Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Friday, January 9, 2009

Perkauman : Siapa Pengamalnya?

Perkauman – satu kalimat yang lebih diberi makna negatif oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Apabila dicap sebagai perkauman, bermakna orang itu akan dilihat mementingkan kaumnya sahaja. Ada juga makna perkauman ini disinonimkan dengan agama masing – masing.

Pemahaman tentang perkauman ini abablia dihipotesiskan kepada makna yang negatif, maka agak sukar untuk kita bercakap dan memperjuangkan bangsa kita sendiri. Ada sahaja orang lain yang mendengar dan terbaca pendapat kita tentang perjuangan kaum kita masing-masing akan merumuskan kita sebagai perkauman. Tidak salah kita memperjuangkan bangsa dan agama kita sendiri – asalkan tidak dilaksanakan dengan tidak menidakkan dan menafikan hak orang lain dan tidak menyusahkan kaum lain.

Kita tidak boleh mentafsir seseorang itu sebagai perkauman hanya kerana ucapannya semata-mata. Seseorang itu harus ditafsirkan sebagai perkauman berdasarkan tindak tanduk dan perbuatan.

Sebagai contoh : kalau dikatakan suatu peruntukan ekonomi diberikan kepada semua kaum. Bunyinya dan pemimpin yang mengendalikan peruntukan itu kelihatannya adil dan sama rata atau tidak perkauman kerana kalimat yang digunakan UNTUK SEMUA KAUM..

Walau bagaimanapun, jika peruntukan untuk semua kaum itu hanya sampai kepada sesetengah kaum/bangsa sahaja dan bangsa-bangsa lain tidak mendapat setelah peruntukan tersebut ”habis”, maka orang/pemimpin itu dikatakan telah bersifat perkauman.

Begitu juga halnya dengan jawatan dan pekerjaan – kalau dimonopoli atau dikuasai oleh kaum-kaum tertentu sahaja maka pemimpin yang diberi kepercayaan untuk mengagihkan jawatan itu adalah perkauman.

Polisi dan dasar seperti kebebasan beragama : Malaysia membenarkan kebebasan beragama, oleh itu biarlah setiap agama di Malaysia bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa mengganggu agama lain yang bukan kita anuti kecuali jika diminta.

Lagi berkenaan mengambil tindakan atau menghukum : sesetengah kaum lebih dihukum dan kaum yang lain terlepas – itupun dikotegorikan sebagai perkauman.

Bercakap dan berucap semata – mata tidak boleh dikatakan perkauman. Oleh itu seseorang tidak boleh dihukum dan dicap perkauman jika tindakannya belum dilaksanakan.

Ini bukan bermakna kita boleh sewenang-wenangnya bercakap mementingkan kaum kita masing-masing tetapi biarlah kita BERCAKAP SERUPA BIKIN dan bercakap tentang memperjuangkan kaum masing - masing, jangan sampai MENGGURIS perasaan orang lain.

Memang kita digalakkan untuk ”merebut” peluang yang ada di negara ini. Masalahnya adalah apabila semua kaum telah memohon sesuatu peluang – ada kecenderungan untuk memberi lebih kepada kaum lain dan yang lain lagi kurang atau tak dapat langsung. Sebab dalam peluang yang ”direbut” itu pasti ada orang yang memberikannya atau membuat keputusan mengenainya. Peranan orang yang membuat keputusan ini tidak boleh bersifat perkauman.

Bermakna, kalau kita bercakap tentang keadilan untuk semua, tidak perkauman dan kesamarataan : pelaksanaan dan hasilnya haruslah dirasai dan dinikmati oleh semua bangsa dan agama di Malaysia.

Abun Sui.

No comments:

Post a Comment