Maren Uma (Ketua Kaum) Bato Bagi sedang berucap dan menekankan Tanah NCR sangat penting bagi penduduk dan meminta Jabatan Tanah Dan Servei datang menyukat tanah dan mengira buah-buahan dan harta mereka sebelum ditenggelamkan takungan Empangan Hidro Elektrik Bakun yang sedang meningkat setelah ditutup pada 13.10.2010. |
Saudara Abun Sui Anyit sedang menyerahkan surat LEKUBAH kepada Dato Sri Dr. James Jemur Masing di Naha Jalei pada 20-10-2010 di hadapan kakitangan kerajaan dan penduduk-penduduk yang hadir.. |
Saudara Abun Sui Anyit sedang menyerahkan surat JK BERSAMA KEMAJUAN TANAH LEPUUN LEBU' KULIT, UMA' BAKAH, UMA BALUI UKAP & UMA' LESONG kepada YB Liwan Lagang
Saudara Abun Sui Anyit sedang menyerahkan surat JK BERSAMA KEMAJUAN TANAH LEPUUN LEBU' KULIT, UMA' BAKAH, UMA BALUI UKAP & UMA LESONG kepada Tuan Residen Bahagian Kapit. |
Saudara Abun Sui Anyit sedang menyerahkan surat dari JK BERSAMA KEMAJUAN TANAH LEPUUN LEBU' KULIT, UMA' BAKAH, UMA BALUI UKAP & UMA' LESONG kepada Dato Sri Dr. James Jemut Masing di Naha Jalei pada 20-10-2010. |
Antara kandungan dan permintaan penduduk dari kerajaan negeri Sarawak adalah seperti berikut:-
1. Meminta Tanah Adat Bumiputra (NCR) penduduk di Ulu Balui disukat;
2. Meminta bantuan geran kerajaan untuk memindahkan rumah-rumah penduduk yang dijaga dan masih di dalam keadaan baik termasuk rumah ibadah Gereja;
3. Membayar pampasan bagi kubur-kubur dan tugu peringatan pahlawan di Long Jelangai yang masih belum dipindahkan;
4. Memaklumkan kepada YB Dato Sri James Jemut Masing bahawa penduduk Ulu Balui masih memiliki hak ke atas tanah NCR di sana berdasarkan "surat tanah" yang telah diberikan oleh kerajaan British yang sah pada 15.6.1953.
Dengan penyerahan surat berkenaan kepada YB Dato Sri Dr. James Jemut Masing, penduduk sangat mengharapkan keprihatinan beliau dan kerajaan Sarawak.
Tindakan segera perlu diambil memandangkan tahap takungan air Empangan Hidro Elektrik Bakun semakin hari semakin naik.
Penduduk juga menyebut slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan di dalam surat tersebut.
Oleh itu berdasarkan slogan tersebut di atas, pihak penduduk sangat mengharapkan pihak kerajaan negeri Sarawak akan menuruti setiap bait slogan tersebut untuk kebaikan rakyat.
No comments:
Post a Comment