Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Tuesday, April 14, 2009

PENDUDUK SARAWAK MEMILIKI TANAH PALING LUAS, BENAR?

Perjalanan dari Bintulu ke Kuching mengambil masa 9 jam. Sebagai pemandu bersendirian, memang memenatkan. Paling dijaga adalah MENGANTUK. Memaksa saya berhenti untuk tidur sejenak di tepi Highway dekat Simunjan.

Sepanjang perjalanan memang luas pemandangan menandakan luasnya tanah Sarawak. Tanah yang luas ini kelau di"bahagi" kepada penduduk Sarawak yang tidak sepadat Selangor, sudah tentu penduduk Sarawak memiliki keluasan tanah yang besar.

Tapi agak "MALANG" kerana luasnya tanah Sarawak bukan milik penduduk asalnya. Mereka hanya perhatikan sahaja balak ditebang, kemudian pokok ditanam, sawit ditanam dan jetropa di tanam dan lain-lain kegiatan ekonomi berkaitan tanah.

Persoalannya MILIK SIAPA pembangunan PERTANIAN ini??? Khabarnya, tuan punya tanaman tersebut diberi "LESEN" selama 60 tahun untuk mengusahakan tanaman tersebut. WAH!!! boleh diperbaharui pulak selama 60 tahun lagi.

Sangat jarang atau hampir tiada penduduk asal di rumah panjang memiliki ladang yang seluas jauh mata memandang ini. Bahkan penduduk rumah panjang NEGATIF kewangan mereka berbanding "Pengusaha BALAK, LADANG SAWIT LUAS dan lain-kain di atas.

Apa tidaknya kerana Penduduk rumah panjang TERPAKSA membelanjakan wang mereka untuk MEMPERTAHANKAN Tanah Adat mereka.

Apa sudah jadi kepada penduduk rumah panjang? Mengapa mereka harus mengeluarkan wang hasil tulang empat kerat untuk mempertahankan HAK Tanah Adat mereka dari diceroboh!!!?

Rupa-rupanya tanah Sarawak yang luas hanya "SELUAS MATA MEMANDANG DAN HANYA MAMPU DILIHAT SAHAJA" bukan untuk diusahakan penduduk rumah panjang jauh ssekali untuk DINIKMATI hasilnya kerana telah "DILESENKAN" oleh Kerajaan BN Sarawak untuk "PENGUSAHA" LADANG demi "pembangunan".

Penduduk rumah panjang giat membanting tulang di atas tanah yang dianggap milik mereka demi sesuap nasi. Tapi lain ceritanya di pejabat pihak yang "menguruskan" Tanah Sarawak. Tanah Sarawak dibahagi-bahagikan di kalangan "mereka".

Lagaknya beginilah kerja mereka: Tanah Daerah Belaga untuk kau, Tanah di Daerah Baram untuk aku. Di Daerah Sebauh untuk kau, tanah di Daerah Betong untuk dia. Bahagian ini untuk Kompeni, tapi kompeni MESTI bagi sesetengah % untuk aku.

Rakyat di kawasan yang kita bahagi di kalangan kita ini JANGAN KITA PEDULI. Pilihanraya nanti kita bagi RM20.00 untuk mereka, pasti kita dapat diundi.

Dibiarkanlah rakyat papa dan kedana. Tujuan akhir visi pengambilan tanah ini adalah agar suatu hari nanti rakyat rumah panjang TAK ADA TANAH LAGI WALAU SEKANGKANG KERApun....!!

AKHIRNYA rakyat juga yang menderita kerana tanah telah TIADA lagi milik mereka. Menangis pun tak guna lagi. Hanya mampu menunggu mati atau kedatangan Tuhan kedua kali.......AMIN.

No comments:

Post a Comment