Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Sunday, March 15, 2009

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) BATANG AI SARAWAK

1. Nampaknya persoalan siapakah calon BN dalam PRK Batang Ai selesai.Hanya 'signal' OK dari Pak Lah sahaja lagi. Saya percaya Pak Lah akan positif. Sebagai blogger yang melihat dari jauh, latar belakang Calon BN kelihatan "terbaik". Sila rujuk pada Akhbar di Sarawak hari ini (15/3/2009- Borneo Post).

2. Perlu diingat bahawa bukan hebatnya latar belakang yang diperlukan dalam pilihanraya kali ini. Secara peribadi calon BN memang tidak boleh dipertikaikan kelulusan dan pengalamannya. Timbul juga rasa KESIAN pada calon BN ini. Sebab kenapa tidak boleh 'meresapi' dan turut "mengalami" keperitan RAKYAT terbanyak yang kehilangan 'segalanya' angkara BN.

3. Hakikat yang perlu diketahui oleh RAKYAT ialah WADAH di mana calon itu berdiri. Dalam hal calon BN ini, sudah tentu wadahnya adalah PRS/BN. Adakah kelulusan/pengalaman yang HEBAT ini bisa menerobos/mengubah polisi/WADAH/perlakuan BN selama ini. Antara lain yang ada adalah seperti yang kedengaran di akar umbi dan kedai kopi 'seluruh' Sarawak:
a. Pemimpin sedia ada dalam BN yang tidak intergriti;
b. Pemimpin BN yang 'maha kaya' tetapi rakyat PAPA KEDANA;
c. Pemimpin telah menabur janji di Batang Ai banyak kali sejak sekian lama, tetapi kata rakyat di tempat itu JANJI TIDAK DITEPATI;
d. Pampasan Hidro Batang Ai;
e. Yang paling penting Tanah Adat Rakyat DIRAMPAS dan diberi kepada SYARIKAT yang ada 'connection' atau 'proxy' kepada pemimpin BN;
f. Batang Ai tidak terkecuali dalam masalah di atas.
g. Dan banyak lagi rasa tidak puas hati rakyat yang tidak dapat saya nyatakan di sini kerana tidak mahu menghabiskan ruang dan masa dalam blog ini.

4. Selagi pemimpin sedia ada BN masih berkuasa, MUSTAHIL calon sehebat manapun boleh membetulkan keadaan atau KESENGSARAAN RAKYAT yang dilakukan oleh Pemimpin kerajaan BN.

5.Hanya WADAH lain selain BN sahaja yang dapat membetulkan keadaan ini.

6. CONTOH MUDAH: Dalam satu syarikat, seseorang pekerja yang sudah SAKIT AID tidak akan dapat sembuh. Syarikat akan mengambil pekerja baru untuk ganti pekerja (pesakit AID) ini. Mustahil pesakit aid dapat sembuh. Begitu juga BN umpama PESAKIT AID.

7. Orang atau pekerja baru bermakna PILIH CALON PKR. Dalam kes PRK Batang Ai, Calon BN umpama ubat untuk sembuhkan PESAKIT AID. Calon PR/PKR umpama mendapatkan orang baru yang SIHAT WALAFIAT.

8. Diharapkan pemilih di Batang Ai diberi kekuatan dan hikmat untuk memilih dengan bijaksana. Di tangan pemilih Batang Ai terletak PENCETUS kepada PERUBAHAN di Negeri Sarawak.

9. Cukuplah sudah peluang telah diberi kepada BN selama 45 tahun. RAKYAT Batang Ai tidak boleh tertipu lagi.

10. Kepercayaan / Undi yang telah diberi oleh rakyat kepada BN di Sarawak termasuk di Batang Ai telah digunakan sepenuhnya oleh BN untuk:-
a. Memperkaya diri sendiri;
b. Sengaja membiarkan rakyat terus miskin;
C. MERAMPAS TANAH RAKYAT.

SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI DI BATANG AI.

Di tanganmu terletak KUNCI Gelombang Perubahan di Sarawak.

JANGAN TAKUT MELAKUKAN PERUBAHAN.

No comments:

Post a Comment