Semakin hari, semakin bertambah nampaknya gedung Gereja diganggu. Terbaru adalah gereja milik Sidang Injil Borneo (SIB) Seremban.
Saya harap ahli dan jemaat SIB seluruh Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak jangan mudah dimainkan dan dikuasai oleh perasaan.
Kita tahu antara ajaran utama dalam Firman Tuhan adalah: Janganlah kamu membalas kejahatan dengan kejahatan tetapi balaslah dengan kebaikan...
Segala pembalasan di tangan Tuhan. Biarlah pihak berkuasa Malaysia menjalankan tugas mereka dengan adil dan saksama.
Oleh itu marilah kita berdoa berseru kepada Tuhan agar mereka yang membuat "perkara" itu diampuni. Berdoa untuk pertaubatan mereka. Sebab Firman Tuhan mengajar kita bahawa "mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan..."
Presiden SIB Semenanjung telah membuat kenyataan terhadap hal ini (penggunaan perkataan Allah). Ikuti kenyataannya dalam Malaysiakini seperti berikut (Klik di sini).
Jangan lupa apabila pada masa depan minta hikmat daripada Tuhan agar diberi kebijaksanaan dalam "MENGUNDI" agar Tuhan memberi kita petunjuk untuk memilih siapa yang harus diberikan tanggungjawab menjadi "YB" dalam pilihanraya yang akan datang.
Berdoa bersungguh-sungguh untuk Pilihanraya akan datang. Keterangan lanjut mengenai gereja SIB Seremban diganggu ada dalam alamat Malaysiakini. Sila klick Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment