Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Sunday, February 14, 2010

TANAH NCR PENDUDUK SARAWAK HABIS DI BAWAH POLITIK PEMBANGUNAN TAIB

Seperti yang kita sedia maklum, polisi kerajaan Barisan Nasional Sarawak sekarang adalah polisi pembangunan yang dipanggil politik pembangunan.

Di bawah politik pembangunan ini antara lain yang terlibat adalah pembangunan tanah dan pembangunan hidro elektrik.

Di bawah rancangan pembangunan tanah terutamanya tanah NCR, kerajaan BN akan mensasarkan keluasan ladang sampai lebih kurang Satu (1)juta hektar tanah.

Sebelum menulis lanjut, ingin diingatkan lagi kepada pembaca bahawa konsep tanah NCR adalah termasuk:
1. Temuda;
2. Pendam;
3. Pemakai menua; dan
4. Pulau Galau.

NCR tidak terhad kepada temuda sahaja seperti yang diwar-warkan oleh pihak tertentu. Sila rujuk kes keputusan Mahkamah dalam Madeli Salleh yang telah diputuskan di Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di Malaysia. Kes ini mengiktiraf dan menghormati konsep yang betul dan sebenar. Kerajaan Sarawak seolah-olah tidak mengiktiraf hak NCR rakyat dalam keputusan ini.

Di Sarawak selagi BN berkuasa, melalui politik pembangunan, BN akan memberikan lesen perladangan kepada syarikat-syarikat untuk membuka ladang-ladang sawit mahupun penanaman semula hutan tanpa meminta kebenaran dari rakyat tempatan.

Kerajaan BN juga akan terus membina 12 lagi empangan sehingga tahun 2030 kalau mereka terus diberi kuasa oleh rakyat.

Kesan - kesan langsung daripada perladangan dan pembinaan banyak dam ini, adalah TANAH NCR rakyat akan habis sebab pemilikan tanah NCR akan bertukar tangan dari rakyat rumah panjang kepada syarikat-syarikat dan NCR di tepi sungai pula pasti akan TENGGELAM.

Kerajaan BN hari ini hanya mengiktiraf tanah NCR yang dibuka sebelum 1.1.1958 yang kebetulan pula berada berdekatan tepi-tepi sungai. Sebabnya kebetulan pengangkutan utama sejak dulu adalah sungai sebelum kemudahan lain seperti jalan darat muncul.

Oleh itu, apabila Empangan atau Dam dibina, takungan dari Dam ini pasti akan menenggelamkan tanah NCR rakyat. Keluasanya mencecah ratusan ribu hektar. Contohnya Bakun Dam sahaja keluasan Tanah NCR yang ditenggelamkan adalah seluas Negara Singapura.

TANAH NCR Rakyat dan anak cucu cicit punya MANA? HABIS!

Contoh paling jelas, Tanah NCR rakyat Orang Ulu di Belaga sangat luas di ulu Sungai Balui (ratusan ribu hektar), diberi ganti hanya dengan Satu(1) hektar sahaja. Malang lagi kalau tanah itu berbatu dan berpasir dan tidak sesuai untuk aktiviti pertanian.

Tanah yang luas di kawasan Asap Belaga pula telah diberi kepada syarikat-syarikat. Penduduk mengatakan mereka umpama dalam "penjara" di Asap Belaga.

Pihak tertentu pula mengatakan mereka tidak merampas tanah rakyat dan memberi amaran kepada rakyat agar jangan dengar hasutan pihak tertentu yang melawan kerajaan.

Rakyat ditakut-takutkan dengan pelbagai ugutan dan gertakan sama ada dari rakyat kelas kurang berpelajaran hinggalah kepada mereka yang memiliki PHD. Semua ditakut-takutkan.

Rakyat tidak perlu takut. Negara ini adalah negara demokrasi. Rakyat bebas memilih. Rakyatlah yang empunya kuasa kerajaan.

Kalau pihak kerajaan mengatakan mereka tidak merampas tanah NCR rakyat, berikan geran kepada mereka berbanding memberikannya kepada syarikat-syarikat yang bukan penduduk ASAL sesuatu tempat itu.

Rakyat (termasuk pemimpin masyarakat)jangan takut apabila digertak dan diugut oleh pihak tertentu. Mungkin ugutan itu berbentuk diberhentikan kerja, dipindahkan kerja, tidak akan dilantik lagi dan sebagainya.

Di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, mereka - mereka yang "diugut" tidak hilang kerjapun. Sekolah tidak hilang, klinik tidak hilang dan jalanraya tidak hilang dan sebagainya tidak hilang. Yang pasti hilang adalah pemimpin-pemimpin yang tamak haloba dan yang merampas tanah NCR rakyat. Tapi rakyat kenna faham isu dan berani membuat PERUBAHAN.

Kita tidak mahu kehilangan tanah NCR dari Tenggelam oleh DAM dan DIRAMPAS oleh polisi yang memberi lesen kepada syarikat berbanding Orang Asal.

Secara ringkasnya KESAN langsung akibat politik pembangaunan Taib di sini adalah:
1. Tanah NCR yang luas di tepi sungai akan diTENGGELAMkan dan diganti hanya dengan 1 hektar SAHAJA (Contoh Bakun);
2. Tanah NCR di tanah tinggi pula DISERAH kepada SYARIKAT-SYARIKAT perladangan selama 60 tahun dan boleh diperbaharui.

Dan jika BN terus berkuasa bermakna :
1. DAM terus dibina walaupun dibantah; dan
2. Tanah NCR Rakyat diberikan lesen kepada Syarikat-Syarikat perladangan.

Untuk mengelak perkara ini terus berlaku... jawapan DI TANGAN RAKYAT yang memilih.
Gunakan hak dengan penuh hikmat dari Tuhan.

No comments:

Post a Comment