Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Saturday, February 7, 2009

BANJIR LUAR BIASA DI SARAWAK

1. Sejak mutakhir ini banjir selalu berlaku. Kekerapannya juga 2 ke 3 kali atau lebih setahun. Ini agak luar biasa.

2. Pihak berwajib harus melakukan sesuatu untuk mencari punca sebenar berlakunya keadaan ini.

3. Orang kampung atau rumah panjang serta orang biasa seperti kita (bukan pakar alam sekitar) akan menganggap perkara ini adalah lumrah alam.

4. Benarkah ini ?

5. Mungkinkah ada kaitan dengan PEMANASAN GLOBAL? Oh tidak, tapi kenaikan paras laut kerana ketulan ais di kutub utara dan Selatan semakin cair.

6. Kita tidak boleh menahan hujan yang turun dari langit.

7. Dengan sidikit pengetahuan dari pembacaan yang saya ada - tumbuhan seperti pokok, rumput dan hidupan hutan lain berfungsi menahan air dari terus mengalir laju ke sungai. Maka peningkatan paras air sungai akan lebih terkawal. Banjir agak jarang - sekali dalam dua atau tiga tahun. Sekarang : 2 -3 kali setahun!!

8. Masalahnya adalah hutan di Sarawak sudah "gondol" akibat ditebang pembalak. Maka tiada penahan aliran air yang terus mengalir ke sungai. Akibatnya sungai tidak dapat menampung jumlah air yang banyak ini.

9. Kesan pembalakan yang tidak terkawal juga menyebabkan mendapan yang banyak di muara sungai hasil dari lumpur dan pasir yang dibawa oleh arus sungai yang gondol akibat pembalakan tak terkawal.

10. Akibatnya terjadilah banjir yang "KUNUNNYA" "Lumrah alam" atau "TUHAN PUNYA KUASA".

11. Siapakah punya angkara pembalakan yang tidak terkawal ini? Lumrah alam kah? Perbuatan TUHAN KAH? Siapa yang mendapat hasilnya?

12. Pihak berwajib dan tertentu yang melakukan pembalakan tidak terkawal berpuluh-puluh tahun lalu harus dipertanggungjawabkan!

13. Mangsa banjir seharusnya diberi PAMPASAN SETIMPAL akibat kerosakan dalam banjir ini. Bukan sekadar biskut dan air kotak atau yang sewaktu dengannya. Atau setakat "kesian kamu ye" = LIP SERVICE.

14. Berjuta-juta atau Berbillion ringgit hasil pembalakan masih tersimpan dalam bank (kalau adalah). Gunakan untuk dijadikan WANG PAMPASAN kepada mangsa banjir. Kalau tiada wang, ke mana pergi ?? Siapa ambil??

15. Bila banjir melanda - SEMUA KITA SUSAH (MANGSA).

16. Jangan asyik salahkan LUMRAH ALAM dan "ITU TUHAN PUNYA KUASA" seperti sesetengah pihak tu.

17. Ini semua PERBUATAN MANUSIA seperti yang tersebut di atas.


SILA MAJU KE:
http://www.theborneopost.com/?p=47261

No comments:

Post a Comment