Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Wednesday, May 27, 2009

TANAH ADAT PENDUDUK ASAL SARAWAK

Penduduk asal Sarawak telah lama hidup dalam kemiskinan. Harta yang mereka miliki adalah TANAH.

Dalam lawatan dan Seminar berkaitan Hak terhadap pemilikan Tanah Hak Adat yang lebih dikenali dengan Native Customary Right (NCR) di beberapa tempat di Sarawak menunjukkan penduduk tengah bergumul dan berjuang untuk mempertahankan Tanah NCR mereka.

Apabila Tanah akan dirampas atas nama "PEMBANGUNAN", maka tiada lagi harta yang dimiliki dan warisan untuk anak cucu dan generasi Orang asal Sarawak seperti Dayak, Melanau malah Melayu.

Selama ini memang ada tanah NCR yang dibangunkan atas nama PEMBANGUNAN tetapi sebenarnya Tanah NCR telah hilang atas usaha SYARIKAT PERLADANGAN.

Tiada pulangan pernah diserahkan kepada penduduk orang asal yang menyerahkan Tanah NCR mereka atas nama PEMBANGUNAN.

Apa yang kita risau adalah apabila Tanah NCR habis dirampas atas apapun alasan, penduduk ASAL seperti Iban, Orang Ulu dan Bidayuh malah Melayu akan MEREMPAT di TANAH asal mereka sendiri.

Sebab syarikat yang memdapat Tanah NCR ini adalah Syarikat milik orang BUKAN ORANG ASAL Sarawak dan merupakan kroni pihak tertentu.

Pihak tertentu yang merampas Tanah NCR lebih cenderung untuk merampas Tanah NCR penduduk asal daripada membantu orang asal mengusahakan Tanah NCR mereka. Atau sekurang-kurangnya "SHARE SAMARATA".

No comments:

Post a Comment