’ pernah alami di Tanah NCR Long Jawe ulu Balui. Empangan yang banyak dibina pula akan menenggelamkan tanah NCR penduduk Sarawak amnya dan Belaga khasnya (Bakun dan Murum). Ada juga berita Linau dan Belaga Dam turut akan dibina oleh BN.

Ada segelintir suara-suara sumbang menghalang kita bercakap benar atas nama “jangan hanya cakap mengenai keburukan orang”. Kita tidak cakap tentang keburukan “orang” tetapi keburukan polisi oleh “orang” itu dan konco-konconya. Kalau tidak didedah manakan Nampak busuknya. Jadi tidak boleh tidak penindasan dan politik menekan WAJIB didedahkan dan dipercakapkan supaya rakyat tahu dan tidak terus TERTIPU dan DITINDAS!

DASAR PERLADANGAN KELAPA SAWIT
Kalau dilihat kepada jumlah penanaman kelapa sawit di Sarawak, peratusan terbesar adalah dimiliki oleh syarikat – syarikat perladangan yang kebanyakannya adalah kroni Taib/BN. Jumlah tanah NCR rakyat yang dirampas dari rakyat dan diberikan kepada syarikat-syarikat ini mencapai ratusan ribu hektar. Antara syarikat yang dianugerahkan dengan puluhan ribu bahkan ratusan ribu hektar adalah untuk syarikat seperti Shin Yang, PKTS, Ekran dan lain-lain.

PEMBERIAN GERAN LEBIH MENGUTAMAKAN SYARIKAT DARIPADA RAKYAT
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, negeri harus mengutamakan pemberian geran/gazet tanah NCR untuk anak negeri Sarawak (Natives) atau rakyat asal Belaga. Apa yang terjadi dalam polisi BN, adalah sebaliknya di mana Syarikat diutamakan dan rakyat miskin dikemudiankan.

Lihat sendiri di Asap tanah lot 3 ekar satu keluarga tidak diberi sampai sekarang. Ini satu perbuatan mengkemudiankan rakyat Belaga di Asap. Ratusan ribu tanah NCR milik rakyat diserahkan pula oleh Taib/BN kepada syarikat-syarikat.

DASAR PEMBINAAN EMPANGAN – PUNCA UTAMA KEMISKINAN PENDUDUK BELAGA / ULU BALUI
Kerajaan BN mensasarkan untuk membina 12 empangan di Sarawak. Semua maklumat ini telah disorok oleh kerajaan BN dari pengetahuan rakyat Sarawak sehinggalah rakyat menjumpainya di dalam laman web sebuah syarikat dari Negara China. Kalau BN terus berkuasa, mereka bahkan mensasarkan untuk membina sehingga 52 empangan! Wah Sarawak nak ditenggelamkan?

Dasar dalam pembinaan empangan ini tidak mempedulikan rakyat Belaga. Rakyat Belaga tidak mahu empangan dibina di Belaga seperti Bakun dan telah membuat protes dari awal. Hanya sebahagian sahaja yang terpaksa bersetuju iaitu pemimpin BN dan kroni-kroni mereka. Pemimpin BN adalah tali barut Taib. Rakyat Belaga “dijual” untuk kepentingan dan keuntungan Taib dan konco-konco. Yang penting jawatan dan wang ringgit dipertahankan. Pemimpin masyarakat dan rakyat Belaga diperkuda dan dihina kerana suara mereka tidak didengar dan dipedulikan.

Satu lagi bukti BN tidak peduli pada rakyat Belaga iaitu pembinaan empangan Murum. Hidro Murum juga dibantah. Bantahan ini tidak diendahkan oleh BN. Paling malang, pembinaan Hidro Murum dibina tanpa kelulusan SEIA yang lengkap. Ini diakui sendiri oleh James Masing.

Rakyat Penan Belaga dari Murum telah menghantar memorandum bantahan Empangan Murum di Kuching pada 16.9.2009, tetapi Taib dan Jabu yang berada di pejabat pada masa itu melarikan diri dari pintu belakang pejabat. Penghantar-penghantar Memorandum Bantahan dari Murum itu pula ditangkap polis.

Rakyat pemilik tanah NCR ditangkap, perompak tanah NCR dan pelaksana polisi bina empangan Murum tanpa kebenaran dan laporan EIA yang lengkap dan siap pula dilepaskan.

PENGALAMAN BELAGA AKIBAT POLISI EMPANGAN DAN PERLADANGAN
Umum sedia maklum bahawa sejak awal pembinaan Hidro Bakun, banyak janji-janji yang ditabur kepada rakyat Belaga. Antaranya adalah air bersih percuma, elektrik percuma dan rumah percuma dan lain-lain janji yang ditabur untuk memastikan Hidro Bakun menjadi kenyataan. Bakun kini baru sahaja dikhabarkan selesai dibina walaupun tertangguh beberapa kali sebelum ini. Walaupun pembinaan Hidro Bakun sudah siap, umum sedia maklum bahawa janji-janji yang dibuat oleh kerajaan masih belum siap ditunaikan. Tanyalah dari sebarang penduduk rumah panjang yang ada di Pusat penempatan Semula Asap-Koyan .

Bagi polisi perladangan pula, syarikat-syarikat terus diutamakan berbanding rakyat Belaga. Rumah/pondok milik rakyat Belaga yang ada di sepanjang jalan Bakun – Bintulu ditebang oleh pihak syarikat dan kerajaan BN. Rakyat Belaga terpaksa membawa kes menahan hak tanah NCR mereka ke Mahkamah. Yang tidak mampu membawa kes ke mahkamah terus ditindas dan ditekan oleh syarikat. Malang sekali, kerana ada pulak pemimpin BN yang tidak memperdulikan masalah tanah NCR rakyat dan memihak kepada syarikat dan bahkan dikhabarkan membawa serta “membuka jalan” untuk syarikat masuk dan merampas tanah NCR rakyat. Pemimpin-pemimpin BN Belaga berdiam seribu bahasa dalam mempertahankan hak Tanah NCR penduduk Belaga.

PENGALAMAN JOINT VENTURE (KONSEP BARU) GAGAL DI KONAWIT
Apa kaitannya degnan Belaga? Kalau di tempat lain seperti di Konawit, konsep pembangunan tanah NCR kerajaan BN yang dikenali senagai Konsep Baru dikatakan baik untuk memajukan rakyat. Dalam Konsep Baru ini pembahagian peratusan adalah 60% untuk syarikat. 10% untuk PELITA dan 30% untuk rakyat (sebagai pemilik tanah NCR). Selama Konsep Baru itu berjalan di Konawit lebih lapan tahun, tiada pulangan (30% syer) diterima oleh rakyat sehinggalah rakyat marah dan membuat blockade, barulah syarikat membayar lebih kurang RM500 Ribu kepada pemilik tanah NCR. Sebelum blockade satu sen pun tidak diterima oleh Orang Asal.

Kalau di Kanowit, Dayak Iban dilibatkan, di Belaga, rakyat langsung tidak dilibatkan dengan Konsep Baru ini. Ini bermakna tanah di Belaga seolah-olah Tiada pemilikan oleh orang Asal Belaga. Sekali lagi BN tidak langsung mengiktiraf kepemilikan Tanah NCR oleh rakyat Belaga. Mana suara pemimpin BN Belaga? Kenapa membiarkan tanah NCR rakyat Belaga dirampas dan diberi kepada syarikat-syarikat?

