Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun

Abun Sui Anyit bersama masyarakat Ulu Bakun
Bukti Resolusi yang telah dihantar secara serahan tangan kepada Penguasa Jabatan Tanah dan Servei Kapit.

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH TANAH NCR BAGI PENDUDUK LEBU KULIT
SELEPAS DIALOG BERSAMA JABATAN HUTAN SARAWAK

Friday, January 23, 2009

NAMA LUN DAYA GANTI ORANG ULU

Adakah anda sebagai seorang Orang Ulu bersetuju dengan cadangan di bawah ini?

Dipetik dari BORNEO POST.

Nama Lun Daya mampu menonjolkan kepintaran dan kekuatan kaum Orang Ulu, kata Lihan Jok

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Lihan Jok berkata nama kaum Lun Daya berkemampuan menonjolkan kepintaran dan kekuatan masyarakat Orang Ulu berdepan perubahan dan pembangunan.

Mengulas tentang cadangan penukaran nama baru kaum Orang Ulu kepada Lun Daya, Lihan memberitahu nama Lun Daya amat relevan kerana menggambarkan sifat sebenar masyarakat Orang Ulu yang kaya dengan semangat penuh perjuangan, kekuatan dan kepintaran.

Sikap-sikap itu mampu membawa masyarakat Orang Ulu seiring kaum lain dalam menempuh arus pemodenan dan cara hidup baru abad ke-21. “Dulu masyarakat Orang Ulu selalu dibezakan daripada masyarakat lain dan hanya dikenali masyarakat yang menetap di kawasan hulu atau hulu sungai.

“Ada yang menganggap dan mengaitkan nama Ulu sebagai masyarakat mundur dalam pelbagai aspek.

“Kekuatan nama baru ini diharap dapat menukar persepsi kaum lain tentang masyarakat Orang Ulu secara keseluruhan,” jelas Lihan.

Lihan yang juga Pengerusi Persatuan Persekutuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) memberitahu, ramai Orang Ulu berhijrah dan menetap di bandar serta berjaya dalam kerjaya.

Melihat kepada faktor ini, nama Orang Ulu seperti telah menenggelamkan keupayaan sebenar Orang Ulu yang sememangnya kaum yang pintar dan berusaha gigih.

“Dalam konteks kemodenan, nama Orang Ulu seperti sudah tidak sesuai lagi kerana tidak melambangkan sebenar keupayaan masyarakatnya,” tegas Lihan.

Menurut Lihan, ramai golongan profesional dan pemimpin kaum berkenaan setuju dengan cadangan penukaran nama kaum Orang Ulu kepada Lun Daya.

Katanya, cadangan berkenaan akan dibentangkan dalam Simposium FORUM pada bulan April akan datang dan dikemukakan kepada Kabinet Negeri.

Dalam pada itu, Lihan menyeru masyarakat Orang Ulu termasuk badan dan pertubuhan Orang Ulu terlibat aktif dalam FORUM untuk mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat berkenaan.

“FORUM juga berperanan sebagai payung masyarakat memperkuatkan suara mereka,” tegasnya.

3 comments:

  1. Bertitik tolak daripada cadangan YB Lihan Jok untuk menukar nama orang ulu kepada Lun Daya adalah amat tidak disokong bagi pendapat saya. Perkataan "Lun" itu sendiri adalah asalnya dari bahasa sesebuah kaum iaitu "orang". "Daya" itu mungkin "ulu". Akan tetapi ianya melambangkan bahasa ibunda sesebuah kaum.
    Adalah tidak mustahil Persatuan Persekutuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) tidak dapat mencari satu perkataan yang sesuai bagi mengantikan perkataan orang ulu tersebut.
    Oleh kerana semua masyarakat Dayak di Sarawak menyambut Hari Gawai Dayak, maka nama "Dayak mesti ada dalam perkataan yang hendak dicadangkan tersebut.
    Cthnya...
    1. Iban - Dayak Darat
    2. Melayu - Melayu
    3. Orang Ulu - dayak ..............
    4. Melanau - Dayak Laut

    dan sebagainya...

    ReplyDelete
  2. Orang Ulu itulah penduduk menduduki bahagian hulu (bukan ulu)sesuatu kawasan, samadanya sebuah sungai, lembah atau kawasan yang terbentang luas yang diketahui dimana arah tuju utara, timur, selatan dan barat. Itulah persipsi orang ramai. Tetapi, perkataan ulu bukan hulu.

    Sejak kaum kenyah, kayan, kelabit, Bisaya, Lakiput, Berawan, Penan, Kajang, Lun Bawang, Chebob, Murik, Tabun dan banyak lagi yang bukan beragama Islam dan bukan juga Iban, Bidayuh dan Melanau dikenali sebagai orang ulu, masyarakat-masyarakat berkenaan tiada mengahadapi masalah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. YB Lihan hanya pandai-pandai nak membuat perubahan yang tidak seperti yang disebut oleh beliau. Beliau hanya hendak membuat nama diri sendiri supaya dia dianggap seperti orang yang cerdik pandai.

    Bukan nama yang kita tidak maju. Jangan persalahkan nama dan malu apa dengan nama orang ulu. Kalau takut orang kata orang utan, adakah orang ulu berwajah seperti orang utan?

    Malas nak mengulas panjang lebar disini kalau bersemuka kita berbincang barulah dapat saling sahut menyahut.

    ORANG ULU cantik nama itu. saya tidak sokong jika ditukar dengan nama lain.

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya ada baiknya jika seseorang ahli politik atau pemimpin masyarakat itu di ganti atau di tukar dengan orang lain atau orang baru. Jika terlalu lama menyandang sesuatu jawatan akan membuat individu yang berkenaan merasa dia sudah berkuasa dan boleh membuat keputusan yang sesuka hati tanpa mementingkan kebaikan orang ramai atau masyarakatnya sendiri.

    Dalam hal yang sama, ada baiknya sesuatu pertubuhan seperti FORUM dipengerusikan oleh bukan seorang ahli politik seperti YB Lihat Jok. Two or three terms as ahli ADUN sudah memadai untuk beliau. Ramai lagi anak Orang Ulu boleh mengambil alih tempat beliau bila tiba masa pilihanraya negeri nanti.

    Anak Orang Ulu Jati Sarawak

    ReplyDelete