Kesannya Malaysia ditakdirkan menjadi salah satu dari banyak negara di dunia. Persoalan dan kekeliruan timbul akibat sesetengah pihak menuntut bahawa mereka sebagai tuan di bumi bertuah ini. Itu tidak salah kalau hakikatnya begitu. Usahlah dicanangkan sesuatu yang sudah kita sedia maklum.
Hipotesis ringkas untuk direnungkan : dalam satu rumah itu pasti ada tuannya iaitu orang yang memiliki rumah itu. Yang datang mengunjungi dan melawat rumah itu bukan tuan rumah- maka pemilik rumah disebut sebagail "tuan rumah".
Begitu juga orang atau kumpulan yang sudah semula jadinya telah Tuhan takdirkan mendiami sesuatu kawasan sejak nenek moyang: sama ada dalam hutan, perkampungan, daerah, Negeri dan negara. Maka mereka dipanggil pribumi dan penduduk asli. Justru mereka juga tuan.
Perkara ini sepatutnya tidak perlu diperbesarkan. Tuhan pasti memberi hikmat untuk kita memahami siapa tuan dan siapa bukan di bumi Malaysia ini.
Kalau kita tuntut bahawa kita adalah "tuan" bagaimana yang lain, yang pribumi dan asli?
Ketuanan rakyat tidak salah cuma biarlah kita menerimanya dengan pengetahuan bahawa ada masyarakat yang Tuhan sudah takdirkan telah wujud di bumi Malaysia (Semenanjung dan Borneo) sebelum yang lain-lain datang.
Oleh itu marilah menguruskan negara kita yang kaya dengan sumber alam ciptaan Tuhan ini seadil-adilnya tanpa ada unsur ketamakan untuk kebaikan siapapun rakyat dan warganegaranya kini. Kalau kekayaan negara ini diurus dengan baik yakni pasti kita tidak akan "bergaduh". Akibat bergaduh = hasilnya kita juga yang rugi. Tuhan tidak mencipta manusia untuk bergaduh tapi untuk menyembah kepadaNya dan saling mengasihi sesama manusia.
Beri komen terhadap artikel di bawah:
Implikasi polemik ketuanan Melayu |
Wednesday, 14 January 2009 07:57am | |
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran) Ketuanan Melayu, Ketuanan Rakyat Antara jawapan tersebut ialah: Sedar atau tidak, pemimpin politik Melayu itu telah memberi 'bola tanggung' kepada orang lain untuk melakukan Malay bashing sehingga bukan sahaja pemimpin politik berkenaan, malah seluruh bangsa Melayu telah 'terperangkap' dan terjerumus ke dalam satu polemik yang tidak pasti manfaatnya. Malay bashing dalam konteks ini bolehlah diertikan sebagai 'menggodam Melayu' atau 'menyerang, mencerca dan mengutuk Melayu, manakala 'memberi bola tanggung' adalah satu istilah dalam permainan sepak takraw atau badminton yang bermaksud memberi peluang mudah kepada lawan melakukan serangan (smashing) yang sukar ditangkis. Para peserta seminar tersebut kesal dan terkilan kerana perbuatan Malay bashing itu dilakukan secara terang-terang atau secara berselindung bukan sahaja oleh orang bukan Melayu, malah sesetengah orang Melayu sendiri. Beberapa kertas kerja mengambil perhatian perbuatan mengungkit-ungkit apa yang dianggap sebagai 'keistimewaan Melayu' dalam sistem politik dan pemerintahan negara. Turut digodam dan diserang ialah Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat serampang dua mata "membasmi kemiskinan dan menyusum kembali masyarakat." Secara berkias atau berterus terang perbuatan Malay bashing itu juga turut mempersoalkan beberapa peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Negara. Juga dipersoalkan status bangsa Melayu sebagai penduduk asal negara ini. Judul lengkap seminar tersebut agak panjang yang dengan sendirinya boleh menjadi satu polemik, iaitu: "Seminar Nasional Ketuanan Melayu - Konsep dan Cabaran dalam Pembinaan Negara Bangsa dan Berdaulat." Seminar dianjurkan oleh Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (KADMDI) dan dihadiri oleh lebih kurang 100 orang terdiri daripada ahli-ahli akademik, budayawan, guru-guru sekolah dan pegawai kerajaan dari serata Semenanjung. Saya sendiri dapat kesan bahawa yang mencetuskan inisiatif menganjurkan seminar itu ialah perbuatan Malay bashing. Kerana itu tidak hairanlah bila perbincangan sepanjang seminar bercampur baur antara emosi yang meluap-luap dan analisis yang jitu dan mantap. Antara perkara yang dipersoalkan dalam beberapa kertas kerja ialah penggunaan istilah 'ketuanan Melayu' yang oleh sesetengah pihak telah diberi pengertian yang menyeleweng dan mengelirukan, apa lagi bila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan istilah Malay supremacy atau Malay dominance atau Malay hegemony. Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Madya Datuk Zainal Abidin Burhan dalam kertas kerjanya berhujah bahawa penggunaan ungkapan-ungkapan Inggeris itu sebagai terjemahan untuk ungkapan 'ketuanan Melayu' telah menimbulkan kekeliruan di kalangan bukan Melayu yang mentafsirkannya (atau menyalah tafsirkannya?) dalam konteks hubungan 'tuan' dan 'hamba' atau lord vs serfs/ slaves. Lanjutan daripada takrifan yang menyeleweng itu, apa saja yang berlabel Melayu terus digodam dan diserang dan dituduh sebagai 'perkauman.' Ini termasuklah perjuangan politik Melayu, pemerkasaan bahasa Melayu, pembaikan ekonomi Melayu dan penggunaan simbol-simbol budaya Melayu seperti keris. Malah beberapa fasal dalam Perlembagaan Malaysia yang dianggap 'memihak' kepada Melayu juga turut dipersoalkan secara langsung atau secara berkias. Demikianlah implikasi dari tafsiran yang salah itu diheboh-hebohkan untuk memberi justifikasi Malay bashing dengan melakukan pelbagai tuduhan yang tidak munasabah terhadap bangsa Melayu serta mengungkit-ungkit isu sensitif yang menimbulkan ketegangan hubungan kaum. Profesor Datuk Dr. Zainal Kling, Pemegang Kerusi Ghafar Baba, Universiti Pendidikan Sultan Idris juga mempersoalkan terjemahan istilah 'ketuanan Melayu' itu ke dalam bahasa Inggeris yang menggambarkan bangsa Melayu itu sebagai racist yang seakan-akan menyamai puak pelampau Klu Klux Klan di Amerika Syarikat yang mengaku kaumnya sebagai sangat istimewa dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum-kaum lain. Lanjutan daripada takrifan yang salah terhadap ungkapan 'ketuanan Melayu' itu beberapa pihak, termasuk pimpinan tertinggi negara terpaksa mencari ungkapan alternatif yang diperkirakan akan membawa maksud dan makna yang lebih tepat. Semuanya secara tidak langsung mengingatkan supaya polemik ketuanan Melayu itu dianggap sebagai 'loceng peringatan' atau wake up call. Loceng peringatan itu memberi amaran bahawa musuh Melayu sekarang bukan sahaja hendak menggodam dan menyerang dari luar tetapi sudah semakin banyak musang berbulu ayam atau ular menyerupai belut yang hendak mematuk dari dalam. |
No comments:
Post a Comment