Baru - baru ini terdapat laporan bahawa agen - agen parti DAP/Pakatan Rakyat tidak dialu-alukan ke rumah panjang Iban. Dikhabarkan perkara serupa berlaku di PRK Batang Ai tahun lepas.
Ini sesuatu yang sangat tidak menyenangkan. Kita sedia maklum bahawa budi bahasa masyarakat Dayak Iban sangat tinggi. Mereka malah sanggup menyembelih binatang untuk mengalu-alukan pihak tertentu datang ke rumah panjang sebagai tanda sambutan.
Kita juga tahu semua rumah panjang di Sarawak mengalu-alukan sebarang tetamu naik ke rumah. Budaya ini sudah diamalkan sejak sekian lama.
Walau bagai manapun budaya yang sangat tinggi nilainya ini seolah - olah mulai dirosakkan oleh pihak tertentu. Sehingga mereka kononya penghuni rumah panjang itu "MENGHALAU" orang luar dari menaiki rumah panjang mereka. Benarkah ini dilakukan oleh masyarakat Dayak/Iban di rumah panjang tersebut?
Siapa yang mengajar bangsa Dayak/Iban menghalau tetamu. Lebih-lebih lagi tidak sepatutnya berlaku semasa pilihanraya. Kerana agenda/manifesto setiap parti yang bertanding dalam pilihanraya adalah untuk kebaikan pengundi itu sendiri termasuk penghuni rumah panjang. Apabila semua parti bertanding sudah didengar, pandai-pandailah memilih. Undi itu rahsia!
Peristiwa menghalau tetamu ini TIDAK PERNAH WUJUD sebelum ini. Mungkinkah budaya ini disebabkan oleh campurtangan POLITIK? Kalau begitu, parti mana yang memberi arahan kepada Rumah panjang untuk MENGHALAU tetamu ini? Ada sesiapa yang berani mengaku? Pokok bergoyang takkan tiada angin!
Justeru itu - untuk menuju kematangan politik, tidak usahlah melakukan sesuatu sehingga tidak membenarkan satu parti masuk dan satu lagi tidak boleh. Yang paling penting usahlah merosakkan adat budaya Dayak Iban yang suka menerima tetamu ke rumah panjang.
Menurut Presiden SADIA, Sidi Munan, sikap menghalau tetamu ini TIDAK PATUT berlaku. Kita juga perlu memastikan bahawa perkara ini bukan sahaja tidak patut berlaku semasa pilihanraya tetapi juga tidak patut berlaku bila-bila masa tanpa mengira pilihanraya atau tidak.
Diharap "VIRUS PEROSAK" adat Dayak Iban ini tidak menular ke Rumah Panjang Dayak lain seperti Bidayuh dan Orang Ulu.
No comments:
Post a Comment