BELAGA, SARAWAK : 05-11-2009 Penduduk Rumah Tuai Rumah Long Koyan berjaya menghalang Syarikat Samling Plantation dari terus menceroboh kawasan Tanah NCR mereka kelmarin (04-11-2009).
Walau bagaimanapun, hari ini pekerja Syarikat bersama dengan serombongan Polis Diraja Malaysia dari Belaga telah pergi ke tempat Kampung Long Koyan untuk menggertak penduduk rumah panjang agar tidak menghalang pencerobohan tersebut.
Polis juga dipercayai berkawal bersama "security" Samling semasa proses penccerobohan tersebut berlaku.
Menurut sumber dari rumah panjang tersebut, mereka telah membuat Laporan Polis terhadap pencerobohan tersebut, tetapi tiada tindakan lanjut dari pihak polis.
Apa yang menghairankan di sini, pihak polis seolah-olah berpihak dalam menjalankan tugas kerana tidak menghiraukan Laporan dan rintihan penduduk kampung.
Polis pergi ke rumah panjang Long Koyan apabila dibawa oleh wakil Syarikat.
Menurut sumber tertentu, pencerobohan tersebut dilakukan kerana Syarikat tersebut telah diberikan lesen (Provisional Lease) oleh Kerajaan.
No comments:
Post a Comment