Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Friday, May 27, 2011

Perjanjian antara Sarawak Energy Berhad dan Sarawak Hidro, Rakyat Belaga (Bakun) bagaimana?

Laporan Akhbar di atas pada 27.5.2011 memaparkan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Sarawak Energy Berhad dan Sarawak Hidro Sdn Bhd. Pihak - pihak yang terterbabit akan menandatangani perjanjian tersebut di jangka pada 1.6.2011.

Itu memang tugas syarikat berkaitan untuk melaksanakan rancangan syarikat. Syarikat - syarikat terbabit mewakili kerajaan masing-masing kerana merupakan syarikat kerajaan (GLC) iaitu Kerajaan Pusat oleh Sarawak Hidro dan Kerajaan Negeri diwakili oleh Sarawak Energy Berhad.

Persoalan yang perlu diambil berat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah; bagaimana pula dengan nasib rakyat di Bakun (Belaga) itu sendiri? Tidak layakkah rakyat Belaga diberi royalti? Royalti ini boleh digunakan untuk pembangunan rakyat di Daerah Belaga dan menjamin generasi masa depan anak-anak dan cucu cicit rakyat Belaga.

Untuk persoalan ini Kerajaan Negeri Sarawak perlu mempertimbangkan sebahagian royalti untuk rakyat Belaga yang telah terpaksa kehilangan Tanah Adat yang sangat luas dan dipaksa pula meninggalkan tempat asal mereka di hulu Bakun.

Tidak bolehkah kerajaan mempertimbangkan royalti daripada hasil penjualan tenaga dari HEP Bakun sebanyak Tiga Puluh Peratus (30%) untuk rakyat Belaga setiap tahun? Atau 30% ini datang dari levi yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak terhadap Sarawak Hidro?

Atau cara lain yang mungkin perlu dipertimbangkan adalah kedua-dua Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat sama-sama mengambil peranan memberikan sebahagian royalti ini kepada rakyat Belaga. Kedua-dua kerajaan melalui syarikat terbabit perlu ikhlas menyediakan satu peruntukan dalam perjanjian tersebut khas untuk rakyat Belaga bagi pemberian 30% royalti ini. Atau apa-apa jumlah peratusan royalti yang dirasakan patut oleh pihak kedua-dua kerajaan.

Pengorbanan yang telah dibuat dan disumbangkan oleh penduduk Belaga adalah Sungai Balui dan cabang-cabang sungai Balui selain dari ratusan ribu Tanah Adat. Itulah sebahagian besar "modal" dalam syarikat berkaitan HEP Bakun yang telah disumbangkan oleh rakyat Belaga (Bakun). Justeru itu, pertimbangkanlah pemberian royalti atau saham(share) untuk rakyat Belaga (Bakun).

No comments:

Post a Comment