BN MENIPU RAKYAT BELAGA TENTANG PAMPASAN
Apa yang penting di sini adalah rakyat Asap Koyan yang dipindahkan tidak menerima pampasan yang mencukupi berdasarkan kehendak mereka. Rumah yang dijanjikan percuma, kerajaan meminta rakyat Belaga Asap-Koyan membayar harganya RM52 ribu sebuah. Elektrik percuma yang dijanjikan juga adalah satu penipuan kerana rakyat Asap kini membayar bill elektrik. Bahkan sehingga menjcecah jutaan ringgit jumlah kesemuanya.

BN LEBIH MENGUTAMAKAN SYARIKAT KRONI BERBANDING RAKYAT BELAGA
Kroni diberi geran ladang kelapa sawit yang luas sehingga ratusan ribu hektar. Rakyat Asap Koyan hanya diberi 3 ekar sahaja satu keluarga!! Kini ada di kalangan satu keluarga itu sudah bertambah jadi 5 hingga 9 keluarga. Ini lumrah dan hakikat. Mana tanah NCR keluarga-keluarga rakyat Belaga yang baru ini?

PENIPUAN OLEH BN TENTANG KONSEP TANAH ADAT (NCR)
Menurut Kerajaan BN Sarawak, konsep tanah adat adalah temuda yang dibuat sebelum 1/1/1958. Walau bagaimanapun, menurut Adat Dayak bahkan Adat Orang Ulu Belaga, konsep ini adalah termasuk 1. Temuda, 2. Pulau Galau 3. Pemakai Menoa/Daleh/Tana’ Kasu. Contoh : Tanah NCR Kayan Uma Lesong di Hulu Balui dulu – bersempadan dengan Batu Kalo di hilir Sungai Pejawan dan di Long Betelong di sebelah hulu. Kawasan ini meliputi temuda, galau dan pemakai menoa orang Kayan Uma Lesong yang di dalamnya ada sungai, bukit, gunung dan lembah. Kalau menurut Kerajaan BN/Land & Survey, tanah NCR adalah temuda sahaja dan itupun kena buktikan bahawa kamu memilikinya sebelum 1/1/1958. Kalau tidak dapat buktikan, itu tanah kerajaan. Lebih menyedihkan lagi Awang Tangah/BN pernah mengatakan tanah yang tiada geran adalah tanah kerajaan. So tanah NCR penduduk di Belaga yang tiada geran adalah tanah kerajaanlah? Bermakna penduduk Belaga kebanyakannya setinggan?

Walau bagaimanapun, keputusan Kes Tuai Rumah Nor Anak Nyawai dan kes Madeli Salleh yang menang hingga di peringkat Mahkamah Persekutuan telah mengiktiraf konsep adat Orang Ulu Belaga iaitu konsep Tanah NCR sebenar yang termasuk Temuda, Pulau Galau dan Pemakai Menoa. Jika ada pihak yang datang kepada rakyat Belaga mengatakan tanah NCR adalah Temuda sahaja, mereka itu datang BERBOHONG kepada kamu tentang konsep tanah NCR. Mereka ini wajib ditolak kerana tidak menghormati ADAT kita Orang Ulu Belaga atau Dayak Sarawak amnya.

RAKYAT BELAGA DIKETEPIKAN DALAM PROJEK HIDRO BAKUN
Kalau dilihat dari komposisi pekerja di Hidro Bakun, majoriti pekerjanya adalah orang luar dari Daerah Belaga. Pekerja-pekerja yang berasal dari Belaga dibuang kerja atau ditamatkan kontrak kerja mereka. Pekerja asing diutamakan sebagai ganti dan rakyat Belaga pula dikemudiankan atau tidak diambil langsung yang baru.

Lihat juga komposisi pengurusan utama Sarawak Hidro, majoriti atau tiada orang Belaga/Sarawak. Mana konsep 1Malaysianya? Itulah sebab Taib dikhabarkan marah dan membina Hidro Murum kerana Mahathir dan Ting Pheik Khiing mendapat kekayaan dari hasil balak di hulu Empangan Bakun. Umpama gajah sama gajah bertembung, pelanduk mati di tengah-tengah. Mahathir/BN dan Taib/BN berebut kekayaan Belaga dengan nafsu yang membuas, RAKYAT BELAGA “mati” di tengah-tengah. Hak dirampas dan ditekan serta ditipu. Pemimpin BN Belaga diam membisu atau mungkin “tepuk tangan” melihat rakyat Belaga diketepikan.

SYARIKAT MEMPERLEKEHKAN RAKYAT BELAGA
Syarikat yang diberi lesen oleh Taib memang tidak menghormati orang Belaga. Rakyat asal Belaga tidak dibenarkan melalui “kawasan” syarikat di Murum. Bahkan YB BN Liwan Lagang pun tidak terkecuali dihalang memasuki “kawasan” syarikat. Inilah kesan akibat pemberian Tanah NCR orang Belaga oleh Taib atau Awang Tengah kepada syarikat. Kita sebagai rakyat Belaga dibuat seolah-olah “pendatang” di Daerah sendiri.

PEKAN BELAGA KINI KIAN MENJADI PEKAN MATI
“Kematian” pekan Belaga banyak disebabkan oleh pembohongan BN untuk membina jalanraya yang baik dari Bintulu menuju Pekan Belaga. RM 22 juta pernah dijanjikan dalam pilihanraya 2006 dan diulang lagi dalam pilihanraya 2008 untuk menyelesaikan pembinaan jalan Bukit Jayung. Tetapi sampai sekarang jalan itu masih belum siap. Dekat pilihanraya ini, janji sekali lagi ditabur untuk disiapkan. Setiausaha Taib yang baru dilantik dari PRS/Belaga berjanji akan “melihat dan memantau” projek jalan Bukit Jayung ini. Sampai bila Rakyat Belaga hanya menerima “projek air liur” dari kerajaan BN?

Satu lagi adalah, kalau Jalan Bukit Jayung tidak sesuai, mengapa BN tidak mahu nak membina jalan raya dari Jalan Bakun – Bintulu menuju Pekan Belaga?

Apa sudah jadi dengan Lapangan terbang yang pernah dijanjikan di hilir Long Mitik Belaga? Kenapa BN suka hati sahaja menipu rakyat Belaga?

Permintaan – permintaan rakyat Belaga yang dimajukan kepada Setiausaha Negara pada tahun 2003 dan satu lagi kepada Jabu anak Numpang di Miri pada akhir tahun 2008, apa jadi kesudahannya. Dibuang oleh pemimpin BN dalam TONG SAMPAH?

PEMIMPIN BN BELAGA BERSEKONGKOL DENGAN PEROMPAK KEKAYAAN SARAWAK
Laporan demi laporan dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Taib/BN yang mengumpul kekayaan untuk diri dan keluarga. Taib yang sebagai pengerusi BN Sarawak disokong oleh pemimpin dan wakil rakyat dari Belaga dan Hulu Rajang. Mewakili BN di Belaga dan Hulu Rajang bermakna bersekongkol dengan perompak kekayaan Sarawak termasuk kekayaan dari Belaga seperti kayu balak.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI
Tidak dinafikan selama ini ada sebahagian rakyat Belaga setia mengundi BN. Mereka mengundi BN dengan harapan BN akan mempertahankan hak Tanah NCR mereka dan hak-hak lain sebagai rakyat Malaysia. Tapia pa jadi? Rakyat Belaga tertipu dengan kata-kata seperti “hanya BN dapat memajukan luar Bandar”. Betul? Keluasan tanah NCR Belaga milik Orang Ulu Belaga seluas negeri Pahang dahulu, kini “hilang” ditelan Bakun Hidro. Janji 3 ekar satu pintu dan diberi geran tapi mana geran? Habuk pun tak nampak!!

