Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Friday, January 9, 2009

Benarkah Sarawak Diperintah Oleh Penduduk Minoriti Di Sarawak?

Sarawak merupakan antara negeri yang terkaya di Malaysia. Kaya dari segi hasil buminya seperti minyak, balak, hasil perladangan dan komoditi.

Justeru hasil bumi yang banyak ini mendorong setiap orang yang mahu menggelar mereka sebagai pemimpin berlumba-lumba untuk memimpin negeri ini tanpa mengira kaum. Akhirnya, kaum yang berhasil pada mulanya adalah dari kaum Iban - Stephen Kalong Ningkan. Malangnya beliau ditumbangkan melalaui "krisis perlembagaan".

Selepas itu Tawi Sli juga dari Iban menerajui Negeri Sarawak.

Zaman "kegelapan" bagi Dayak bermula setelah Tun Rahman Yakub mengambil tampuk pemerintahan Sarawak. Diikuti anak buahnya Pehin Sri Taib Mahmud dari awal 1980-an sampai sekarang.

Pemimpin Dayak terkial-kial tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya berjaya menjadi Timbalan Ketua Menteri Sarawak sahaja. Seperti yang kita sedia maklum kuasa timbalan tidak seberapa kerana kuasa penuh di tangan Ketua Menteri.

Peristiwa MING COURT adalah percubaan Dayak untuk cuba "merampas" tampuk pemerintahan Sarawak. Sokongan pada masa itu kedengarannya sangat kuat dan padu dari kaum Dayak. Malangnnya "ayam sabung" yang hendak diketengahkan oleh masyarakat Dayak iaitu kaum majoriti di Sarawak tak mahu "berlaga" kerana TAKUT.

Ntah apa yang ditakutkan. Mungkin periuk nasi dan jawatan. Dengan takutnya "ayam sabung" Dayak menyebabkan pihak yang memerintah Sarawak telah melakukan satu perancangan teliti untuk mengabui mata Rakyat Sarawak agar kebangkitan Dayak sekuat ini tidak timbul lagi.

Maka tercetus satu ketika - zaman hingusan saya ketika itu - pertembungan PERMAS dan BN. Permas diketuai oleh Tun Rahman Yakub dan BN sudah tentu diketuai oleh Taib Mahmud. Pertembungan ini saya anggap sebagai satu lakonan pihak tertentu bagi mengabui mata rakyat Sarawak terutamanya Dayak majoriti. Inilah yang dikatakan pecah dan perintah.

Maka terbahagilah sokongan Dayak kepada Tun Rahman dan Taib Mahmud. Walau bagaimanapun Taib Mahmud tetap menang. Selagi teori pecah dan perintah ini berlaku, selagi itulah rakyat minoriti ini akan memerintah Sarawak. Dayak?? Terus terkial-kial lagi.

Episod lakonan pihak yang menggunakan dasar pecah dan perintah ini kelihatan menuju penghujungnya apabila hari jadi yang satu pihak lagi beberapa tahun lepas. Tetapi belum berakhir lagi kerana Taib Mahmub masih berkuasa dan sangat berusaha untuk mancari pengganti - mungkin dari "kaum keluarganya" atau sekurang-kurang - PROXYnya.

Apapun yang berlaku di Sarawak - itu bukan salah Ketua Menteri Taib Mahmud seratus peratus. Mungkin sebahagian kesalahan adalah terletak pada pemimpin - pemimpin Dayak dan "ayam sabung" yang TAKUT berlaga ketika peluang keemasan pada masa yang lepas dan yang mementingkan pangkat dan kekayaan peribadi.

Perlu diingat bahawa Taib Mahmud sangat bijak memanipulasi pemimpin - pemimpin Dayak. Ketika dilihatnya seseorang pemimpin Dayak menonjol, maka digilapnya satu lagi pemimpin untuk disabung dengan pemimpin Dayak yang sudah menonjol dan mungkin menjadi ancaman kepadanya. Maka disabungnyalah ayam-ayam Dayak ini.

Kesannya :
1. Dayak tak pernah menjadi ketua menteri lagi;
2. Parti berteraskan Dayak berpecah dari SNAP kepada PBDS dan sekarang PRS dan
3. Masyarakat Dayak terus terabai dan terpinggir.

Apapun yang untung Taib Mahmud dan ayam-ayam sabungnya yang menang dan yang rugi adalah Rakyat Sarawak terutamanya orang Dayak.

Jadi siapakah yang memerintah Sarawak? Adakah dari Dayak yang majoriti atau keluarga yang paling minoriti? Rakyat Sarawak harus mengambil peluang keemasan terbentang di depan mata sekarang untuk MEMBUAT PERUBAHAN.

KUASA DI TANGAN ANDA.

PEMERHATIAN : ABUN SUI

No comments:

Post a Comment