Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Saturday, January 3, 2009

Malaysia yang saya kenal - Perspektif Penduduk.

Malaysia mempunyai penduduk yang pelbagai bangsa dan etnik.

Selama ini dalam ucapan Pemimpin atasan dari PM sehingga Timbalan Menteri, apabila memulakan ucapan selalu menyebut Melayu, Cina dan India.

Seolah-olah negara ini terdiri daripada kaum yang disebut itu sahaja.

Mutakhir ini, terdapat kecenderungan untuk menyebut sebagai tambahan - Dayak (Iban dan lain-lain) dan Kadazandusun oleh pemimpin Pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amat jarang kata aluan sebagini keluar dari mulut Perdana Menteri Kita. Cuma mungkin di hadapan Iban atau Kadazan sahaja.

Ini menyukarkan rakyat dari bangsa yang biasa disebutkan seperti Melayu, Cina dan India mengenali rakyat lain yang agak besar jumlahnya dan penting dalam membentuk komposisi penduduk.

Adakah hanya Pemimpin Pembangkang sahaja mengenali penduduk di Sabah dan Sarawak? Menteri yang dari Bangsa ini langsung tidak diiktiraf bangsa mereka?

Harap pihak yang berkenaan memperbaiki kata aluan ucapan mereka di khalayak umum. Bukan susah sangat hanya Enam perkataan sahaja : Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazandusun dan lain-lain. Kalau lagi rajin boleh sebut semuapun - lebih baik.

Bagi saya ini penting untuk memberi pendidikan dan maklumat kepada pendengar bahawa penduduk negara ini terdiri daripada pelbagai bangsa.

Harap ada perubahan selepas ini.

ABUN SUI


No comments:

Post a Comment