Paling memilukan ada antara saudara kita orang Penan di Asap tinggal dalam bekas REBAN AYAM. Ya, terpaksa demi membolehkan anak-anak mengejar peluang persekolahan. Mana pemimpin BN? Kenapa tidak sediakan rumah bagi mereka. Mereka ini saya percaya berpendapatan kurang dari RM 500.00. (miskin tegar) dan layak dapat bantuan rumah!

Harapan yang disandarkan pada BN selama ini untuk menjaga hak tanah NCR penduduk Belaga tidak dipedulikan. Rakyat Ulu Balui dipaksa pindah dan penduduk asal Asap Koyan pula, tanah NCR mereka dirampas oleh Taib/BN dan diserah kepada Kompeni perladangan seperti Ekran, Samling dan lain-lain. Inikah yang dikatakan hanya BN dapat memajukan rakyat pedalaman seperti Belaga?? Bagi saya ini bukan memajukan TETAPI “MEMUNDURKAN”.

MUNDUR dari banyak tanah NCR kini hanya 3 ekar atau tiada tanah langsung. MUNDUR dari kaya sumber hutan kini tiada lagi di Asap Koyan. MUNDUR dari tidak pernah hutang menjadi hutang bil air dan bil elektrik berjumlah JUTAAN ringgit. MUNDUR dari segi menikmati hasil bumi Belaga kini dinikmati oleh orang LUAR DAERAH. Dan banyak lagi. Ruang ini tidak cukup untuk mencatatkannya.

Akibat dari polisi yang tidak mendahulukan rakyat Belaga ini, maka ini menyebabkan rakyat Belaga tiada sumber pencarian untuk menampung kehidupan apa lagi menampung keperluan pendidikan. Dengan wujudnya Tabung Amanah Bakun itu sendiri menunjukkan rakyat Belaga tidak menampung anak-anak ke sekolah dan Pusat Pengajian Tinggi. Bukan bermakna saya menentang TAB tetapi polisi BN menyebabkan rakyat Belaga yang bergantung kepada Tanah NCR kini sukar untuk mencari nafkah untuk menghadapi (dalam terpaksa) hidup ala Bandar. Tempat bertani kini sangat terhad. Untuk jangka panjang Rakyat Belaga dijadikan Pengemis di Daerah sendiri kalau BN terus memerintah dengan polisi yang sedia ada.

HARAPAN BARU
Melihat kepada senario di atas, setelah itulah HAKIKAT yang berlaku, sukar sangatkah membuat perubahan? Sebelum kebanyakan kita Orang Ulu berubah dari kepercayaan Bungan kepada Kristian, dan sebagainya, kita tidak pun semakin mundur. Bahkan bertambah baik setelah kita memeluk Kristian baik SIB atau Katolik. Dan ada juga sebahagian memeluk Islam. Perubahan tersebut tidak pun membahayakan kita atau memundurkan kita.

Apa yang memundurkan kita adalah polisi yang MERAMPAS HAK KITA DAN MENEKAN KEBEBASAN SUARA KITA. Dan BN/Taib adalah TULI terhadap permohonan rakyat Belaga!

Justeru perubahan bukanlah membahayakan kita. Kita tidak akan mati kalau menuju perubahan. Yang pasti dalam polisi BN, kita di Belaga, telah hilang kalaupun tidak segala-galanya terutamanya tanah NCR kita.

Dalam Pakatan Rakyat (PR), yang pasti PR Sarawak telahpun membuat persetujuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah bagi menyiasat dan menyelesaikan masalah tanah adat kita ini.

Di Belaga kita akan siasat. Terutamanya tanah NCR yang diberi pampasan di Hulu Balui. Turut disiasat adalah tanah NCR penduduk Belaga yang diserah kepada kompani di kawasan hilir Bakun dan kawasan sungai Belaga. Pakatan boleh membuat persefahaman baru dengan syarikat-syarikat agar semua pihak mendapat manfaat.

Kalau di Selangor, kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor memulangkan hak Tanah NCR Orang Asli seperti dalam kes NCR Sagong Tasi. Di Sarawak dan Belaga Khasnya, tidak mustahil ini boleh dilaksanakan di mana hak tanah NCR kita penduduk ASAL Belaga akan dikembalikan.

Tanah adalah kehidupan kita Orang Ulu Belaga. Tanah adalah nyawa bagi kita. Tanah kita yang dirampas umpama orang MENCABUT nyawa kita.

Jangan berlengah lagi sama-sama kita bangkit : KELUAR DARI PENJARA CENGKAMAN BN DAN MENUJU KE ARAH KEMERDEKAAN SEBENAR DALAM PAKATAN RAKYAT. ORANG BELAGA BOLEH MENUJU HARAPAN BARU!!

Thursday, August 19, 2010

Projek Hidro Bakun Membawa Kemajuan "Ke Belakang" Bagi Penduduk Asap/Belaga

Kalau dulu, kita Orang Ulu Kayan, Kenyah, Ukit, Penan dan segelintir Kajang di Hulu Giam Bakun hidup kelihatan "miskin" tetapi sebenarnya kita kaya. Kaya tanah dan sumber makanan percuma dari hutan dan sungai-sungai pemmberian Tuhan.

Dengan "kemajuan" yang dibawa oleh pembalak - pembalak, sumber pendapatan dan makanan kita di Belaga terjejas.

Walaupun jauh di hulu Balui, kita tidak pernah menghadapi masalah mendapatkan makanan. Kalaulah pihak kerajaan membina jaringan jalan raya yang baik hingga ke hulu, kita di Asap tidak akan mengalami "reverse development". Dan kita tidak perlu dipindahkan ke Asap. Pemindahan ini seolah-olah ada agenda lain.

Projek Hidro Bakun yang dikatakan membawa kemajuan - rupa-rupanya membawa kemiskinan bagi kita. Tidak salah kita katakan Dam is the mother of poverty bagi yang sangat bergantung hidup pada tanah.

Tidak ada sumber kewangan di Asap, tetapi kehidupan kita di sana sangat mendesak kita membayar dan mengeluarkan wang untuk mendapatkan tenaga elektrik dan air bersih.

Di kampung di hulu Balui air adalah percuma dan bersih.

Di Asap sumber kewangan adalah terhad. Asal keluar dari rumah di Asap untuk ke kebun atau ladang pasti keluarkan wang. Tidak ada peluang pekerjaan disediakan bagi penduduk untuk menghadapi kehidupan ala bandar yang segalanya memerlukan wang. Tiada wang tidak makan.

Seterusnya pampasan yang seharusnya diberikan pula ditahan. Teruk lagi rumah yang sepatutnya percuma rupanya perlu dibeli dengan harga RM52 ribu.

Masalah ini seolah-olah tidak dapat selesai. Hampir 12 tahun di Asap penduduk semakin hari semakin ramai. Jika peluang pekerjaan tidak disediakan dengan mencukupi di Asap untuk penduduk asal di sini, pengaliran manusia keluar dari Daerah ini tidak dapat dielakkan. Mungkin inilah "agenda" pihak tertentu!

