Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Saturday, January 17, 2009

Semangat Permatang Pauh terus kekal di Kuala Terengganu - Timbalan Presiden

Mohd Nor Yahya, Zuharman MN
Sat | Jan 17, 09 | 10:16:29 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat merampas semula kerusi parlimen ini membuktikan tsunami politik yang membadai negara pada Mac 2008 semakin kencang sekarang.

Iklan




Pakatan Rakyat melalui Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu selepas berhempas pulas berkempen selama 11 hari.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada jam 9.30 malam ini di stadium negeri.

Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi. Manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi dan hilang wang deposit.

Majoriti yang diperolehi sebanyak 2,631 undi.

Jumlah besar undi pos masih tinggi diraihkan calon BN iaitu sebanyak 1,039 berbanding Abdul Wahid - 86 undi, manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam dengan satu undi.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, kejayaan itu membuktikan rakyat Kuala Terengganu kini semakin menerima pimpinan Islam di bawah PAS.

Katanya rakyat sudah sedar dengan apa yang berlaku sekarang dan mereka mengharap perubahan selepas bakal diketengahkan Pakatan Rakyat melalui PAS.

"Ini juga membuktikan semangat Permatang Pauh dan Mac 2008 masih kekal dan menjadi harapan besar kepada rakyat untuk melihat perubahan politik berlaku di negara ini," katanya ketika ditemui di Markaz PAS Kuala Ibai.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua pilihan raya Kuala Terengganu menjadi simbol dapat merapatkan lagi hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Katanya biar pun pihak lawan dengan bantuan media cuba memburukkan imej PAS dan DAP namun ia nampaknya tidak menjadi kenyataan.

"Malah hubungan silaturahim Pakatan Rakyat kini semakin erat," katanya di sini.

Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahlinya yang bekerja keras bagi menjelaskan kepada penduduk Cina tempatan mengenai perjuangan dibawa PAS dan Pakatan Rakyat. - mj _


No comments:

Post a Comment