Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Sunday, May 23, 2010

PROJEK HIDRO BAKUN : PENDUDUK HULU BALUI (BAKUN) DIPINDAH TETAPI SYARIKAT DIBERI LESEN - WAJARKAH?

Pada tahun 1999 - penduduk dari rumah panjang dari Long Jawe hingga ke Long Murum di sebelah hilir, telah dipaksa pindah oleh pihak kerajaan. Saya menggunakan perkataan "paksa" di sini kerana penduduk terbabit tidak diberi pilihan sama ada untuk tetap tinggal di Rumah Panjang asal atau berpindah ke Asap Koyan (Bakun Resettlement Scheme).

Penduduk terbabit telah dipaksa pindah ke Asap. Apa pun alasan untuk memindahkan mereka, itu kelihatan tidak penting dan alasan itu seolah-olah tidak ikhlas. Lihat sahaja hasilnya sekarang. Janji-janji yang ditabur tidak semuanya ditunaikan. Untuk kepastian, sila tanya jawapan ikhlas dari penduduk Asap.

Apa yang mengejutkan di sini adalah kerana; setelah penduduk dipaksa pindah, tidak lama selepas itu kawasan tanah Hak Adat Bumiputra (NCR)penduduk di hulu terutamanya hulu Balui yang melibatkan Lebu Kulit dan Long Bulan, telah diserahkan kepada syarikat RH Forest Corporation Sdn. Bhd.



RH FOREST CORPORATION SDN BHD

Kawasan - kawasan yang diserahkan kepada syarikat ini meliputi hampir ke semua kawasan di hulu Balui dan sebahagian kawasan Balleh. Long Busang tidak terkecuali. Malah kawasan yang diserah kepada syarikat oleh kerajaan Barisan Nasional meliputi hingga hampir ke sempadan dengan Indonesia.


KAWASAN YANG TELAH DISERAHKAN KEPADA RH FOREST CORPORATION SDN BHD.

Jika benar keadaan ini, bermakna penduduk asal tidak sepatutnya dipaksa meninggalkan rumah panjang lama mereka. Keadaan ini juga memberi maksud tersirat atau nyata bahawa penduduk asal boleh pulang semula ke rumah panjang asal mereka. Oleh yang demikian, penduduk asal seharusnya diberi keutamaan untuk memajukan tanah NCR dan kawasan mereka masing-masing. Kerajaan pula seharusnya membantu dengan apa cara yang patut. Bukan dengan cara ini; suruh penduduk asal pindah - beri lesen kepada syarikat pulak. Kerajaan seharusnya memberi keutamaan kepada penduduk asal bagi pengeluaran lesen atau geran tanah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kalau keadaan tanah diserah kepada syarikat ini berterusan, penduduk asal akan menghadapi kesukaran untuk pulang semula ke tempat asal untuk memajukan tanah NCR mereka yang tidak tenggelam (di luar perimeter).

Satu penyelesaian yang konkrit harus dilakukan untuk memudahkam penduduk di Asap pulang semula ke tempat asal mereka. Ini adalah kerana penduduk Asap tidak ada tempat untuk mencari nafkah kehidupan dan tiada tanah yang mencukupi untuk diusahakan untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar. Kerana kehidupan Orang Ulu di Belaga masih sangat bergantung kepada Tanah untuk menampung kehidupan.

No comments:

Post a Comment