Keadaan ini menyebabkan pihak tertentu mengambil dan merampas tanah yang kononnya dibiarkan tidak produktif (idle).

Kita akan lihat dengan menjelang tibanya pilihanraya negeri ini, macam-macam lagi akan dijanjikan oleh BN untuk orang Asap. Seolah-olah masalah yang bertimbun "dirancang" diselesaikan semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Dengan kata lain menggula-gulakan penduduk Belaga untuk mempertahankan kerusi Belaga tetap dimenangi BN.

Satu gula-gula diberi - satu hektar tanah dijadikan ganti. Begitulah umpama atau modes operandi yang dilaksanakan BN untuk terus memperkotak katikkan Orang Belaga.

Orang Belaga akan benar-benar membuat "perhitungan" kali ini. Dalam hati mereka berkata cukuplah kami ditindas dan dimanipulasi oleh pihak BN.

Dengan kesedaran yang mereka sudah tidak dipedulikan oleh BN / Taib, maka tidak hairan Pakatan Rakyat akan jadi pilihan kali ini di Belaga. Dengan akal yang waras, dengan pengalaman penindasan yang dialami, tidak mudah lagi rakyat Belaga akan dipancing dengan pelbagai janji danji dan politik WANG.

Cukuplah atau enough is enough. Kita tidak akan mati kalau memilih Pakatan Rakyat. Mungkin ada cahaya di hujung terowong untuk penyelesaian masalah bertimbun yang dibiarkan BN akan selesai dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang baru di Sarawak nanti.

Itu sahaja lah harapan dan pilihan yang ada bagi penduduk Belaga. Selamat Berubah ke Pakatan Rakyat!!

Tuesday, August 10, 2010

TOLAK DAN HAPUSKAN MEREKA YANG GUNA POLITIK WANG



Bersama - samalah kita menentang pihak-pihak yang menggunakan wang untuk memancing undi. Sama ada nilainya RM20.00, RM30.00, RM50.00. dan sebagainya... calon dan parti yang dikenalpasti menggunakan wang untuk memancing undi wajar dan wajib ditolak!

Tuesday, July 20, 2010

PELANCARAN TABUNG PAKATAN RAKYAT PADA 7-8-2010

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), PAS dan DAP (termasuk SNAP di Sarawak) akan melancarkan Tabung Pilihanraya ke - 13 dengan mensasarkan sebanyak Ringgit Malaysia 20 Juta.

Sempena pelancaran ini, saya ingin membawa dan mengajak ahli dan pendokong mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat di Belaga untuk turut serta dalam menyumbang bagi menjayakan Tabung ini. Seterusnya akan menyumbang ke arah mencapai sasaran 20 Juta tersebut yang dikenali sebagai Tabung Impian Rakyat (TIRAM).

Kalau saudara ingin turut menyumbang, bolehlah hubungi kami pada nombor HP tertera dalam blog ini.

Setiap derma ikhlas wang ringgit yang anda sumbang akan digunakan dengan sebaik mungkin demi membawa perubahan ke arah menumbangkan kerajaan BN yang korupsi dan tidak mungkin dapat dibaiki lagi. Berapa pun jumlah yang saudara sumbang dalam tabung ini, kami sangat menghargainya.

Sama-samalah kita bersatu dalam perjuangan ini iaitu menumbangkan Kerajaan BN, dengan menghulur sedikit wang riggit dari hasil titik peluh saudara, selain sumbangan sedia ada dari segi tenaga, masa dan idea anda.

Saya mengajak agar kita sama-sama menghayati dan laksanakan motto ini :"SAYA BOLEH MENJADI AGEN PERUBAHAN" demi menumbangkan dan menyingkirkan pemimpin kerajaan BN yang korupsi.

Undi saudara dan ringgit saudara boleh mencipta Sejarah membawa PERUBAHAN bagi Negeri Sarawak yang kita sayangi.

Thursday, July 1, 2010

TAIB MAHMUD DILAPOR KE SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH (SPRM)

Hari ini saya terbaca mengenai Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud telah dilaporkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Laporan dibuat kerana mempersoalkan kekayaan Taib Mahmud sekeluarga yang mencecah Ringgit Malaysia (RM) 3 Billion (RM3,000,000,000.00). Sila Klik.

Seperti biasa, SPRM dipersoalkan ketelusan, kebebasan dan keberanian mereka menyiasat penyelewengan yang dibuat oleh kononnya mereka yang mengakui "pemimpin utama" Negeri dan Negara, termasuk Taib.

Patutkah Taib Mahmud dan konco-konco Barisan Nasional (BN) diberi peluang untuk terus menerajui kepimpinan Negeri Sarawak pada masa depan jika laporan ini tidak disiasat dengan telus, bebas dan berani? Patutkah calon-calon yang bersekongkol menggunakan Lambang BN (Dacing) dipilih atau diundi pada pilihanraya akan datang?

LAYAKKAH MEREKA CALON-CALON BN UNTUK DIPILIH LAGI?

Ini baru yang kita dapat lihat atau terbongkar. Yang tidak terbongkar mungkin lebih banyak!

Sama seperti di Filipina, kalau parti yang memerintah tidak bertukar dari Parti Ferdinand Marcos kepada kuasa rakyat pimpinan Corazon Aquino, rakyat tidak akan tahu kekayaan Negeri/Negara Filipina yang DIGELAPKAN/DICURI oleh Presiden diktator Ferdinand Marcos masa itu.

Justeru, kekayaan Negeri/Negara yang digelapkan oleh pemimpin Barisan Nasional tertentu, konco-konco dan kroni-kroni mereka hanya dapat dibongkar semuanya jika RAKYAT menukar parti pemerintah dari BN kapada Pakatan Rakyat (PR). Contoh di Selangor Wang yang digelapkan Bekas Menteri Besar Khir Toyo dibongkar oleh kerajaan Pakatan Rakyat di sana.

Agensi - agensi kerajaan di bawah Kerajaan Barisan Nasional telah dirosakkan oleh BN. Itulah sebab agensi seperti SPRM, Polis, Mahkamah dan yang lain berkenaan telah diragui ketelusan dan kebebasan mereka.

Oleh itu, kalau rakyat nak tahu semua kebobrokan Barisan Nasional, Pilihlah Calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Kuasa Undi Rakyatlah yang akan MEMBONGKARKAN SEMUA WANG RAKYAT YANG MUNGKIN TELAH DIGELAPKAN OLEH Taib dan kroni-kroninya.

RAKYAT dan PENGUNDI tiada pilihan lain untuk membongkarkan semua ini, kecuali GANTIKAN Kerajaan Barisan Nasional dengan Kerajaan Pakatan Rakyat dulu, barulah Kerajaan Pakatan Rakyat pilihan RAKYAT yang baru akan MENYIASAT DAN MEMBONGKAR SEMUA "kekayaan" Taib dan kroni-kroninya.

Hentikan rampasan dan penggelapan wang rakyat. Masa untuk Perubahan di Sarawak. Rakyat HAKIM sebenar. Sila Klik.

Bacaan lanjut mengenai "kekayaan Taib": Klik di sini.

Nampaknya satu persatu "kekayaan" Taib dibongkar!! Satu lagi di Amerika Syarikat. Sila klik.

