Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Tuesday, January 13, 2009

BELAGA OH BELAGA : NO MEY ECAH... MAJU BELAGA!!


BELAGA :

Suatu ketika dulu saya pernah berenang - renang di sungai ini (Balui yang utama dan Batang Belaga - cabang kecil). Kini saya tak sanggup nak terjun. Kecuali terdesak atau karam. Saya pernah karam di Batang Belaga (Giam Talang) bersama kumpulan perkelahan kami tahun 1995. Puji Tuhan, Dia masih memberi saya umur panjang.

Suatu ketika dulu sungai ini sangat jernih. Paling tidak terdapat dua warna sungai pada satu ketika - Batang Belaga berwarna jernih manakala Batang Balui berwarna coklat (seperti gambar ini). Saat kanak - kanak ku sempat ku ingat kami bermain - sorok - sorok batu putih di sungai Balui ini. Kumpulan atau kawan lain akan mencari batu putih sebesar genggaman. Kalau jumpa di dalam sungai Balui yang jernih itu - mereka dapat markah dan sebaliknya kalau tak jumpa.

Kini semua itu tinggal kenangan yang akan kuceritakan untuk anak cucuku angkara ditelan "kemajuan" dan HEP Bakun MEGA.

Adakah mungkin air sungai ini akan jernih lagi? Air sudah keruh, tetapi mana harganya? Mana pembangunan yang dikatakan penyebab kekeruhan sungai ini?

Mungkinkah harga pembangunan itu adalah air yang keruh? Mungkinkah harga pembangunan itu balak yang habis? Tapi ke mana wangnya pergi? Mungkinkah harga pembangunan itu Tanah Adat yang semakin "hilang"? Mungkinkah harga pembangunan itu jalan yang becak dan penuh lopak? Atau mungkinkah harga pembangunan itu berdirinya Hidro Elektrik MEGA Bakun kebanggaan pihak tertentu, yang kita hanya mampu "perhatikan dan lihat dari jauh" sahaja tanpa menikmati hasilnya?

Mungkinkah pembangunan itu bermakna kita kena beli segala makanan kita seperti ikan, binatang buruan, sayur paku dan sebagainya dari pasar? Mungkinkah harga pembangunan itu kita sudah kenal erti BIL elektrik dan BIL Air di rumah panjang? Adakah sumber kewangan di rumah panjang? Kalau ada, aku orang pertama mahu pulang!

Juga, tanah luas Belaga seluas negeri Pahang seolah - olah tidak cukup untuk penduduknya yang cuma mungkin kira kira 20 ribu sahaja. Ada yang terpaksa berhijrah beramai-ramai ke luar daerah demi mencari tanah untuk bercucuk tanam. Mengapa?

Belaga oh Belaga - mengapa engkau "usir" penghuni asalmu keluar dari naunganmu?? Mengapa? Mereka yang "terusir" tidak akan berbuat begitu kalau engkau menahan mereka. Kalau engkau adil kepada mereka.

Hujan emas di daerah orang baiklah di daerah sendiri. Belaga aku mahu berbakti kepadamu!!

Kini, kedua-dua sungai ini sama sahaja warnanya di pertemuan sungai itu. Ini semua angkara yang kita panggil "pembangunan".

Belaga !! Belum terlambat untuk engkau diuruskan dengan betul. Berilah mereka peluang!

3 comments:

  1. Fenomena ini bagaikan tiada penyudahnya....
    Penindasan oleh pihak tertentu bertopengkan alasan kemajuan haruslah dihentikan....

    Kita generasi baru harus mengorak langkah demi anak bangsa yang akan datang....

    Ingatlah...

    Kita hanya meminjam bumi ini dari anak cucu kita....

    ReplyDelete
  2. Sungguh sedih mengenangkan apa dah jadi dengan sungai-sungai Belaga. Ingat tak lagi ikan-ikan yang mati awal tahun ini. Amat takut kalau nak difikir apa akan belaku 10 tahun yang akan datang.

    Kenangan dizaman kanak-kanak yang indah di sungai akan saya abadikan dalam ingatan.

    hmmmm...

    ReplyDelete
  3. pembangunan? dimana? Belaga? tengok saja jalan kita- jalan simen. lubang tmpt sy accident basikal masa kecil dulu masih ada lg sampai skrg (bayangkan la hampir 10 tahun!) jalan yg kita selalu gunakan adalah kereta atau boat express, dua2 cara ni kita MESTI bertarung nyawa untuk sampai destinasi...dulu kereta accident hampir setiap minggu, (tp nampaknya org belaga semakin expert skrg) tp itu bukan point sy...sebenarnya Belaga yg kita sayangi adalah tempat yg telah lama dilupakan, org pergi sana cuma mau ambil kekayaan kita dan pergi! Belaga dikelilingi project2 MEGA harga berbilion2 RM rept. BILION2 RM! sawit, bakun, balak dan banyak lg dlm rancangan. Tp mana hasilnya untuk rakyat Belaga?? sy boleh katakan kita tidak dapat apa2 pun- mmg btl kita pernah dpt duit byk satu ketika dulu tp jika dibandingkn dgn apa yg kita bagi kita tidak dapat satu sen merah pun! Tp org cakap inilah pembangunan..F**k! cubalah kita lihat dari sudut lain kita akan sedar bertapa bodoh dan naivenya kita dari sudut itu...tengok saja SMK Belaga, court basketball penuh air malah sudah tumbuh rumput, jambatan hampir runtuh, padang bolasepak mcm sawah, taman2 macam kena serang zombie, mempunyai masalah discipline paling teruk dlm sejarah...mn pergi duit peruntukan berbilion untuk org sarawak! di parlimen pernah kah MP kita bangun dan bersuara?? TIDAK PERNAH! malah beliau pernah dicatatkan antara org paling pediam di Dewan...apa ini? kita tiada masalah kah? semuanya ok kah?. ini kah yg kita panggil PEMBANGUNAN?? berbalik pd topic, sy ingin tanya soalan ini "pernahkah mereka fikir yg sungai itu adalah periuk nasi kita"? tengok sj apa mereka sdh buat...pembangunan telah menyumbat sampah sarap dan tanah dalam periuk org belaga! (sy tau apa yg sy ckp bapa sy seorang petani). jgnlah kita berfikir cara lama lg (cukup garam, bicing, beras...jadilah) fikirkn untuk 20-30 thn lagi. sy sedar apa yg sy tulis disini agak keterlaluan...tp siapa lg yg boleh mendengar, pemimpin kita sendiri pun masa mengundi saja ada di Belaga. org2 Belaga suara kita perlu kuat lagi, lagi kuat dari mana2 bangsa lain...walaupun kita sudah jauh ketinggalan...kita masih boleh mula dari sekarang.

    HIDUP BELAGA!

    ReplyDelete