Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Monday, May 9, 2011

Mencetuskan Isu Kristian Agama Rasmi ? - Angkara siapa?

Ada pihak tertentu seolah - olah menangguk di air keruh. Mereka ini mempertahankan kuasa hanya dengan memainkan isu seperti perkauman, agama dan isu sensitif yang lain. Mereka seolah-olah tidak ada modal untuk bercakap soal isu membela hak rakyat.

Untuk mempertahankan kuasa pihak tertentu ini akan menggunakan dasar pecah dan perintah. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat miskin dan yang terpinggir.

Yang paling hangat kini adalah isu agama, kononnya agama Kristian hendak dijadikan agama Rasmi Malaysia. Tidak ada orang perseorangan atau satu - satu parti politik persendirian boleh melaksanakan perkara ini. Apa lagi meluluskannya bersendirian.

Jadi adalah tidak masuk akal jika ada pihak tertentu "melenting" yang amat sangat seolah-olah perkara ini akan terlaksana esok lusa. Tidak mungkin. Kerana ia perlu diusulkan dan dibahaskan di parlimen. Kemungkinan besar isu ini hanya akan tersekat diperingkat usulan kerana Speaker Dewan Rakyat pasti tidak akan membenarkannya.

Justeru itu, kita berpendapat bahawa pihak tertentu hanya mengambil kesempatan dan hanya menangguk di air keruh untuk mempertahankan kuasa yang kian dilucutkan oleh rakyat yang semakin matang.

Ingatkah kita suatu ketika isu Alkitab yang ditahan di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Kelang? Pihak tertentu yang mencetuskannya dan mereka juga mendabik dada kononnya mereka menyelesaikannya. Rakyat bijak menilai situasi ini.

Kini, isu Kristian Agama Rasmi seolah-olah diolah mengikut modus operandi yang sama. Motifnya tidak lain tidak bukan - memainkan sentimen dan perasaan kaum tertentu agar terus menyokong mereka. Tidak ada cara lain bagi mereka mempertahankan kuasa kalau bukan menggunakan isu agama, kaum dan Raja.

Kalau soal membela hak rakyat miskin dan terpinggir jauh sekali. Kuasa dipertahankan hanya untuk memperkaya diri, keluarga dan kroni. Contoh : Harga barangan terus naik - ini akan memiskinkan lagi rakyat yang sediakala miskin. Kesannya, kroni bertambah kaya.

Oleh itu rakyat yang bijaksana, marilah kita sama-sama berganding bahu mengekang perbuatan pihak-pihak tertentu yang menggunakan isu-isu sensitif dan perkauman untuk berpaut pada kuasa.

Politik masa depan adalah politik yang membela rakyat terbanyak berdasarkan isu dan merit yang pada akhirnya menguntungkan rakyat, BUKAN sekerat dua pemimpin dan kroni yang kaya raya dan tamak haloba, seolah-olah negara ini milik peribadi dan kroni mereka. 

No comments:

Post a Comment