Bacaan lanjut. Kenapa terhegeh-hegeh nak sokong Taib lagi??

Saturday, June 19, 2010

OHHH BEGITU RUPANYA KERJA TAIB/BN SARAWAK??

Pembongkaran terbaru, kekayaan Taib dan keluarga mencecah Ratusan Juta.

Kalau dikira gaji Taib dalam semua Jawatan yang pernah disandang dari mula terlibat dengan politik sampai kini, TIDAK MUNGKIN jumlah nya mencecah jumlah yang tersenarai dalam pembongkaran ini. Jumlah harta negeri Sarawak di Kanada hasil "kerja" Taib/BN ini wajar dikembalikan kepada RAKYAT Sarawak dan kesalahan "menggelapkan" kekayaan milik rakyat Negeri Sarawak ini wajar diHUKUM.

Taib dan wakil Barisan Nasional (BN) sengaja membiarkan rakyat miskin supaya mengemis daripada BN. Ini tidak mungkin akan berkesan lagi. Rakyat sudah celik dan bijak.

Mungkin inilah harta negeri Sarawak dicuri dan dibawa oleh Taib lari ke Kanada. Kalau benar pembongkaran ini, bermakna Taib tidak patriotik terhadap negeri dan negara ini. Lebih mementingkan kekayaan diri sendiri dan keluarga berbanding menolong dan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Rakyat diperas dengan "Politics of Development" : Kontrak kerajaan disapu dan diambil semua, Tanah Rakyat dirampas oleh Taib/BN melalui Syarikat-Syarikat, Tanah NCR rakyat di tepi Sungai ditenggelamkan oleh polisi Taib/BN menggunakan pembinaan 12 Dam / Empangan. Buldoz sahaja tanpa kebenaran rakyat.

Mungkin banyak lagi yang "tersembunyi" dicuri oleh Taib/BN dari pengetahuan rakyat. Wakil rakyat BN yang lain nampaknya terus bersekongkol dengan perbuatan khianat Taib ini. Walau baik dan alim seseorang wakil rakyat BN, kalau masih bersekongkol dengan dengan Taib untuk memperkaya diri dan keluarga dengan merampas hak rakyat, maka JAHAT LAH juga perbuatan wakil rakyat tersebut.

Kalau dah tahu kisah "pencurian" wang rakyat ini oleh Taib, wakil-wakil rakyat BN yang merasakan diri baik dan bersih dan tidak mahu TERPALIT dengan perbuatan Taib dan keluarganya ini, harus menjauhkan diri dari Taib dan WAJIB mengistihar tidak mencuri kekayaan Negeri Sarawak bersama Taib. Istiharkan ketidakterlibatan anda kepada rakyat.

Istiharkan diri sebagai wakil rakyat yang tidak terlibat dengan KELUAR dari BN. Kalau mahu lebih "jantan" lagi RESIGN atau LETAK JAWATAN sebagai YB/Ahli Dewan. Biar diadakan pilihanraya di kawasan anda yang resign.

Perbuatan khianat ini tidak boleh diterima dan wajar DIHUKUM oleh RAKYAT. Nantikan hari penghukuman oleh RAKYAT SARAWAK.

Klik disini untuk pembacaan lanjut.

Wednesday, June 16, 2010

Admission And Enrollment to Sarawak Bar



Sedang disarungkan Jubah oleh saudara Romio disaksikan Oleh Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah Dan Sarawak Yang Amat Arif Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum. Tarikh pada 15.6.2010.

Monday, May 31, 2010

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2010

Kepada keluarga - keluarga, saudara, rakan, dan kenalan seperjuangan, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI GAWAI DAYAK untuk semua.

Semoga dengan Semangat Gawai ini, saudara diperbaharui lagi azam untuk memperbaiki KEHIDUPAN DEMI masa depan yang lebih baik.

Sesungguhnya pembaharuan dan perubahan itu sesuatu yang pasti membawa kebaikan jika dilakukan dengan bersungguh, ikhlas hingga berjaya.

Semoga perayaan Gawai Dayak ini dirayakan dengan fikiran lapang dan waras tanpa dipengaruhi oleh tuak berlebihan dan arak berlebihan. Kalau dapat mengurangkan minuman "keras" ini adalah sesuatu yang sangat dikehendaki Tuhan. Biarlah keramaian dan kata-kata kita dapat menghiburkan orang lain yang sama-sama meraikan Hari Kebesaran Dayak ini.

SELAMAT HARI GAWAI GAYU GURU GERAI NYAMAI.

ABUN SUI ANYIT.

Sunday, May 30, 2010

UNDI POS - TALIAN HAYAT MENTERI-MENTERI BN

Kalau diteliti Sidang Media Raja Petra ini, menteri-menteri Bn bukanlah wakil rakyat sebenar, kerana "kemenangan" mereka bukan dari pengundi di Kawasan mereka. Tontoni selanjutnya di http://www.youtube.com/watch?v=noHibqoFnOA&feature=player_embedded#!

Monday, May 24, 2010

DEMOKRASI DI SARAWAK : ADAKAH "PERMAINANNYA" ADIL, MATANG DAN SAKSAMA

Baru - baru ini terdapat laporan bahawa agen - agen parti DAP/Pakatan Rakyat tidak dialu-alukan ke rumah panjang Iban. Dikhabarkan perkara serupa berlaku di PRK Batang Ai tahun lepas.

Ini sesuatu yang sangat tidak menyenangkan. Kita sedia maklum bahawa budi bahasa masyarakat Dayak Iban sangat tinggi. Mereka malah sanggup menyembelih binatang untuk mengalu-alukan pihak tertentu datang ke rumah panjang sebagai tanda sambutan.

Kita juga tahu semua rumah panjang di Sarawak mengalu-alukan sebarang tetamu naik ke rumah. Budaya ini sudah diamalkan sejak sekian lama.

Walau bagai manapun budaya yang sangat tinggi nilainya ini seolah - olah mulai dirosakkan oleh pihak tertentu. Sehingga mereka kononya penghuni rumah panjang itu "MENGHALAU" orang luar dari menaiki rumah panjang mereka. Benarkah ini dilakukan oleh masyarakat Dayak/Iban di rumah panjang tersebut?

Siapa yang mengajar bangsa Dayak/Iban menghalau tetamu. Lebih-lebih lagi tidak sepatutnya berlaku semasa pilihanraya. Kerana agenda/manifesto setiap parti yang bertanding dalam pilihanraya adalah untuk kebaikan pengundi itu sendiri termasuk penghuni rumah panjang. Apabila semua parti bertanding sudah didengar, pandai-pandailah memilih. Undi itu rahsia!

Peristiwa menghalau tetamu ini TIDAK PERNAH WUJUD sebelum ini. Mungkinkah budaya ini disebabkan oleh campurtangan POLITIK? Kalau begitu, parti mana yang memberi arahan kepada Rumah panjang untuk MENGHALAU tetamu ini? Ada sesiapa yang berani mengaku? Pokok bergoyang takkan tiada angin!

Justeru itu - untuk menuju kematangan politik, tidak usahlah melakukan sesuatu sehingga tidak membenarkan satu parti masuk dan satu lagi tidak boleh. Yang paling penting usahlah merosakkan adat budaya Dayak Iban yang suka menerima tetamu ke rumah panjang.

