By belagakini
1. Tahun 1998 seramai 1639 keluarga Orang Ulu dikerahkan supaya berpindah ke skim penempatan semula Bakun Sg.Asap untuk memberi laluan kepada pembinaan Bakun. Hari ini setelah 13 tahun menghuni kawasan Asap-Koyan keluarga asas ini telah berkembang hampir 3 kali ganda.
2. Hasil bancian tidak rasmi menunjukkan seramai 3,278 pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga di Sg.Asap tidak memiliki rumah dan tanah. Dalam erti kata lain mereka masih menumpang di rumah ibu bapa mereka.
3. Saya nak tanya James Masing (Pengerusi Penempatan Semula Bakun), Billy Abit Joo (Ahli Parlimen Hulu Rejang) dan Liwan Lagang (ADUN Belaga), bagaimana anda bertiga menyelesaikan masalah ini. Tak kan selama 13 tahun ini masalah terbabit langsung tak terlintas di fikiran anda bertiga.
4. Tak apalah kita tinggalkan cerita 3 sekawan PRS yang langsung tak komited dalam kerja mereka ini. Tapi apa hal pula dengan ketua-ketua masyarakat kita di Sg.Asap. Temenggong, Pemanca,Penghulu dan Maren-Maren Uma. Kenapa tak ada seorang pun yang berani membuka mulut untuk menyuarakan masalah penduduk rumah panjang masing-masing???
5.CM Taib telah memberi jaminan bahawa dia tidak akan memberi lot pertanian baru kepada penduduk Sg.Asap. Justeru adalah menjadi tanggungjawab pasangan muda ini untuk menentukan nasib CM Taib dan BN keseluruhannya dalam pilihanraya Parlimen yang akan datang.
6. Jika semua pemimpin BN dan Ketua masyarakat kita telah bisu, buta dan pekak. Apakah mungkin kita masih mengharapkan mereka memperjuangkan nasib kita di masa depan.??? Ayuh anak-anak muda ..tepuk dada masing-masing dan tanya diri sendiri dengan akal dan fikiran yang waras.
7. Di penempatan lama hulu Balui dahulu. Kita tidak pernah menghadapi masalah tanah dan kawasan untuk membina rumah baru. Miskipun dahulu kita dikatakan miskin, namun adakah kini di penempatan semula Sg.Asap kita telah menjadi semakin kaya???
8. Dua tiga hari ini, surat khabar memberitakan perihal kejayaan empangan Bakun dan keuntungan yang bakal diperoleh oleh kerajaan negeri dan persekutuan. Kenapa tidak diberitakan juga habuan yang bakal diterima oleh 15 buah rumah panjang yang telah berkorban untuk kejayaan perlaksanaan Bakun.
9. Rasanya penduduk Bakun dan Belaga keseluruhannya janganlah terlalu berharap kepada BN. Sudah terang lagikan bersuluh. Projek-projek yang diumumkan bersama oleh PM Najib,CM Taib sebelum pilihanraya Sarawak yang lalu pun belum dilaksanakan , mana mungkin kita boleh berbicara soal royalti.
10. Ketahuilah penduduk Belaga sekalian, apa yang kita tuai hari ini adalah hasil dari benih yang kita tanam semalam. BERUBAHLAH demi masa depan generasi akan datang.
Sumber : Belagakini
No comments:
Post a Comment