Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Tuesday, March 31, 2009

PERISTIWA DI SEBALIK PENAMAAN CALON

Penamaan calon bagi pilihan raya di Bukit Selambau, Kedah, Bukit Gantang di Perak dan Batang Ai di Sarawak telah melabuhkan tirainya.

Tak usahlah saya memperkenalkan siapakah calon-calon bagi ketiga-tiga kawasan tersebut. Cuma calon-calon bebas yang berjumlah 13 orang di Bukit Selambau agak "memberangsangkan". Kalau nak kenal mereka kena usahakan sendiri.
Cerita di Batang Ai pada hari penamaan calon yang penyokong tidak tahu adalah 'ada pebalahan' kecil di antara pemimpin utama negeri Sarawak dan adun pembangkang negeri Sarawak.

Peristiwa ini umpama "Persidangan Dewan Undangan Negeri secara terbuka". Kalau di negeri Perak, persidangan diadakan di "bawah pokok". Di Batang Ai lain ceritanya.

Peristiwa ini berlaku apabila adun pembangkang berhasrat untuk bercerita atau bersapa dengan pemimpin utama negeri Sarawak iaitu orang no. 1 dan 2.

Peristiwa selama lebih kurang 5 minit itu berlaku di mana ada pertelagahan di antara pemimpin utama negeri Sarawak dengan pembangkang.

Orang nombor dua "yang dikasihi" seperti biasa telah "mengipas" bossnya. Dan menghalau pemimpin pembangkang dari menghampiri tempat mereka seraya berkata "GO AWAY, GO AWAY WE NO NEED YOU HERE....

ADUN pembangkang menjawab YOU ARE THE ONE NOT NEEDED BY THE DAYAKS AFTER THIS...

Dari peristiwa singkat di atas terlihat ketidakmatangan pemimpin politik tertentu. Nak bersalaman dan bercerita secara profesional pun tidak boleh. Seolah - olah "personal". perbuatan ketidakmatangan ini tidak pernah ditayangkan dalam TV. Yg ada hanya yang terbaik. Seolah - olah tiada cacat celanya pihak tertentu.

Apapun, masa akan menentukan siapakah pemenang nanti di Batang Ai. Setakat hari penamaan calon, masing - masing mengatakan mereka akan MENANG.

KITA TUNGGU DAN LIHAT. Semoga ada perubahan seperti yang dilaungkan oleh semua pihak termasuk BN.

1 comment:

  1. Mungkin betul kata-kata peristiwa diatas. Pengundi Batang Ai pasti tau menilai akan peristiwa tersebut dan tau pilih calon sesuai mereka.

    ReplyDelete