Menurut Presiden SADIA, Sidi Munan, sikap menghalau tetamu ini TIDAK PATUT berlaku. Kita juga perlu memastikan bahawa perkara ini bukan sahaja tidak patut berlaku semasa pilihanraya tetapi juga tidak patut berlaku bila-bila masa tanpa mengira pilihanraya atau tidak.

Diharap "VIRUS PEROSAK" adat Dayak Iban ini tidak menular ke Rumah Panjang Dayak lain seperti Bidayuh dan Orang Ulu.

BN BAKAL DIHUKUM PADA PILIHAN RAYA NEGERI AKAN DATANG

Berdasarkan trend pengundi di Sibu, pengundi - pengundi di Sarawak dilihat telah berubah untuk mencuba sesuatu yang baru. Walaupun mere disogok dengan wang, projek dan janji-ijanji lain, pengundi semakin matang dan tidak terpengaruh dengan sogokan sedemikian semasa kempen.

Rakyat yang matang akan melihat semua janji-janji oleh parti pemerintah sesuatu yang sepatutnya TELAH DILAKSANAKAN. Atau sekurang-kurangnya SEDANG DILAKSANAKAN dengan menunjukkan kerja-kerja sedang dilakukan awal sebelum pilihanraya.

Berdasarkan pemerhatian pakar penganalisis politik Dr. Jeniri , BN Sarawak akan dihukum pada pilihanraya akan datang.

Rakyat Sarawak wajar bersedia untuk ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Contoh kebaikan pakatan rakyat yang memerintah negeri adalah seperti di Kedah. Hasil kayu balak negeri berkenaan adalah sebanyak RM38 Juta setahun di bawah Pakatan Rakyat berbanding hanya RM8 Juta sahaja setahun oleh UMNO/BN. Ketirisan oleh pentadbiran BN di Kedah adalah RM30 Juta Setahun. Kalau didarab 50 tahun memerintah Kedah = ketirisan adalah RM1,500,000.00 (RM1.5Billion). Ini adalah congakan sahaja. Ke manakah wang yang begitu banyak itu pergi? Atau mungkin pentadbiran BN tidak cekap, oleh itu tidak dapat memperolehi hasil setara kerajaan Pakatan Rakyat?

Kita tidak akan tahu ketirisan di Sarawak kalau Kerajaan tidak beralih kepada Pakatan Rakyat. Untuk mengetahui ketirisan oleh Kerajaan BN di Sarawak, Rakyat Sarawak wajar memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menyemak ketirisan ini. Mungkinkah ketirisan oleh kerajaan BN Sarawak maha besar kerana Sarawak sangat kaya balak, minyak, arang, gas, tanah, sawit dan sebagainya.

Laporan Audit negara sebelum ini telah mendedahkan pengurusan hutan di Sarawak tidak begitu memuaskan. Persoalan besar lagi di sini adalah MENGAPA MENTERI SARAWAK MEMBANTAH LAPORAN AUDIT NEGARA? Adakah untuk menyembunyikan ketirisan juga?

Rakyat wajar menyemak prestasi sebenar BN Sarawak dengan memberi peluang Pakatan Rakyat memerintah Sarawak selepas pilihanraya negeri akan datang. Untuk melakukannya, rakyat dirayu untuk mengundi Parti dalam Pakatan Rakyat. Kalau BN terus memerintah Sarawak, maka segala "RAHSIA BESAR" oleh BN Sarawak selama ini akan terus tersembunyi dan ini bermakna rakyat terus TERTIPU.

Sunday, May 23, 2010

PROJEK HIDRO BAKUN : PENDUDUK HULU BALUI (BAKUN) DIPINDAH TETAPI SYARIKAT DIBERI LESEN - WAJARKAH?

Pada tahun 1999 - penduduk dari rumah panjang dari Long Jawe hingga ke Long Murum di sebelah hilir, telah dipaksa pindah oleh pihak kerajaan. Saya menggunakan perkataan "paksa" di sini kerana penduduk terbabit tidak diberi pilihan sama ada untuk tetap tinggal di Rumah Panjang asal atau berpindah ke Asap Koyan (Bakun Resettlement Scheme).

Penduduk terbabit telah dipaksa pindah ke Asap. Apa pun alasan untuk memindahkan mereka, itu kelihatan tidak penting dan alasan itu seolah-olah tidak ikhlas. Lihat sahaja hasilnya sekarang. Janji-janji yang ditabur tidak semuanya ditunaikan. Untuk kepastian, sila tanya jawapan ikhlas dari penduduk Asap.

Apa yang mengejutkan di sini adalah kerana; setelah penduduk dipaksa pindah, tidak lama selepas itu kawasan tanah Hak Adat Bumiputra (NCR)penduduk di hulu terutamanya hulu Balui yang melibatkan Lebu Kulit dan Long Bulan, telah diserahkan kepada syarikat RH Forest Corporation Sdn. Bhd.



RH FOREST CORPORATION SDN BHD

Kawasan - kawasan yang diserahkan kepada syarikat ini meliputi hampir ke semua kawasan di hulu Balui dan sebahagian kawasan Balleh. Long Busang tidak terkecuali. Malah kawasan yang diserah kepada syarikat oleh kerajaan Barisan Nasional meliputi hingga hampir ke sempadan dengan Indonesia.


KAWASAN YANG TELAH DISERAHKAN KEPADA RH FOREST CORPORATION SDN BHD.

Jika benar keadaan ini, bermakna penduduk asal tidak sepatutnya dipaksa meninggalkan rumah panjang lama mereka. Keadaan ini juga memberi maksud tersirat atau nyata bahawa penduduk asal boleh pulang semula ke rumah panjang asal mereka. Oleh yang demikian, penduduk asal seharusnya diberi keutamaan untuk memajukan tanah NCR dan kawasan mereka masing-masing. Kerajaan pula seharusnya membantu dengan apa cara yang patut. Bukan dengan cara ini; suruh penduduk asal pindah - beri lesen kepada syarikat pulak. Kerajaan seharusnya memberi keutamaan kepada penduduk asal bagi pengeluaran lesen atau geran tanah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kalau keadaan tanah diserah kepada syarikat ini berterusan, penduduk asal akan menghadapi kesukaran untuk pulang semula ke tempat asal untuk memajukan tanah NCR mereka yang tidak tenggelam (di luar perimeter).

Satu penyelesaian yang konkrit harus dilakukan untuk memudahkam penduduk di Asap pulang semula ke tempat asal mereka. Ini adalah kerana penduduk Asap tidak ada tempat untuk mencari nafkah kehidupan dan tiada tanah yang mencukupi untuk diusahakan untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar. Kerana kehidupan Orang Ulu di Belaga masih sangat bergantung kepada Tanah untuk menampung kehidupan.

Thursday, May 20, 2010

BAKUN - RUGI 1 BILLION

Mahathir bercakap soal Projek Hidro Elektrik Bakun Rugi RM 1 Billion (RM1,000,000,000.00). Belum bermula sudah rugi 1 Billion. Bagai mana kalau sudah beroperasi dan tiada pengguna yang pasti bagi 3/4 lebihan tenaga yang bakal dikeluarkan. Sebab Mahathir menyatakan Sarawak hanya memerlukan 1000 mega watt sahaja berbanding 2,400 Megawatt yang dikeluarkan dari HEP Bakun.

