Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Wednesday, April 15, 2009

“Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”

Perdana Menteri Malaysia telahpun berganti pada 3/4/2009. Semua rakyat yang dapat membaca akhbar dan sempat menonton sekurang-kurangnya RTM1 mengetahui siapakah Perdana Menteri Malaysia kini.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya turut ingin menyampaikan ucapan TAHNIAH KEPADA DATUK PATINGGI NAJIB TUN ABDUL RAZAK.

Setiap kali pertukaran Perdana Menteri pasti ada satu ideologi baru. Yang satu ini membawa bersamanya konsep“Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

Saya percaya PM Najib pasti mempunyai langkah-langkah tertentu untuk melaksanakan dasar ini.

Walau bagaimanapun sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan respon kepada kenyataan PM Najib yang pernah berkata "era GOVERNMENT KNOWS BEST THAN RAKYAT" telah berlalu. Atau bahasa Melayunya lebih kurang "era KERAJAAN LEBIH TAHU DARI RAKYAT" telah berlalu.

Mengulas hal ini, sebagai rakyat yang "LEBIH TAHU" dari kerajaan seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri keenam ini, saya ada beberapa saranan/pemerhatian yang perlu dikaitkan dengan “Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” seperti berikut:

1. Di akhbar Borneo Post 13.4.2009 Cina di Sarawak dilaporkan sangat kurang bekerja dalam sektor awam : IMBALANCE IN PUBLIC SECTOR. yang melaporkan orang Tiong Hua sangat kurang dalam sektor awam.

2. Bagi saya, bukan tak seimbang sahaja masalahnya, tetapi turut melibatkan bangsa bukan Melayu yang lain seperti India, Iban, Kadazan, Orang Ulu, Orang Asli, dan lain-lain.

3. Kalau diperhatikan dengan teliti, sepatutnya sektor awam harus melibatkan semua suku bangsa yang ada di Malaysia.

4. Satu Malaysia. Rakyat didahulukan bagi saya Pegawai Bahagian, Pegawai Daerah dan Pegawai Pendidikan Bahagian di Sarawak perlu mendahulukan RAKYAT TEMPATAN itu sendiri.

5. Begitu juga peringkat Negeri, pegawai dari dalam negeri itu sendiri harus dilantik mengetuai satu-satu jabatan kerajaan persekutuan atau negeri.

6. Apa yang berlaku seolah-olah pegawai-pegawai atau ketua-ketua jabatan di sesebuah bahagian atau daerah itu dikuasai oleh kaum atau puak "TERTENTU" sahaja. Seakan-akan orang lain yang berkelayakan dari Bahagian atau Daerah tersebut tidak ada. Benarkah itu?

7. Perhatikanlah dalam Jabatan Polis sebagai contoh paling dekat... Siapakah Ketua Polis Daerah, Negeri, dan Negara? Adakah keseimbangan dalam Jawatan ketua-ketua yang berkenaan? Adakah dari dahulu kita berketua polis dari kaum lain? Atau adakah mungkin peluang semasa era “Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” ini?

8. Ya persoalan "Rakyat didahulukan". Rakyat yang mana satu? Itu persoalan yang paling penting untuk dijawab oleh Perdana Menteri keenam ini. Jika ini tidak dapat dijawab dan dilaksanakan dengan baik seperti "PERUBAHAN" yang dicanangkan, maka Malaysia akan terus bergerak seperti "STATUS QUO". Tidak ada perubahan... “Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” hanya tinggal "LIP SERVICE" lagi.

9. Contoh lain yang perlu diambil perhatian adalah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Dicadangkan agar berilah peluang kepada ORANG ASLI TULEN yang berkelayakan mengetuai Jabatan itu sebagai Ketua Pengarah, Ketua Pengarah Negeri, Daerah dan sebagainya. Kerana itu Jabatan milik ORANG ASLI. Mereka tahu HAL EHWAL mereka sendiri. Tidak guna mewujudkan JHEOA kalau mereka sendiri tidak mengetuai Jabatan yang ditubuhkan khas untuk mereka. Banyak sudah Orang Asli yang berkelayakan.

Harap pihak yang mencanangkan "era Kerajaan tahu semua sudah berlalu" ini mengambil berat tentang pendapat rakyat ini.

No comments:

Post a Comment