Dikhabarkan empangan Bakun akan ditakungkan pada 10-10-10 iaitu pada hari
Ahad. Kenapa pihak berkenaan memilih hari Ahad untuk memulakan takungan (impoundment)Empangan Hidro Elektrik Bakun. Adakah kerana ada "ong" pada tarikh itu?
Kalau ianya benar-benar dilaksanakan pada tarikh dan hari itu, ia nampak tidak menghormati jadual Tuhan bagi yang beragama Kristian iaitu Ahad adalah hari ketujuh dimana kerja-kerja utama harus dihentikan.
Walaupun mungkin memang hak pihak berkaitan untuk memilih tarikh melakukan penakungan berkenaan, tetapi mereka kena menghormati penduduk Bakun, Belaga yang majoritinya adalah beragama Kristian. Pada hari Ahad semua umat Kristian akan pergi ke Rumah Ibadah untuk menyembah Tuhan Allah yang Esa.
Berkat dan perlindungan wajar dipohon ke atas segala usaha yang dilakukan manusia yang mengenal Dia. Termasuk Projek Hidro Elektrik Bakun (HEP).
Itu berkenaan tarikh dan hari yang dipilih.
Satu lagi perkara yang perlu diambil berat oleh pihak kerajaan adalah isu pampasan untuk kubur-kubur yang belum dipindah dan belum dibayar oleh pihak Kerajaan. Pihak Kerajaan melalui agensinya mengakui memang ada kubur-kubur yang belum lagi dipindah dari kawasan yang bermungkinan besar akan ditenggelamkan air takungan empangan HEP Bakun.
Paling penting dalam hal kubur ini adalah; ada di antara mereka yang gugur di medan perang di long Jawe semasa peristiwa GANYANG MALAYSIA @ KONFRANTASI. Terdapat sekurang-kurangnya 16 kubur di kawasan Long Jawe perlu diselesaikan sebelum penakungan ini.
Menurut pihak Kerajaan, satu tarikh (sudah lepas) perlu diambil kira untuk memberi pampasan atau gantirugi. Tarikh itu berkemungkinan pada sekitar penduduk Ulu Bakun dipindah sebelum ini ke Pusat Penempatan Semula Asap/Koyan iaitu tahun 1998.
Kalau 1998 (belum pasti) adalah tarikhnya, pahlawan yang mempertahankan Negara di Long Jawe' gugur "di medan perang" pada tahun 1960-an. Bagaimana ini? Masih dipertikaikan? Akal waras kita dapat menilai sendiri.
Eloklah masalah ini diselesaikan dengan baik dan aman supaya Projek Hidro Empangan Bakun berjalan dengan baik dan lancar. Apabila masalah diselesaikan dengan niat baik dan dilaksanakan niat baik itu, kita yakin usaha kita akan diberkati dan dilindungi Tuhan.
Usahlah dipermainkan dan diperkotak-katikan hal kematian orang. Usahlah diabaikan juga jadual dan hari Tuhan. Dengan tidak mengambil kira isu-isu ini, seolah-olah pihak Orang Asal Bakun tidak merestui penakungan ini dan pelaksanaannya dilakukau dengan BERAT HATI dan PROTES oleh penduduk Bakun. Paling tidak, orang Lebu Kulit akan merasa SAKIT HATI kerana suara mereka tidak didengar dan diambil tanggujawab oleh pihak berkenaan.
Yakni penduduk Bakun hanya mampu "melihat" dengan PROTES di dalam hati kerana penduduk BAKUN sangat baik hati mereka. Mereka tidak "berdemonstrasi". Mereka tidak guna kekerasan. Tidak tahu pada masa depan kalau tindakan dan perlakuan pihak tertentu dianggap melampaui batas kesabaran. Tapi kebaikan ini seolah-olah DIMANIPULASI dengan tidak baik oleh pihak tertentu.
Kita harap PROTES ini akan diterjemah dalam PILIHANRAYA NEGERI Sarawak yang tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment