MIRI, SARAWAK: 10.11.2009, Hanya kerana bertanya soalan untuk mengetahui perkembangan berkaitan dengan hasil – hasil kayu balak miliknya di kawasan rumah panjang, Ipoi Jau secara tiba – tiba ditumbuk oleh seorang Penghulu di sini. Penghulu tersebut yang dikenali sebagai Penghulu Herbert Lawai telah menumbuk mangsa di dahi menyebabkan mangsa mengalami kecederaan. Mangsa yang berumur 66 tahun telah ke klinik untuk membuat pemeriksaan perubatan dan merawat bahagian yang telah cedera ditumbuk oleh Penghulu tersebut. Laporan juga telah dibuat untuk tindakan pihak polis.
Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi 08.11.2009, dipercayai disebabkan oleh keinginan mangsa mengetahui di mana pergi hasil – hasil kayu balak di kawasan hutan rumah panjang Long Terawan Baram, Sarawak. Biasanya syarikat – syarikat pembalakan akan membalak di kawasan hutan rumah panjang dan sebahagian dari hasil balak diserahkan kepada penduduk rumah panjang melalui Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) yang akan membahagikannya kepada penduduk.
Peristiwa ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin lebih – lebih lagi pemimpin bertaraf Penghulu yang sepatutnya melindungi rakyat. Mangsa juga merupakan seorang yang kurang upaya akibat kecederaan lama di bahagian tulang paha dan sudah tentu tidak mampu mempertahankan diri.
Lebih menyedihkan lagi, menurut sumber, kejadian ini berlaku di rumah salah seorang penduduk kampung yang kematian saudara di bandar Miri. Sudah tentu kejadian telah disaksikan oleh orang – orang yang datang untuk memberi penhormatan terakhir kepada keluarga si mati.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Encik Willie Kajan 0128729159
No comments:
Post a Comment