Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Sunday, August 23, 2009

KES MAHKAMAH TR NYALANG TAHE"


Photo : TR Nyalang (berdiri baris kedua lima dari kiri baju gelap) bersama barisan Peguambela dan rakyat Long Koyan di hadapan Mahkamah Belaga, Sarawak

BELAGA : Tuai Rumah (TR) Nyalang Tahe' telah hadir ke Pejabat Daerah Belaga pada 21/8/2009 untuk menghadapi tuduhan "mencuri". Walaupun menunggu sejak pukul 8 pagi hingga 3 petang, tiada kelibat pihak pendakwa atau pihak polis di mahkamah. Pintu Mahkamah juga berkunci.

Bagi memastikan kes ini berjalan atau tidak, TR Nyalang bersama - sama penyokongnya kebanyakan rakyatnya dan 3 orang Peguambelanya, peguam Ali Basah, peguam Paul Raja dan peguam Abun Sui ke Balai Polis Daerah Belaga.

Setelah diminta penjelasan, akhirnya Ketua Polis Daerah Belaga memaklumkan kepada peguam bahawa kes TR Nyalang masih dalam siasatan dan kemungkinan akan digugurkan.

Apa yang dikesalkan, walaupun Ketua Polis Belaga memberi harapan kes ini akan digugurkan tetapi TR Nyalang dan seorang lagi rakyatnya yang turut dituduh atas kesalahan ingin melakukan "serangan bahaya" diminta untuk memperbaharui jaminan polis mereka pada 12/10/2009.

Pihak Polis seharusnya tidak "menyusahkan orang rumah panjang" dengan meminta mereka datang memperbaharui jaminan polis setiap kali kerana ini sangat membebankan mereka kerana mereka terpaksa ke Balai Polis yang jauh dari rumah panjang mereka sedangkan pihak syarikat yang kaya raya yang menceroboh tanah NCR mereka tidak pula diambil tindakan apa-apa walaupun TR Nyalang melalui wakilnya membuat Laporan Polis tentang pencerobohan tanah mereka.

No comments:

Post a Comment