Dalam Pilihan Raya Kecil Sibu yang lepas, umum sudah mengetahui keputusannya iaitu DAP/PAKATAN RAKYAT telah menang dengan majoriti “kecil”.
Masalah utama yang perlu diperhatikan dalam pilihanraya tersebut dan pihanraya yang akan datang adalah berkaitan undi pos.
Pada masa malam keputusan diumumkan saya berada di kawasan Dewan Suarah Sibu. Pada lebih kurang jam 8.30 malam, DAP telah mendahului dengan kelebihan 3,944 undi. Lebihan ini telah berlarutan sehingga jam 11.00 malam. 2 jam 30 minit berlalu tanpa ada keputusan. Semua orang di kawasan Dewan Suarah Sibu semakin resah.
Apabila SPR datang membawa “11” kotak Pengundi Pos ke Dewan Suarah, Sibu, pukul 10.30 malam, orang ramai yang lebih kurang 3 ribu orang, meneriakkan “SPR menipu”, “BN tipu” dan “Tipuuuuu........”.
Berdasarkan jumlah undi pos yang dikeluarkan oleh SPR ialah 2,809. Kalau dicongak dari perbezaan jumlah 3,944 dan 2,809 ini, DAP sepatutnya menang dengan kelebihan 1,133. Itupun kalau semua undi pos dimenangi atau dibolot semua oleh BN. Berdasarkan maklumat akhir malam itu, DAP hanya dapat 70 undi Pos.
Persoalan utama yang perlu dijawab oleh SPR di sini adalah dari mana datangnya 765 undi lagi yang semuanya memihak kepada BN? Puas hati sangatkah tentera dan polis dengan BN? Berdasarkan Video di alamat Malaysiakini di atas, polis telah memberi kerjasama untuk menjaga agar peti-peti undi pos tidak disentuh dan dialih oleh SPR dari Wisma Sanyan, Sibu tanpa pemantauan rapi semua pihak bertanding. Ini bermakna polis telah bertindak professional dan tidak memihak malam itu. TAHNIAH kepada polis.
Berdasarkan perbezaan yang nyata di atas, maka pihak DAP telah mengemukakan surat aduan rasmi kepada SPR di Putrajaya. Antara kandungan surat mereka adalah seperti berikut:
(Saya sengaja tidak menterjemahkannya dari laporan Malaysiakini)
The 'irregularities' pointed out by the DAP are:
1) More postal votes were returned than was issued out by the EC.
2) The questionable practice by the EC of allowing 290 of its staff who took part in the by-election to register as postal voters and take home their postal voting slips.
3) The different signatures signed by the same witness on different postal ballots from army camps.
4) The two-hour delay in announcing the postal vote tally and the missing Form 15 listing the results of the postal vote tally, which is still outstanding.
5) A Pakatan polling agent was refused entry to a polling centre located in a longhouse in Limbang.
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/132206
Cadangan untuk memperbaiki agar perkara seumpama ini tidak lagi berlaku pada masa depan adalah :
1. Semua peti undi Pos hendaklah sampai ke Dewan Penjumlahan lebih awal daripada peti-peti undi biasa;
2. Undi Pos hendaklah dikira terlebih dahulu sebelum undi biasa di Dewan Penjumlahan;
3. Setiap agen parti bertanding hendaklah dibenarkan memantau semua pengundi-pengundi pos dan semua parti sama-sama menyimpan rekod kehadiran pegundi yang SAMA.
4. Jumlah pengundi yang dikira MESTI sama (tally) dengan jumlah undi yang dibuang oleh pengundi pos (pihak polis dan tentera dan lain-lain) pada hari mereka mengundi; dan
5. Kalau BN dibenarkan “berkempen” (sebab berselindung di sebalik tugas rasmi) kepada tentera dan polis, pihak parti lain yang bertanding juga harus dibenarkan berkempen kepada tentera dan polis.
Semoga Malaysia akan terus bergerak ke arah kematangan dan keikhlasan sistem pilihanraya tanpa ada apa-apa perbuatan mana-mana pihak cuba menipu pihak lawan. Biarlah keputusan setiap pilihanraya itu diperolehi dengan adil dan intergriti. Saya yakin kalau pilihanraya dijalankan tanpa unsur “penipuan”, pihak yang kalah PASTI akan menerima kekalahan dan yang paling penting: MENGIKTIRAF kemenangan tersebut. Seterusnya pihak yang kalah akan memperbaiki strategi pilihan raya (tanpa penipuan) dan polisi parti mereka, seterusnya RAKYAT akan mendapat faedah darinya. Sebab demokrasi yang matang dan bersih akan menguntungkan RAKYAT itu sendiri.
No comments:
Post a Comment