Sila rujuk : Komen Bakun rugi 1Billion oleh Mahathir

MEMBENDUNG PENGUNDI “HANTU” DALAM PILIHAN RAYA

Dalam Pilihan Raya Kecil Sibu yang lepas, umum sudah mengetahui keputusannya iaitu DAP/PAKATAN RAKYAT telah menang dengan majoriti “kecil”.

Masalah utama yang perlu diperhatikan dalam pilihanraya tersebut dan pihanraya yang akan datang adalah berkaitan undi pos.

Pada masa malam keputusan diumumkan saya berada di kawasan Dewan Suarah Sibu. Pada lebih kurang jam 8.30 malam, DAP telah mendahului dengan kelebihan 3,944 undi. Lebihan ini telah berlarutan sehingga jam 11.00 malam. 2 jam 30 minit berlalu tanpa ada keputusan. Semua orang di kawasan Dewan Suarah Sibu semakin resah.

Apabila SPR datang membawa “11” kotak Pengundi Pos ke Dewan Suarah, Sibu, pukul 10.30 malam, orang ramai yang lebih kurang 3 ribu orang, meneriakkan “SPR menipu”, “BN tipu” dan “Tipuuuuu........”.

Berdasarkan jumlah undi pos yang dikeluarkan oleh SPR ialah 2,809. Kalau dicongak dari perbezaan jumlah 3,944 dan 2,809 ini, DAP sepatutnya menang dengan kelebihan 1,133. Itupun kalau semua undi pos dimenangi atau dibolot semua oleh BN. Berdasarkan maklumat akhir malam itu, DAP hanya dapat 70 undi Pos.

Persoalan utama yang perlu dijawab oleh SPR di sini adalah dari mana datangnya 765 undi lagi yang semuanya memihak kepada BN? Puas hati sangatkah tentera dan polis dengan BN? Berdasarkan Video di alamat Malaysiakini di atas, polis telah memberi kerjasama untuk menjaga agar peti-peti undi pos tidak disentuh dan dialih oleh SPR dari Wisma Sanyan, Sibu tanpa pemantauan rapi semua pihak bertanding. Ini bermakna polis telah bertindak professional dan tidak memihak malam itu. TAHNIAH kepada polis.

Berdasarkan perbezaan yang nyata di atas, maka pihak DAP telah mengemukakan surat aduan rasmi kepada SPR di Putrajaya. Antara kandungan surat mereka adalah seperti berikut:
(Saya sengaja tidak menterjemahkannya dari laporan Malaysiakini)

The 'irregularities' pointed out by the DAP are:

1) More postal votes were returned than was issued out by the EC.

2) The questionable practice by the EC of allowing 290 of its staff who took part in the by-election to register as postal voters and take home their postal voting slips.

3) The different signatures signed by the same witness on different postal ballots from army camps.

4) The two-hour delay in announcing the postal vote tally and the missing Form 15 listing the results of the postal vote tally, which is still outstanding.

5) A Pakatan polling agent was refused entry to a polling centre located in a longhouse in Limbang.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/132206

Cadangan untuk memperbaiki agar perkara seumpama ini tidak lagi berlaku pada masa depan adalah :
1. Semua peti undi Pos hendaklah sampai ke Dewan Penjumlahan lebih awal daripada peti-peti undi biasa;
2. Undi Pos hendaklah dikira terlebih dahulu sebelum undi biasa di Dewan Penjumlahan;
3. Setiap agen parti bertanding hendaklah dibenarkan memantau semua pengundi-pengundi pos dan semua parti sama-sama menyimpan rekod kehadiran pegundi yang SAMA.
4. Jumlah pengundi yang dikira MESTI sama (tally) dengan jumlah undi yang dibuang oleh pengundi pos (pihak polis dan tentera dan lain-lain) pada hari mereka mengundi; dan
5. Kalau BN dibenarkan “berkempen” (sebab berselindung di sebalik tugas rasmi) kepada tentera dan polis, pihak parti lain yang bertanding juga harus dibenarkan berkempen kepada tentera dan polis.

Semoga Malaysia akan terus bergerak ke arah kematangan dan keikhlasan sistem pilihanraya tanpa ada apa-apa perbuatan mana-mana pihak cuba menipu pihak lawan. Biarlah keputusan setiap pilihanraya itu diperolehi dengan adil dan intergriti. Saya yakin kalau pilihanraya dijalankan tanpa unsur “penipuan”, pihak yang kalah PASTI akan menerima kekalahan dan yang paling penting: MENGIKTIRAF kemenangan tersebut. Seterusnya pihak yang kalah akan memperbaiki strategi pilihan raya (tanpa penipuan) dan polisi parti mereka, seterusnya RAKYAT akan mendapat faedah darinya. Sebab demokrasi yang matang dan bersih akan menguntungkan RAKYAT itu sendiri.

Saturday, March 27, 2010

SEMINAR KESEDARAN HAK ORANG ASAP TERHADAP NCR-BAKUN DI UMA BADENG SG. KOYAN

Menyampaiakan derma ikhlas bagi mangsa kebakaran.



Saudara Abun Sui sedang berceramah menerangkan hak adat, perlembagaan dan undang-undang antarabangsa (UNDRIP)


United Nation Declaration on Rights of Indigenous People (UNDRIP)
Undang-undang antarabangsa yang mengiktiraf hak Orang Asal sedang diperjelaskan kepada hadirin.


Rehat Makan Tengahari Bersama Pemimpin Komuniti

Saudara Abun Sui melawat kawasan rumah terbakar.

Sebahagian hadirin yang sedang mendengar ceramah.
Harap mereka faham dan perjuangkan hak mereka.


Projek gula-gula dekat pilihanraya perkara biasa di Malaysia
Tidak terkecuali di Asap Badeng Sg. Koyan.

Tuesday, March 16, 2010

PENGHORMATAN TERAKHIR UNTUK DATUK SRI JOSEPH BALAN SELING




Sebentar tadi saya baru balik dari Kebaktian Penghiburan bagi keluarga mendiang Datuk Sri J. Balan Seling. Saya turut mengambil kesempatan untuk memberi penghormatan terakhir buat mendiang.

Mendengar dari kesaksian-kesaksian yang disaksikan, saya dapati mendiang seorang yang takut akan Tuhan sepanjang hayatnya. Hadirin yang ada dalam Gereja SIB Kuching terddiri dari pelbagai bangsa. Ada yang datang dari jauh sejauh Amerika Syarikat dan Australia.

Ini adalah kali kedua saya berjumpa mendiang. Pertama di SIB Kuala Lumpur beberapa tahun dulu semasa mendiang datang beribadah.

Kita doakan keluarganya tabah menempuh hidup seterusnya.

Monday, March 15, 2010

GST: Negara Memerlukan Komitmen Dan Kepastian

KENYATAAN AKHBAR
15 Mac 2010

GST: NEGARA MEMERLUKAN KOMITMEN DAN KEPASTIAN

Pakatan Rakyat mengalu-alukan keputusan untuk menunda perbahasan kali kedua Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CPB atau “GST”) yang menandakan sekali lagi, kerajaan BN tidak mempunyai kepastian dalam mentadbir negara. Sebelum ini, BN yakin bahawa GST adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah defisit negara dan tidak teragak-agak meluluskannya tanpa mengambil kira pandangan rakyat. Kini, BN mengaku ia telah tersalah langkah kerana tidak mengambil pandangan rakyat terlebih dahulu.

