Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Saturday, January 15, 2011

LAWATAN TERDESAK PM, BN TAKUT KALAH DI BELAGA

Umum sudah maklum bahawa pada hari ini (15-1-2011) YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pergi melawat ke Uma Belor, Asap, Belaga. Turut dikhabarkan menjenguk Projek Hidro Elektrik Bakun.

Persoalan besar juga adalah, adakah YAB Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib akan turut sama? Atau beliau tidak hadir kerana lebih mengutamakan hal diri sendiri berbanding menyelesaikan masalah rakyat Belaga?

Apakah tujuan lawatan Najib ke Belaga? Kita semua mempunyai persepsi dan pandangan masing - masing. Bagi persepsi Barisan Nasional, saya tidak boleh bercakap dan tidak tahu menahu. Saya bukanlah orang yang tepat untuk bercakap bagi pihak mereka.

Bagi pandangan saya, lawatan Najib ke Belaga hanyalah untuk menabur janji untuk memancing undi Rakyat Belaga yang selama ini memberi kemenangan kepada BN tetapi dipinggirkan dari segi pembangunan dan hak dinafikan. Tetapi kini tidak lagi - kerana angin perubahan sudah melanda Belaga khususnya dan Sarawak amnya.

Kalaulah tujuan Najib ke Belaga hanya sekadar mengumumkan projek dan pampasan untuk rakyat Belaga, itu membuktikan BN sudah terdesak di Belaga.

Selain itu dengan adanya pengumuman itu dan ini di penghujung penggal dan pilihanraya pula bakal diadakan bila-bila masa sekarang, membuktikan BN sudah gagal melaksanakan janji-janji lama mereka di Belaga. Rakyat Belaga tidak perlu janji-janji yang baru lagi dari BN. Cukuplah sudah ditipu selama ini.

Sebarang pengumuman oleh Najib dalam lawatan ini, saya anggap sebagai bukti dan pengakuan kegagalan BN memenuhi janji-janji mereka yang tertunggak berpuluh tahun di Belaga. Setakat mengumumkan pemberian pampasan wang akibat projek HEP Bakun - itu memang hak rakyat Asap dan tidak ada yang baru di situ.

Pengumuman projek di penghujung penggal DUN Negeri Sarawak pula menunjukkan BN sekali lagi ingin memperbodohkan rakyat Belaga umpama mententeramkan anak yang menangis diberi gula-gula atau sakit diberi panadol. Dalam tempoh pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi - memang sangat mustahil projek yang diumumkan oleh Najib dapat dilaksanakan. Itulah janji kosong dan harapan kosong namanya.

Cukuplah bersandiwara dan memperlekehkan rakyat Belaga khasnya dan rakyat Sarawak umumnya. Rakyat Belaga sudah matang dan tidak mudah lagi diperlakukan dan dilayan seperti budak hingusan. Mereka sudah membuat perhitungan dan tahu parti mana yang patut diundi dalam pilihanraya akan datang antara BN dan PKR.

Kita akan lihat dan bahas pengumuman Najib satu persatu apabila ada laporan dari sana nanti atau laporan media berkaitannya pada keluaran akan datang selain mendededahkan perkara yang sangat diperlukan rakyat tetapi tidak dipeduli oleh BN.

No comments:

Post a Comment