Petikan dari Borneo POST:
Sebelum membaca:
1. Pihak yang menebang balak di hutan seluruh Sarawak hingga "botak" ada turun dan beri bantuan/pampasan kepada kepada mangsa banjir?
2. Ganti rugi yang pihak kerajaan beri sepadan tak dengan kerugian yang dialami?
3. Apa langkah - langkah yang telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk mengelak kejadian banjir ini?
4. Adakah kejadian banjir ini "Lumrah Alam" atau "Perbuatan Tuhan"? Lantas pihak berwajib menyalahkan "Lumrah Alam" atau "Perbuatan Tuhan"???
5. "Apa yang ditabur (menanam), itu juga yang dituai" - Cuma yang agak malang, mereka yang tidak tahu apa-apa (yang tidak menabur)pula yang jadi mangsa banjir.
BACA DAN BERI PANDANGAN ANDA.
Sunday, February 8th, 2009
Oleh Steve Annuar
Bencana banjir yang berlaku sehingga dua kali musnahkan banyak harta rakyat, k’jaan
MIRI: Banjir yang melanda di seluruh negeri ini disifatkan sebagai banjir termahal kerana memusnahkan banyak harta milik rakyat dan kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam Negeri Datuk Patinggi Dr George Chan Hong Nam memberitahu perbelanjaan besar akan digunakan oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki dan membina semula harta-benda awam yang musnah.
“Ini adalah banjir yang termahal kerana berlaku di semua kawasan di seluruh negeri ini termasuk di Sabah dan Brunei. Sebelum ini banjir berlaku di beberapa kawasan seperti Kuching, Sibu dan Miri sahaja. Banjir kali ini juga berbeza sekali kerana kita tidak meramal dengan tepat bila banjir berlaku. Tidak se-perti sebelumnya,” jelas Dr Chan.
Beliau memberitahu demikian kepada media semasa mengulas perkembangan terkini banjir selepas merasmikan pelancaran papan iklan Festival Muzik Jazz Antarabangsa Miri (MIJF) 2009 di lapangan terbang Miri semalam.
Timbalan Ketua Menteri itu juga memberitahu jumlah kerugian sukar untuk dianggarkan kerana ia turut melibatkan kemusnahan ribuan ekar kawasan pertanian.
“Banyak hasil tani telah musnah dan ini merupakan kerugian yang besar. Banjir turut melanda kawasan pekan dan bandar. Selain itu jambatan dan jalan turut runtuh. Kita perlu masa untuk memperbaiki semua ini,” jelasnya.
Menurut Chan, banjir dan tanah runtuh di negeri ini masih di tahap yang stabil di mana banjir dilaporkan telah surut di sebahagian besar kawasan.
Bagaimanapun beliau menerima laporan pagi semalam banjir di Long Lama berlaku ekoran hujan lebat yang turun kelmarin
“Semuanya baik sekarang ini. Tetapi semua kawasan mengalami cuaca lembab. Kita harap kesemuanya akan baik semula. Kita menjangkakan berlakunya air pasang besar semasa Chap Goh Mei (hari Isnin ini). Tetapi kita amat berharap tidak akan ada hujan lebat,” jelasnya.
Chan memberitahu seramai 20,000 mangsa banjir di seluruh negeri telah didaftarkan kepada Jawatankuasa Bantuan Bencana Alam di setiap bahagian.
Jumlah mangsa dijangka bertambah kerana masih ramai mangsa yang belum mendaftarkan nama me- reka.
Sementara itu, ribuan penduduk terlibat sebagai sukarelawan membantu pihak berkuasa menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan tanah runtuh di seluruh negeri.
Sukarelawan membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan dan mengedarkan bantuan makanan.
No comments:
Post a Comment