Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Monday, May 23, 2011

Cadangan Semak Semula Subsidi IPP Punya Agenda ?

21/05/2011
Share |



SHAH ALAM 21 MEI : Tindakan Kerajaan pemerintah mahu menyemak semula subsidi bahan bakar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) dilihat mempunyai agenda dan percaturan politik tersembunyi apabila diumumkan sebaik sahaja pelbagai subsidi kepada rakyat ditarik balik.
Kerajaan pemerintah sepatutnya terlebih dahulu mengurangkan subsidi kepada IPP dan tidak menarik balik subsidi kepada rakyat yang kini semakin tenat dengan kos kehidupan yang semakin meninggi.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul berkata apa sahaja alasan kerajaan mahu menarik balik subsidi, tanggungjawab meringankan beban rakyat tetap dibahu kerajaan pemerintah.
Johari menambah, Perdana Menteri Najib Razak perlu melihat kembali slogan yang dilaungkannya, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
"Inilah yang dikatakan omong kosong UMNO-BN, rakyat didahulukan, ya memang rakyat didahulukan, penarikan subsidi rakyat didahulukan kerana bagi mereka subsidi rakyat ini tidak penting dalam pengiraan politik mereka," katanya.
Mengulas lanjut senario ini, Johari ketika ditemubual di Ibu Pejabat TvSelangor berpendapat kenyataan semak semula subsidi IPP itu sengaja diwar-warkan demi mengaburi mata rakyat dalam menjayakan agenda tersembunyi mereka. 
"Saya yakin, ini mungkin salah satu daripada agenda politik mereka daripada pihak ini paling tidak pun untuk tampung kos pilihanraya akan datang," kata Johari.
Awal bulan ini, rakyat dikejutkan dengan penarikan balik subsidi gula dengan alasan kerajaan pemerintah tidak berdaya lagi untuk menampung subsidi kepada rakyat. 
Untuk rekod, harga gula dinaikkan tiga kali tahun lalu dan sekali tahun ini menunjukkan peningkatan harga sebanyak 65 sen untuk sekilogram bahan keperluan itu. 
Kali terakhir harga gula dinaikkan ialah pada Disember tahun lalu kepada RM2.10.
Ia sejajar dengan kenaikan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Dalam pada itu, Johari turut menyifatkan Kerajaan pimpinan Najib razak ketandusan idea menawan hati rakyat dan akhirnya akur dengan mengadaptasi tawaran Buku Jingga, iaitu mahu menyemak semula subsidi yang diberikan kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).
"Akhirnya mereka tiada pilihan lain selain melihat balik kandungan buku jingga adakah ia memberi impak kepada masyarakat terbanyak, saya yakin rakyat amat berminat melihat buku jingga dan mereka (UMNO-BN) tahu bahawa Pakatan Rakyat lakasanakannya dengan penuh hemah dan cermat maka semua yang disebut dalam buku jingga itu dapat kita laksanakan."
Tambahnya lagi, persaingan politik sedemikian bukan tindakan terbaik bagi kerajaan yang sudah memerintah berpuluh tahun seperti UMNO-BN, sebaliknya mereka harus tampil dengan buku dasar tersendiri agar rakyat mampu membuat perbandingan.
"Kalau benar- benar Najib mempunyai wawasan seperti ayahndanya (Tun Abdul Razak) beliau harus berdepan dengan Pakatan Rakyat secara profesional kalau kita keluarkan buku jingga, beliau juga harus keluarkan buku juga dan tawarkan kepada rakyat, bawa buku jingga bandingkan dengan rakyat supaya rakyat mampu membuat perbandingan," katanya.

Sumber : http://www.tvsnews.net
Ulasan : 
Rakyat jangan percaya dengan kononnya Kerajaan BN nak menyemak "subsidi" untuk IPP. BN sebagai pihak berkuasa yang dapat bertindak (kerana kuasa ada di tangan) harus dipercayai kata-kata mereka HANYA jika kerajaan BN melaksanakan. Bukan setakat berjanji. Janji itu hanya untuk mengabui mata rakyat.

Jangan tertipu dan terpedaya dengan JANJI KOSONG mereka. Kerajaan BN harus memotong "jutaan subsidi" yang diberi kepada IPP dan serahkan wang itu untuk kebaikan dan manfaat rakyat seluruh negara. 

Bukan memotong subsidi yang memang hak rakyat dan naikkan harga barang dan minyak.

No comments:

Post a Comment