Pakatan Rakyat beranggapan bahawa keputusan mengalah oleh BN dalam isu GST adalah satu lagi bukti bahawa kesedaran rakyat mengenai hak mereka untuk turut serta dalam proses membuat keputusan negara, semakin meningkat. Kesedaran ini, yang dizahirkan bermula dengan keputusan pilihanraya umum yang lepas, akan terus mengawasi keborosan dan amalan tidak sihat kerajaan.

Selama ini, Pakatan Rakyat konsisten bahawa GST bukanlah jawapan kepada masalah ekonomi negara. Masalah utama ekonomi negara berpunca dari kegagalan kerajaan yang tidak mempunyai iltizam politik untuk membasmi rasuah dan melakukan reformasi menyeluruh kepada institusi-institusi utama dan sistem pendidikan negara.

Ekonomi Malaysia mendapat kesan yang teruk dari persepsi negatif oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Pelabur antarabangsa secara berterusan mengelak dari dekat dengan Malaysia – mereka menarik keluar portfolio pelaburan dan mengalih FDIs ke negara lain, walaupun pentadbiran sekarang memperkenalkan pelbagai langkah liberalisasi. Sektor swasta kita sendiri lebih gemar melabur di negara lain. Ini menjadi salah satu punca yang menyebabkan penurunan mendadak 48% bagi pelaburan kapital baru dalam tahun 2009.

Persepsi negatif sebegini hanya boleh dimatikan dengan reformasi ekonomi yang bermakna dan menyeluruh.

Sebaliknya, kerajaan BN tetap bertegas untuk melaksanakan GST walaupun kenaikan kutipan cukai tidak langsung dianggarkan hanyalah RM1 billion setiap tahun. Hingga kini, kerajaan tidak berterus terang mengenai kos sebenar yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan swasta untuk melaksanakan GST; atau bagaimana kos ini akan mempengaruhi harga barangan dan perkhidmatan apabila GST diperkenalkan.

Keputusan menangguhkan perbahasan Akta CPB, walaupun dialu-alukan oleh banyak pihak, akan menimbulkan beberapa masalah baru kepada sektor swasta. Sejak 5 tahun lalu, kerajaan telah memberikan mesej yang berbeza-beza mengenai pelaksanaan GST. Setiap kali kerajaan mengumumkan keputusan untuk melaksanakan GST, syarikat-syarikat terpaksa berbelanja untuk membuat persiapan. Kerajaan selepas itu dengan sewenang-wenangnya mengumumkan pula keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan, yang menyebabkan syarikat-syarikat menanggung kerugian.

Pendekatan yang tidak ada kepastian sebegini dalam memperkenalkan inisiatif fiskal yang baru, hanya akan meningkatkan kos dan risiko kepada sektor swasta, terutamanya apabila inisiatif fiskal itu melibatkan banyak perubahan kepada sistem yang digunapakai oleh sektor swasta. Syarikat-syarikat swasta telah banyak berbelanja sejak setahun lepas, dan kini mereka dimaklumkan mereka perlu menghentikan persediaan sehinggalah diumumkan kelak.

Dalam konteks inilah kami berpendapat kerajaan BN tidak mempunyai komitmen dan iltizam politik untuk menghantar mesej yang jelas dan pasti kepada rakyat, pasaran dan komuniti perniagaan. Sebelum ini terdapat mesej yang bercampur-campur mengenai isu subsidi dan tarif elektrik, kini keadaannya serupa bagi GST.
Ini adalah tidak baik bagi negara kita.

Pakatan Rakyat dengan ini meminta BN untuk menghentikan pendekatan yang tidak ada kepastian seperti ini dan mengumumkan kepada negara; sama ada GST tidak akan dilaksanakan sama sekali; atau menyediakan satu rancangan yang jelas mengenai pelan pelaksanaan GST untuk memberi masa kepada rakyat bersedia.

Zaman kerajaan tahu segala-galanya dan tidak mengambil pandangan rakyat sudah pun lama berakhir.

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang dan
Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
YB NASHARUDIN MAT ISA
Timbalan Presiden,,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen,
Democratic Action Party (DAP)

ULASAN SAYA:
APABILA KERAJAAN INGIN MELAKSANAKAN SESUATU YANG TIDAK PASTI, MAKA BANYAK PERKARA YANG AKAN DISEMBUNYIKAN DARI RAKYAT. RAKYAT SUDAH TAHU DAN BIJAK. GST YANG INGIN DILAKSANAKAN SECARA "CUBA-CUBA" INI MERUPAKAN SESUATU YANG TELAH MEMBAZIR WANG RAKYAT. INI KERANA PERUNTUKAN TELAH DIKELUARKAN UNTUK PROSES "CUBA-CUBA" INI.

ITU BAB GST.

BAGAIMANA PULA KOS MEMBINA PROJEK HIDRO ELEKTRIK BAKUN (HEP)? MUNGKIN KOSNYA SUDAH MENCECAH BERKALI-GANDA KOS AWAL RM15 BILLION? SEMUA INI MEMRLUKAN KEPASTIAN! RAKYAT DAN PEMBAYAR CUKAI INGIN TAHU.

BAGAIMANA DENGAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK DARI BAKUN DAM. SIAPA PENGGUNA DAN PEMBELI? MANAKAH NEGARA LUAR YANG TELAH MENANDATANGAN UNTUK MEMBELI ELEKTRIK DARI DARI BAKUN.

PERSOALAN KABEL DASAR LAUT DARI HEP BAKUN PUN BELUM TETAP. SEKEJAP KATA BINA, SEKEJAP KATA UNTUK SARAWAK SAHAJA. YANG MANA SATU BETUL NI? KALAU SARAWAK SAHAJA PAKAI, MAKA AKAN ADA LEBIHAN TENAGA LEBIH KURANG 75%. SEBAB SARAWAK HANYA MEMERLUKAN 25% SAHAJA DARI 2,400 MEGAWATT DARI TENAGA ELEKTRIK JANAAN BAKUN.

KALAU LEBIHAN 75%, KENAPA BINA 12 LAGI EMPANGAN? MANA RASIONAL DAN LOGIKNYA.

KALAU BAKUN PUN BELUM PASTI, APAKAH KEPASTIAN KALAU 12 LAGI DIBINA?

YANG SAYA YAKIN PASTI ADALAH :
1. WANG CUKAI RAKYAT AKAN DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA EMPANGAN DI SARAWAK.
2. WANG CUKAI RAKYAT AKAN DIGUNAKAN UNTUK MELUNASKAN HUTANG MEMBINA EMPANGAN.
3. OLEH ITU CUKAI GST INGIN DIPERKENALKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMERAS HASIL KERINGAT SETIAP RAKYAT TANPA MENGIRA MISKIN ATAU KAYA. KERANA SEMUA ORANG PERLU MAKAN DAN MEMERLUKAN PERKHIDMATAN. GST ADALAH PERANGKAP. NASIB BAIK RAKYAT SUDAH BIJAK.
4. RASUAHLAH AKAR SEGALA "KEKURANGAN DAN KEKONTANGAN" WANG KERAJAAN.

INILAH KEBAIKAN KOMPOSISI AHLI PARLIMEN SEKARANG. KALAU TIDAK, SUDAH LAMA KERAJAAN BN BULDOZ GST TERHADAP RAKYAT.

PEMBACAAN LANJUT SILA KILK DI SINI.